‘Anything Is Possible’! Persona Kustom Tanpa Batas Bersama Jentera Unggul BMW R18

Share

Menerusi beberapa artikel yang lalu, MASKULIN telah menyingkap dengan penuh mendalam tentang motosikal hebat berkuasa tinggi dari BMW Motorrad iaitu model R 18 First Editon.

Buat mereka yang mungkin pertama kali melihatnya pasti terksima dan seakan tidak percaya bahawa motosikal crusier ini merupakan produk mantap dari BMW Motorrad. Apa tidaknya ia hadir bukan sahaja dengan enjin ‘Big Boxer’ malah rekaannya juga menggabungkan elemen klasik dengan sentuhan moden serba elegan.

BMW R 18

Jadi tidak hairanlah BMW R 18 First Edition ini dianggap sebagai antara motosikal krusier terbaik di pasaran pada masa kini.

Salah satu kriteria yang cukup penting buat penggemar motosikal sekarang ialah kemampuan model motosikal untuk diubah suai atau dalam erti kata lain melakukan kustom. Setiap penunggang dan pemilik motosikal berkuasa tinggi seperti ini kebiasaannya mahu menyerlah personaliti serta identiti mereka menerusi kustom mengikut citarasa masing-masing.

BMW R 18 First Edition merupakan pilihan yang tepat dengan ciri-ciri kustom cukup mudah untuk dilakukan. Secara dasarnya, BMW mencipta R 18 memang untuk mudah dilakukan kustom. Jadi tidak hairanlah katalog aksesori mereka cukup banyak dan pelbagai pilihan.

UBAH SUAI AKSESORI

Mahu menjadikan R 18 nampak lebih kepada Bobber? Usah risau, mereka ada! Kustom menjadi penampilan kepada ‘chopper’? Ya, ia boleh dilakukan. Malah, R 18 boleh menjadi apa jua bentuk motosikal mengikut keinginan kustom pemiliknya.

MASKULIN juga berpendapat bahawa BMW R 18 merupakan antara model yang paling mudah dilakukan kustom kerana akesori aftermarket yang dihasilkan untuk model ini cukup banyak termasuklah dari jenama pengeluar aksesori lain.

Di antara bahagian motosikal yang boleh dilakukan kustom ialah bahagian handle bar, cermin sisi, lampu hadapan, kawalan kaki, kemasa tempat duduk, fender, lampu belakang dan malah penutup tangki minyak.

Di kalangan pemilik motosikal R 18 di negara kita khususnya, aktiviti kustom sebenarnya sudah cukup sinonim dan mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Malah semakin banyak pemilik R 18 tampil dengan pelbagai rekaan kustom yang dilakukan dengan kerjasama BMW Motorrad Malaysia dan pereka ubah suai atau customisers tempatan.
Ia bukan sahaja membangkitkan ‘jiwa kustom’ di kalangan pemiliknya malah turut memyerlahkan bakat-bakat tematan yang sangat hebat dalam ubah suai motosikal di Malaysia. Dengan jiwa itulah mereka menampilkan kelainan tersendiri dalam ubah suai atau kustom masing-masing.

Sebagai contoh jika ingin melakukan transformasi R 18 menjadi sebuah jentera berpenampialn lebih kepada ‘classic bobber’ yang lebih tradisonal anda boleh melakukan beberapa kustom seperti yang dilakukan oleh JL Custom.

Menerusi kustom ‘The R 18 AB Custom Edition’ by AB Penang, mereka mengambil inspirasi dari model klasik R5 (1936) dengan melakukan ubah suai kepada beberapa komponen utama.

Antaranya ialah menggunakan penutup kepada silinder dari bahan PCR polycarbonate, sistem ekzos kustom, kedudukan lampu hadapan lebih rendah, warna tangki minyak, tempat duduk kulit kustom dan pelbagai jenis penutup yang ditukar kepada rekaan kustom!

Manakala untuk penampilan lebih ‘berjiwa’ Eropah, kustom seperti yang dilakukan pada motosikal The Airhead Thunder by AB Ara Damansara oleh Eastern Bobber pula boleh dijadikan sebagai rujukan terbaik. Salah satu kustom paling menyerlah dari mereka ialah rekaan handle bar yang berbeza.

Salah satu ubah suai menarik yang ketara dapat kita saksikan adalah penutup bahagian fork hadpaan ditanggalkan. Manakala head cover juga diberi sentuhan baharu dengan rekaan tersendiri.

Bagi kustom yang lebih sarat dengan penampilan luaran penuh dengan karakter scribbles, rekaan grafik dan lukisan teknikal bolehlah melihat bagaimana ia dilakukan dengan cukup mantap oleh AB Tebrau dengan jentera R 18 diberi nama ‘The JB Roadrunner’ oleh Zuhal Fast Engineering.

Motosikal kruiser kustom R 18 ini turut menggunakan beberapa komponen yang dihasilkan sendiri hasil binaan struktur menggunakan sistem CAD menjadikan simulasi grafik luarannya cukup luar biasa.

SAKSIKAN AKSI BMW R18 DI ‘RODA PANAS 2’!

Jika anda ingin saksikan sendiri bagaimana R 18 dalam pelbagai bentuk dan rupa kustom beraksi di jalan raya jangan lupa untuk saksikan RODA PANAS 2 episod ke-4. Ia telah ditayagkan pada 6 Februari 2022 lalu namun kini boleh ditonton menerusi platform Astro GO!

Menerusi episod ini selebriti popular tanah air seperti Beto Kusyairy, Fauziah Latiff, Achey, Riezman Khuzaimi dan Datuk Rocky Bru melakukan kemunculan istimewa dengan mengikut tour ‘R 18 Getaway Malaysia’ dari Lembah Klang hingga ke Pulau Pinang.

Ikuti pengalaman serta apa kata mereka tentang jentera R 18 First Edition terutamanya pada jentera yang telah melalui ubah suai atau kustom yang hebat.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai motosikal luar biasa, BMW R 18 First Edition ini sila layari laman sesawang https://www.bmw-motorrad.com.my/.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim