Di antara elemen paling penting dalam memilih minyak wangi atau perfume bagi MASKULIN sendiri terbahagi kepada beberapa aspek.
Aspek-aspek tersebut boleh datang dari pelbagai faktor dan pengaruh. Di antara yang paling penting ialah keaslian, inovasi, bahan yang digunakan dan juga ketahanan lama bagi perfume untum penggunaan lebih maksima.
Jenama yang terkenal dalam bidang fesyen dan wangian masa kini, GUESS memperkenalkan wangian terbarunya, GUESS UOMO. Ia merupakan haruman yang diperkenalkan untuk meraikan lelaki yang memiliki sifat keyakinan tinggi dengan semangat yang membara.
GUESS UOMO diperkenalkan buat pertama kali pada tahun ini dan tidak salah MASKULIN katakan sebagai antara ‘favoarite’ sepanjang tahun.
Mungkin buat anda yang tidak pernah mencubanya tertanya-tanya bagaimanakah bau GUESS UOMO. Ia menyerlahkan aroma yang hadir seperti hamparan wangian aromatik, pedas hangat dan nada wangi herba yang akan membawa sensasi wangi yang sensual.
Selain itu ia juga memiliki karakteristik hangat dan mampu menaikkan mood serta semangat terutamanya membuka hari di waktu pagi.
Menelitinya dengan lebih dekat sebaik sahaja digunakan, anda akan melihat kualiti berlarutan bagi pembayang pedas wangi yang lebih lembut, bersahaja dan segar yang menyembunyikan intipati perasaan lembut, menarik dan semula jadi.
Berdasarkan gabungan nota GUESS UOMO dikelaskan sebagai wangian ‘aroma pedas’ hingga ke hidung. Percikan perisa dan nota harumannya terbentang dalam bau aromatik dan nota atas pembuka sitrus termasuk limau gedang, lavender dan buah pelaga.
BACA: Beza Antara Perfume EDT, EDP & Parfum, Mana Satu Sesuai Untuk Lelaki
Bauan nota elemen aromatik dan bunga bercampur dengan geranium, sage dan kunyit manakala nota asas ambar dan balsam yang mendalam meninggalkan kesan kayu.
Jika GUESS UOMO tampil seperti bau yang menyenangkan untuk citarasa anda atau mungkin majlis istimewa maka yang terbaik adalah untuk mengwangikan diri anda dan mencubanya.
Sebelum menggunakan GUESS UOMO, cuba dan lihat sama ada ia sebati dengan kimia dan perwatakan badan anda. Dengan cara ini anda akan mengetahui secara langsung jika anda menyukainya dan juga berapa lama ia bertahan sebelum membuat keputusan.
Berapa lamakah ia mampu bertahan? Secara amnya, ini bergantung pada banyak faktor dari kimia kulit hingga masa sepanjang tahun dan yang paling penting wangian itu sendiri.
Juga perlu diingat faktor bermusim termasuk suhu dan kelembapan, semuanya mempengaruhi hasil dan persepsi kepada hidung dan tahap sensitiviti setiap orang secara individu.
Rating MASKULIN: 4/5