Anda Mampu Turun 5kg Dalam Tempoh Sebulan Dengan Diet Ini!

Share

Anda kini berdepan dengan masalah berat badan atau alami perut yang sedikit boroi. Kini anda sedar, anda perlu lakukan sesuatu.

Dan anda juga komited untuk melakukan yang terbaik demi menurunkan berat badan sekurang-kurangnya lima kilogram dalam tempoh sebulan.

Ini contoh diet yang memerlukan disiplin cukup tinggi boleh anda cuba lakukan. Tapi sebelum anda melakukannya adalah lebih baik anda mengetahui kondisi dan keupayaan fizikal sendiri.

Rujuklah pakar pemakanan dan doktor jika anda berasa was-was.

MAKANAN PERLU ELAK DALAM MASA SEBULAN

1.) Elak ambil nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spageti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sejenis dengannya.

2.) Kurangkan makan roti atau seangkatan dengannya seperti roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar dan roti pastri.

3.) Elakkan gula – gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Untukt tempoh dua minggu pertama, ada elakkan dulu daripada memakan buah.

5.) Minuman manis seperti jus buah-buahan, air berkarbonat dan kopi perlu dikurangkan  dengan segera.

6.) Elakkan makan snek seperti jajan, biskut manis, nachos, bertih jagung dan sebarang jenis jeruk manis.

7.) Untuk dua minggu pertama juga adan perlu elak makan segala bentuk kacang.

8.) Elakkan makanan yang diproses seperti kentang goreng, bebola ikan dan bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut dan pelbagai jenis kuih-muih.

JAUHI MAKANAN INI!

  • Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas, minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick dan banyak lagi.
  • Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
  • Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  • Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  • Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  • Kek, biskut dan semua produk bergandum.
  • Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  • Kekacang, sama ada peanuts, pistachio dan sebagainya.
  • Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
  • Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
  • Gula – gula putih, merah, gula melaka, pemanis artifisial dan madu.
  • Nasi putih, pulut, nasi beras perang. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat!

BACA: 5 Jenis Teh Yang Bagus Untuk Anda Minum!

ANDA BOLEH MAKAN

  • Ayam – panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
  • Semua ikan – sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
  • Semua daging – rusa, lembu, kambing – buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.
  • Udang – bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
  • Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
  • Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
  • Air kosong, air mineral -minum 3 liter atau lebih sehari untuk elakkan sembelit dan melawaskan pembuangan toksin.
  • Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…
  • Pizza? Makan topping sahaja.
  • Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Dan apa yang penting anda jangan berlapar dan tinggal makan sarapan pagi, makan tengah hari dam makan malam. Untuk makan malam sebaiknya makanlah sebelum jam 7 petang.

Ingat anda harus penuh disiplin selama sebulan dan ikuti segala apa yang boleh dan tak boleh dimakan. Akhir sekali anda juga perlu sentiasa pastikan badan cukup air dan rehat yang secukunya.

Published by
Farizul Izwany