MASKULIN percaya sebahagian daripada pembaca setia kami adalah datang dari golongan lelaki yang berusia lewat 20-an dan sekitar 30-an. Inilah usia dan era di mana seorang lelaki berada di persimpangan dan dilema untuk menetukan arah tuju hidupnya.
Sama ada dari segi kerjaya, perkahwinan dan juga aktiviti harian. Terdapat satu kajian yang pernah dijalankan oleh laman web Quora. Menerusi kajian tersebut mereka mengemukakan beberapa soalan kepada golongan lelaki berusia 50-an.
Menerusi tiinjauan tersebut mereka ditanya apakah yang sepatutnya mereka lakukan ketika berusia 30 tahun agar dapat menikmati hidup yang lebih bahagia dan sempurna ketika di usia tua.
Kebanyakan golongan berusia 50 tahun ini memberikan jawapan yang sama seperti di bawah ini. Jadi bagi anda yang berusia 30 tahun tak kiralah anda lelaki atau wanita, ambillah nasihat ini kerana ia ada kebenarannya.
BAIKI HUBUNGAN KELUARGA
Walaupun ada sikap adik-beradik yang mungkin anda tak suka, tapi anda harus belajar menyayangi mereka. Ingat! Ikatan keluarga paling penting. Di saat orang lain menentang anda, keluargalah yang selalunya memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi.
MEMPUNYAI SIMPANAN
Simpanlah duit walaupun sedikit. Memang kedengaran seperti nasihat biasa tapi pada usia ini, karier anda selalunya sudah stabil. Jadi jangan bazirkan wang gaji anda dengan membelanjakan pada perkara yang tidak berfaedah. Anda dah matang!
JANGAN TANGGUHKAM IMPIAN
Nak mendirikan rumah tangga, sambung belajar, tukar kerjaya, sila buat sekarang! Usia dah 30 ok. Jangan tangguh dan berkata nanti kerana nanti itu adalah sekarang. Begitu juga dengan impian untuk ke Makkah menunaikan haji, lakukanlah ketika anda di usia muda iaitu pada waktu tubuh anda masih sihat, kuat dan bertenaga.
TIDAK MAKAN MAKANAN BUKAN-BUKAN
Anda boleh buat banyak duit pada usia 20, 30, 40 dan seterusnya. Tapi anda tak boleh beli kesihatan! Belajarlah mengurangkan makanan segera dan jajan pada usia ini untuk manfaat kesihatan usia tua.
AKTIF BERSUKAN
Mulakan gaya hidup yang sihat. Jadikan aktiviti bersukan sebagai salah satu hobi untuk anda mengeluarkan peluh. Sertai mana-mana aktiviti yang anda gemar seperti berbasikal, zumba, berenang ataupun hanyalah sekadar joging.
Tolong jangan tambah berat badan ketika ini kerana percayalah, anda akan sukar untuk kembali kurus. Ini kerana pada usia ini metabolisme anda sudah semakin rendah, jadi kesungguhan untuk kurus memerlukan usaha yang sangat tinggi. Jika tidak kuat, matlamat untuk kurus mudah gagal.
BERHENTI MEROKOK
Bukan sahaja membazirkan wang dan menjadi penyebab masalah kesihatan, merokok juga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan serta boleh mengganggu kesihatan orang sekeling yang menyedut asap rokok anda.
Jadi cuba tekadkan diri untuk anda belajar mengurangkan tabiat merokok agar lama-kelamaan anda dapat berhenti terus.Jika tidak ambil berat, makin memberi risiko untuk kesihatan anda di kemudian hari.
SENTIASA GUNA KRIM PERLINDUNGAN MATAHARI
Sinaran matahari secara terus pada kulit merupakan antara punca berlakunya kedutan. Pada usia ini kedutan sudah mula muncul pada wajah anda. Jadi sila pakai krim pelindung matahari jika anda tidak mahu kelihatan lebih tua daripada usia.
MELANCONG
Keluarlah melihat dunia sejauh mana yang anda boleh dan mampu. Ibarat kata orang, jauh perjalanan luar pemandangan. Melancong mampu mengubah cara pemikiran anda terhadap banyak perkara termasuklah sikap anda sendiri.
LEBIH MENGHARGAI KAWAN-KAWAN
Seharusnya ketika ini anda sudah punya teman ketawa dan menangis bersama. Hargailah kehadiran mereka di sisi anda dan terus menjalinkan silaturahim. Sentiasalah berhubung walaupyun mungkin anda dan tema jarang bersua kerana inilah teman anda ketika tua nanti.
MEMILIKI ATAU MEMBELI RUMAH SENDIRI
Sebaik sahaja keadaan kewangan anda stabil pada usia 30-an, belilah kediaman sendiri agar anda ada tempat yang selesa untuk berehat selepas seharian bekerja. Jika membeli rumah pada usia ini, besar kemungkinan menjelang umur anda 50-an hutang anda sudah hampir selesai.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk anda nikmati seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI