Anda Suka Picit Whiteheads Dan Jerawat? Ini 6 Tip Untuk Elak Kulit Anda Berparut!

Share

Perbuatan memicit jerawat adalah tidak digalakkan sama sekali. Ini kerana apabila isi jerawat tersebut meletup keluar, kulit anda akan berwarna kemerah-merahan.

Apatah lagi jika jerawat anda itu belum masak, selagi ditekan-tekan, kulit anda bukan sahaja menjadi merah, bengkak yang tidak sepatutnya pun akan kelihatan.

Cara mudah untuk menangani masalah ini adalah :

1. Jangan picit langsung

Biarkan jerawat anda masak dengan sendirinya. Jika anda menyental muka atau badan dengan kain lembut sewaktu mandi, ia akan pecah sendiri sekali gus bakteria juga terus dapat dibersihkan.

2. Guna krim jerawat

Anda boleh menggunakan krim jerawat terbaik mengandungi kandungan seperti benzoyl peroxide atau asid salicylic dan sapukan pada kulit wajah anda semalaman. Biarkan ia meresap ke dalam kulit.

Namun jika tangan anda tetap gatal untuk memicit jerawat di wajah itu juga, pastikan anda buat perkara ini :

1. Sebelum picit, cuci wajah anda terlebih dahulu. Kemudian lakukan rutin exfoliate

dan sesudah itu, tekapkan wajah dengan kain yang hangat.

2. Jika ingin memicit keluar blackhead pada wajah, gunakan tisu dan jika ianya sejenis bintik putih, sebaiknya gunakan lancet dan cucuk dengan berhati-hati pada bahagian tengah jerawat tersebut.

3. Jika ia sejenis jerawat merah yang tidak punya isi (cecair putih), seeloknya jangan picitnya beriya-iya. Sapukan krim untuk masakkannya agar kotoran pada bintik jerawat merah itu dapat dikeluarkan lebih cepat.

4. Lepas picit jerawat, cuci wajah dengan bersih dan kemudiannya, sapukan toner. Toner berfungsi untuk membersihkan lagi kulit wajah di samping meredakan kulit kemerah-merahan.

5. Letak ais pada kawasan berjerawat yang baru dipicit. Teknik ini boleh meredakan kawasan wajah yang bengkak.

6. Jangan sentuh kulit wajah anda dengan tangan. Kadang-kala, tangan yang tidak bersih seperti kuku yang kotor boleh mengakibatkan bakteria merebak.

Selamat mencuba!

Published by
Akyem Samad