Anda Telah Mengangkat 75% Berat Anda, Ini Antara Kebaikan Tekan Tubi

Share

Siapa kata kesibukan di tempat kerja menjadi faktor kekangan masa untuk anda bersenam? Banyak teknik senaman mudah dan memerlukan ruang serta masa yang singkat boleh anda lakukan selepas pulang.

Senaman tanpa menggunakan beban iaitu hanya menggunakan pergerakan mengangkat beban diri sendiri ini antara yang boleh anda amalkan (antaranya Tekan Tubi).

Senaman tanpa menggunakan beban asalnya digunakan untuk initial stage atau permulaan asas bagi ke peringkat seterusnya dalam latihan kekuatan (strength training). Selain itu, latihan tanpa bebanan juga digunakan untuk tujuan rehabilitasi oleh atlet-atlet sebelum ke peringkat seterusnya.

Terdapat beribu-ribu senaman tanpa menggunakan beban. Jadi, tiada alasan untuk anda tidak bersenam. Jawapannya terletak di tangan anda. Yang penting, pilih senaman yang sesuai dengan keupayaan, objektif dan misi anda.

Artikel berkaitan: Tekan Tubi 10 Kali Sehari Mampu Buat Badan Lebih Bertenaga & Minda Lebih Tajam

Senaman Tekan Tubi

Otot utama yang berfungsi semasa senaman tekan tubi adalah petrolis major, walaupun nampak mudah tetapi sekiranya dilakukan mengikut ulangan dan pergerakan yang betul, ia satu senaman yang berkesan.

Otot lain yang turut berfungsi semasa senaman ini adalah front deltoids dan juga tricep. Selain itu juga, absdominal anda turut berfungsi untuk mengekalkan kestabilan tubuh anda.

Tahukah anda, semasa anda membuat tekan tubi, anda telah mengangkat 75% daripada keseluruhan berat anda berdasarkan kajian daripada National Strength and Conditioning Association.

Tip untuk lakukan tekan tubi

– Tubuh sepatutnya lurus daripada tumit sehingga kepala.
– Rapatkan kaki anda tanpa menjarakkan.
– Keraskan abdominal dengan kuat seolah-olah anda akan ditumbuk.
– Tangan anda lurus semasa posisi permulaan dan tapak tangan anda selebar bahu anda.
– Rendahkan badan perlahan-lahan sehingga dada anda hampir mencecah permukaan lantai dengan menarik nafas.
– Tolak tubuh anda ke posisi permulaan dengan menghembus nafas.
– Sentiasa keraskan (contract

) abdominal anda, oleh itu tubuh anda akan sentiasa lurus.
– Kepala anda sepatutnya lurus sama seperti posisi permulaan sehingga posisi akhir.

Tahap tekan tubi

1- Modified pushup
2- Incline pushup
3- Pushup
4- Stacked feet pushup
5- Decline pushup
6- Push up with feet on swiss ball
7- Single leg decline pushup
8- Bosu pushup
9- Swiss ball pushup
10- Weighted pushup

Senaman Inverted row

Otot utama yang berfungsi semasa senaman ini adalah middle and lower traps, rhomboid major dan rhomboids minor.

Selain itu, upper traps, deltoids dan rotator curf adalah otot yang akan membantu dalam pergerakan senaman ini.

Tip senaman Inverted Row

– Pastikan tubuh anda lurus dari kaki sehinggalah kepala.
– Bergantung kepada bar dengan tangan lurus.
– Jika tangan anda bengkok semasa menarik badan anda ke atas, itu petanda upper back dan biseps anda lemah.
– Cuba untuk stabilkan tubuh anda dengan lurus semasa menarik tubuh anda ke atas.
– Hembus nafas semasa menarik tubuh anda ke atas dan tarik nafas semasa melepaskan tubuh ke bawah.

Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang lelaki.

Published by
L.A