Bermula hujung minggu ini ramai anak-anak perantauan di Kuala Lumpur khususnya akan mula menuju ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan hari raya.
Dan dianggarkan jutaan kenderaan akan berpusu-pusu keluar menuju ke pelbagai arah seperti Utara, Selatan dan Pantai Timur.
Jadi bersiap sedialah untuk berdepan dengan kesesakan luar di semua lebuh raya. Bila berada dalam kesesakan begini mualah kita dapat saksikan pelbagai karenah pemandu yang tak reti nak bersabar. Antaranya memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan. Macam dia seorang sahajalah yang nak sampai cepat!
BACA: Tip Periksa Komponen Kereta Sebelum Memulakan Perjalanan Jauh
Untuk mencegah perkara seperti ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata orang ramai kini boleh laporkan kesalahan pemandu lain dengan merakamkan kesalahan mereka.
Malah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia turut mengumumkan perkara sama di Facebook dan memberitahu orang ramai cara-cara untuk membuat laporan dengan hanya menggunkan Whatsapp.
Anda sebagai pelapor perlu menyatakan kesalagan sebagai bukti bersama dengan maklumat berikut:
Hantarkan maklumat di atas menerusi Whatsapp ke nombor 0134498997
Pemilik kenderaan yang melakukan kesalah akan diberikan Notis 114, notis temu siasat untuk mereka memberikan keterangan lanjut berhubungan kesalahan yang didakwa dilakukan mereka.
Sekiranya di dapati bersalah, Notis P22 iaitu notis saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.
Sehubungan dengan musim perayaan, Anthony turut mengumumkan bahawa kenderaan berat telah dilarang sama sekali untuk menggunakan lebuh raya. Tarikh-tarikh tersebut ialah;
1 – 3 Jun
8 – 9 Jun