Jika ditanya warganegara Malaysia ketika ini siapakah golongan yang paling disayangi mereka sekarang MASKULIN yakin dengan tidak ragu-ragunya akan menjawab barisan hadapan negara yang bertugas melawan penularan wabak COVID-19.
Sesungguhnya pengorbanan mereka yang berada di barisan hadapan penuh risiko sangat dihargai oleh semua pihak di Malaysia.
Antara yang bekerja tanpa henti 24 jam sehari ialah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain memastikan keselamatan awam mereka giat melakukan rondaan serta sekatan jalan raya bagi memastikan semua orang patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan bagaimana seorang anggota polis yang sedang bertugas menyelamatkan seekor anak anjing yang terperangkap di dalam sebuah longkang besar.
Anggota tersebut, Koperal (F) Mohd Azad Azady Mohd Tarmizee telah mendapat pujian daripada warganet kerana keprihatinannya menyelamatkan makhluk Tuhan tersebut. Video berkenaan bukan sahaja tular di negara kita malah is turut dikongsi beberapa media antarabangsa.
Berita ini juga turut menarik perhatian Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Ads
Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan menyampaikan Surat Penghargaan khas kepada Mohd Azad di atas usahanya berkhidmat bukan sahaja kepada manusia tetapi juga makhluk yang lain memerlukan pertolongan.
MAJLIS PENYERAHAN SURAT PENGHARGAAN DARIPADA DULI YANG MAHA MULIA TENGKU PERMAISURI SELANGOR
#SejahteraShahAlam #staysafestayhome
Shah Alam, 15 April 2020 – YDH ACP Baharudin Bin Mat Taib (Ketua Polis Daerah Shah Alam) telah menghadiri Majlis Penyerahan Surat Penghargaan daripada DYMM Tengku Permaisuri Selangor kepada Kpl/s Mohd Azad Azady Bin Mohd Tarmizee daripada Unit MPV, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Shah Alam. Turut serta dalam masjlis ini adalah Supt Ramsay Anak Embol ( Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam), YBhg Muhammad Syahir Bin Hasan (Pembantu Setiausaha Sulit Kepada Sultan Selangor), Ketua-ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai.
Ads
Penyampaian surat penghargaan daripada DYMM Tengku Permaisuri Selangor kepada Kpl/s Mohd Azad Azady telah disampaikan oleh YBhg Muhammad Syahir Bin Hasan (Pembantu Setiausaha Sulit Kepada Sultan Selangor) dan disaksikan oleh YDH ACP Baharudin Bin Mat Taib. Surat Penghargaan ini adalah atas keperhatinan Kpl/s Mohd Azad untuk menyelamatkan seekor anak anjing yang telah jatuh ke dalam longkang dan video berkenaan telah tular dilaman sosial yang mendapat reaksi positif dikalangan masyarakat.
—————————————–
Rakaman video yang dilakukan oleh rakan setugasnyua, Koperal Ezam Ramli yang dikongsi di Facebook kendaliannya kini telah meraih lebih 490,000 tontonan dengan lebih 24,000 perkongsian.
Tahniah MASKULIN ucapkan buat Koperal (F) Mohd Azad Azady Mohd Tarmizee. Semoga terus bersemangat, berdedikasi dan tabah dalam menjalani tugas harian tatkala negara kini berdepan krisis COVID-19.
Sumber & kredit: Facebook Polis (IPD) Shah Alam
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa sangka seorang Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sanggup dan tidak kekok langsung menjadi ‘delivery boy’ hanya untuk menyerahkan makanan kepada pelanggan.
Datuk Dr. Sheikh melakukan proses penghantaran makanan ini untuk pelanggan yang memesan makanan di restoran miliknya hasil Kerjasama dengan Datuk Ismail Ahmad. Opreasi menghantar makanan ini sudah berlaku sejak minggu lalu semasa perintah PKP.
“Ramai tidak tahu yang saya pernah buka restoran Rebung bersama Chef Ismail pada tahun 2003 dan ia mendapat sambutan yang menggalakan.” Tulisnya di Instagram.
Mengimbau Kembali kenangannya ketika membuka restoran Rebung yang memerlukannya bagun seawal 4.00 pagi untuk ke pasar untuk mendapatkan makanan laut segar selama 6 bulan cukup memberi kenangan manis buatnya.
“Malah saya masih teringat ke Pasar Borong Selayang pada jam 0400 pagi pada waktu itu membeli makanan laut segar setiap hari selama 6 bulan terakhir semasa kami memulakan perniagaan.
“Saya teringat menghantar Lemang & Rendang & Dodol pada awal pagi Raya selama 2 tahun yang lalu.” Tulisnya lagi.
“Dan Alhamdulillah setelah 17 tahun Rebung masih berdiri teguh dengan 80 kakitangan berjaya memperoleh banyak Anugerah ‘Makanan Melayu Terbaik’ selama 5 tahun berturut-turut. Bahkan kami beralih dari Taman Bangsar ke Taman Botani pada tahun 2018 untuk tempat letak kenderaan 5 tingkat yang lebih luas dan boleh memuatkan sehingga 500 orang. Syukur Alhamdulillah.” Tambahnya seorang yang meminati makanan terutamanya Makanan Melayu Negeri Sembilan.
Macam ni lah baru betul, sebenarnya macam-macam cara peniaga dan orang ramai boleh lakukan. Ini salah satu caranya.
Kaedah menanam dengan Hidroponik tanpa mengunakan tanah amat mudah dan praktikal diletakkan dikawasan keliling rumah. Sungguh seronok apabila salad, kangkung dan sawi yang ditanam menghasilkan sayuran segar dan dipetik sendiri.
Jom buat sendiri DIY set atau bekas Hidroponik , modal tak sampai RM20 tapi hasil pula lumayan macam dikongsi oleh lelaki bernama Abdul Sapawi Abdullah ini.
Hidroponik Jimat Belanja RM 17
Pengalaman saya sebagai penanam sayuran hidroponik, kedengaran mengatakan hidroponik kos adalah tinggi/mahal. Kebiasaannya apa-apa yang melibatkan kos yang tinggi kita jarang sangat hendak ambil peduli dan cakna untuk mengusahakan sesuatu.
Hari ni saya cuba bantu tuan/puan bagaimana nak bermula hidroponik dengan kos yang sangat-sangat berpatutan untuk menanam sayuran terutamanya kangkung.
Di bawah ini adalah bahan-bahan yang perlu untuk bermula :
1. Baja A/B 500ml : RM10
2. Benih Kangkung Eco : RM2
3. Span Aquarium : RM5
4. Air Hujan : Free
5. Bekas Sabun : Free
6. Cup Minuman : Free
P/s : Free : Barang recyle yang ada banyak di sekeliling kita, tapi kita sahaja yang tidak anggap ianya amat berguna!
Usia baru seminggu selepas tanam
Letak span pada dasar cup minuman, kemudian benih di atas span. Satu cup letak 5-10 pokok.
Dalam tong adalah air yang dicampur baja AB. paras 1/4 cup minuman sahaja. Air ini kena tambah sebab selalunya akan kering 2-3 hari sebab pokok kangkung banyak makan air
Usia 3 minggu selepas tanam
Dah boleh tuai
Potong bahagian atas dan akan tumbuh semula. Jimat benih dan tak perlu semai kembali. Boleh tuai 4 kali selagi masih tumbuh! Jimat kan?
Nak pastikan coverage telco mana yang paling laju di kawasan rumah memang agak mencabar. Apatah lagi jika anda berpindah ke kawasan baharu, tidak mungkin anda akan membeli sim card setiap telco, bukan?
Sabar, jangan panik! Akram Zulkifli kongsi cara-caranya untuk anda check dan tahu coverage telco mana paling laju di kawasan rumah anda.
Langkah Pertama
Langkah kedua
Langkah ketiga
Langkah keempat
So lepas ni, anda tidak perlu risau lagi jika anda berpindah atau bertukar tempat tinggal.