Tidak ada sesiapa yang inginkan kemalangan berlaku namun jika ia sudah berlaku, sabar dan bertenang terlebih dahulu.
Lebih-lebih lagi kalau kemalangan tersebut berlaku kerana kesesakan lalu lintas dan bukannya pemanduan secara berbahaya.
Kalau memandu secara berbahaya sehingga melibatkan kematian, itu kes lain kerana ia merupakan isu yang sangat besar.
Namun jika ia berlaku semasa pergi atau pulang dari kerja, alaaa.. macam kes terlanggar ‘bontot’ kereta, ini perkara yang perlu anda lakukan :
Ditegaskan, usah panik. Kalau tiba-tiba rasa kereta anda bergegar kena langgar dengan kereta belakang, terus bagi signal untuk ke bahu jalan.
Jangan lepas kena langgar, terus berhenti dekat tengah-tengah jalan. Nanti jalan jadi makin sesak.
Kalau anda halang lalu lintas, nanti kereta lain pun jadi mangsa. Silap hari bulan, anda dan ‘rakan berlanggar’ pula kena makin.
Sebagai rakyat Malaysia, tak usah marah-marah. Mengamuk macam orang gila pun tak ke mana, benda boleh settle cara elok kot. Nampak sangat tak bertamadun.
Apa yang anda kena buat, periksa tahap kemek dekat tempat kena langgar tu. Teruk ke tak. Atau cuma sekadar calar-calar manja yang boleh polish semula.
Kalau serius, terus ambil gambar. Jangan post di Facebook atau Twitter, selesaikan dahulu masalah tepi jalan tu sebagai bukti awal.
Kemudiannya, bincanglah. Siapa bersalah dalam hal ini. Dan kalau anda yang terlanggar orang kerana kecuaian, terpandang awek lain ke, mengaku salah sahajalah. Tak perlu kata kereta depan brek mengejut.
Kalau kereta depan kata dia brek mengejut, kenal pasti apa alasan dia dan harapnya alasan tersebut tidak bercanggah dan masuk akal.
Bukan apa, sebab kalau dah terlibat dalam kemalangan sedemikian, laporan polis memang perlu dibuat dalam masa 24 jam. Ambil katalah salah seorang menipu katanya tak nak buat report, last-last dia pergi tanpa pengetahuan anda, anda juga yang akan terkesan paling teruk nanti. Pergilah buat laporan untuk keselamatan.
Siap ada laporan, bawa berjumpa dengan pihak pengeluar kereta anda. Di sana pegawai terbabit akan terang prosedur dia macam mana.
Kalau hantar dekat bengkel pengeluar kereta tu, memang lambat sikit tetapi terjaminlah. Kalau nak cepat, hantar aje ke bengkel luar dan kemudian claim insurans.
Biasanya, insurans akan diambil daripada pihak ketiga. Kalau anda dilanggar, orang yang melanggar andalah yang akan menanggungnya.
Selesai sahaja proses baik pulih, gunalah semula kereta anda dan pastikan, jangan berlaku kemalangan lagi.