Tragedi rusuhan baru-baru ini yang berlaku dalam kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, dekat Subang Jaya turut menyebabkan seorang ahli bomba
Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang kritikal akibat dipukul oleh perusuh.

Anggota Bomba Yang Tragis Dipukul Semakin Stabil & Dipindahkan Ke IJN

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata keputusan itu diambil selepas perbincangan antara pakar perubatan IJN dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di sini.

“Keputusan ini di ambil selepas Muhammad Adib menunjukkan sedikit perkembangan positif dan kelengkapan di SJMC tidak begitu sesuai bagi tujuan perawatannya. Di IJN terdapat sebuah mesin yang boleh memberi rawatan tambahan bagi meningkatkan keupayaan kemasukan oksigen untuk mengaktifkan paru-parunya.

IKLAN

“Jadi, kita buat keputusan untuk pindahkan Muhammad Adib sekitar pukul 10.30 malam tadi selepas mendapat persetujuan ibu bapanya,” katanya pada pemberita selepas melawat mangsa di SJMC sebelum dipindahkan ke IJN.

Anggota Bomba Yang Tragis Dipukul Semakin Stabil & Dipindahkan Ke IJN

Dalam kejadian awal pagi Selasa, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.

IKLAN

Zuraida berkata, keadaan Muhammad Adib dilaporkan semakin stabil berbanding tengah hari tadi selepas lebih setengah hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

“Tekanan darahnya juga semakin baik dan dia tidak sedarkan diri kerana diberikan sedatif,” katanya.

IKLAN

Ambulans yang membawa Mohamad Adib meninggalkan SJMC pada pukul 11.33 malam dengan diiringi pegawai perubatan SJMC dan IJN, ibu bapa dan ahli keluarganya serta beberapa pegawai bomba sebelum tiba di IJN sejurus sebelum 12 tengah malam.

Kami di maskulin mendoakan semoga  Mohamad Adib cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala.

Sumber : Bernama

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI