Tip cuci rambut seperti di salun?
Ya, anda boleh melakukannya sendiri. Berikut langkah-langkah yang boleh anda lakukan. Selamat mencuba!
JANGAN LAKUKANNYA TERLALU KERAP
Membasuh rambut terlalu kerap menghilangkan minyak semula jadi daripada kulit kepala anda, dan mengakibatkan kesan sebaliknya; akar rambut menjadi lebih berminyak.
LARASKAN SUHU AIR
Air seharusnya suam atau sejuk, jangan sekali-kali terlalu panas; haba berlebihan boleh menyebabkan rambut anda kering.
JIMATKAN SYAMPU
Amaun syampu yang sama dengan 1/4 daripada tapak tangan anda cukup untuk rambut anda. Hanya gunakannya sekali, agar rambut tidak menjadi berat.
URUT PERLAHAN-LAHAN
Dengan gerakan membulat, gosok syampu selama lebih kurang 20 saat. Biarkan syampu mengalir turun ke hujung rambut.
BERI PERHATIAN KEPADA PERAPI
Tidak seperti syampu, perapi hanya perlu digosok pada rambut dan hujungnya. Biarkan perapi itu terperap pada rambut anda selama 5 hingga 7 minit.
INGAT, KURANG ADALAH LEBIH BAIK
Amaun yang bersamaan dengan satu sudu kecil sudah cukup untuk rambut pendek. Untuk rambut yang sederhana panjang hingga panjang, setengah sudu besar sudah memadai.
BILAS RAMBUT ANDA DENGAN SEMPURNA
Pastikan semua sisa dibersihkan. Bilas rambut anda sekali lagi dengan air sejuk; kejutan terma daripada perubahan suhu menjadikannya lebih berkilat!
AKTIFKAN PEREDARAN PADA AKAR
Semasa masih lagi berada di dalam bilik mandi, gunakan sikat untuk meleraikan kekusutan rambut perlahan-lahan, sentiasa dari hujung rambut ke bahagian tengah rambut.
Selamat mencuci rambut!