Petua Tradisional Yang Mudah Untuk Hilangkan Jerawat, Ini 3 Cara Yang Anda Kena Cuba!

Share

Menjelang akhir tahun, pasti kita akan menerima banyak jemputan kenduri kahwin rakan-rakan serta saudara-mara.

Namun segalanya jadi tak sedap bila jerawat mula tumbuh mekar di muka. Daripada semanga nak pergi, terus jadi tak semangat disebabkan jerawat.

Kalau kecil tak apa. Ini besar dan merah. Dari jarak 500 meter pun sudah boleh nampak jerawatnya.

Puncanya, makan tak ingat dunia. Semua pergi ‘bedal’ termasuk makanan yang tidak sesuai dengan diri kita.

BACA: Lelaki Yang Nak Wajah Kacak, Glowing & Bebas Jerawat Wajib Guna Pencuci Muka Ini!

Apa-apa pun, jangan panik dan bimbang, MASKULIN bantu anda untuk kembali segak kerana jerawat di muka, anda boleh selesaikan dengan petua tradisional ini:

1. Lemon

Asid yang terkandung di dalam sebiji buah lemon sebenarnya amat banyak fungsinya. Salah satunya adalah menghilangkan jerawat di muka.

Kandungan asid dalam lemon dapat mengurangkan radang pada kulit berjerawat serta membersihkan pori-pori wajah yang tersumbat.

Bukan itu sahaja, malah lemon juga bertindak mencerahkan kulit dan menghilangkan bintik hitam.

Ambil lemon dan sental pada seluruh kawasan berjerawat. Biarkan kering selama 15 minit kemudian barulah dibilas bersih.

2. Cuka Epal

Selain lemon, cuka epal yang anda gunakan dalam kebanyakan membuat beberapa jenis menu ini juga bertindak pantas untuk meredakan jerawat.

Asid yang terkandung di dalamnya bertindak menghilangkan sel kulit mati. Malah antioksidan yang juga terkandung di dalamnya berfungsi mempercepatkan proses penyembuhan kulit akibat jerawat.

Apa yang perlu anda buat adalah dengan membancuh 5ml cuka bersama sedikit air dan sapu pada jerawat.

Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Lakukan sebelum waktu tidur.

3. Kunyit Hidup & Garam

Kunyit hidup memang sangat berkesan menyembuhkan jerawat. Ambil sedikit kunyit hidup, kemudian tumbuk halus bersama sedikit garam kasar.

Sapu dan letakkan di tempat jerawat dan biarkan hingga ia kering. Mungkin anda akan merasa sedikit pedih namun biarkan sahaja hingga kering.

Hasilnya jerawat akan terus kecut.

BACA: 5 Sebab Utama Mengapa Perlu Cuci Muka Sebelum & Selepas Bangun Tidur

Tip Cerahkan Kulit Muka Dengan Pantas

Selepas jerawat makin pulih, jika ada banyak masa di kampung halaman, ada baiknya anda cuba petua cerahkan kulit muka pula. Petua guna bahan dapur ini paling senang dicuba malah tak perlukan kos yang tinggi.

Penggunaan tiga bahan ini iaitu beras pulut, garam dan gula bukan hanya buat kulit cerah bahkan juga memulihkan masalah jerawat dan melembutkan kulit wajah. Tidak salah jika kita mencubanya!

Bahan-bahan:

2 sudu makan beras pulut
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Satukan kesemua bahan ini di dalam kuali dan sangai kering kesemua bahan ini. Apabila bertukar keperangan, angkatlah dan kisar bersama sedikit air.

Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Apabila bancuhan telah sejuk, ratakanlah ke seluruh wajah.

Biarkan seketika hingga kering, kemudian gosoklah lembut ke seluruh wajah. Lakukan urutan perlahan-lahan dengan teknik gosokan secara membulat.

Teruskan menyental wajah sehingga anda berpuas hati. Sental pada bahagian hidung dan kawasan berjerawat lebih lama.

Biarkan seketika kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Hasilnya kulit akan lebih cerah sejurus selesai, lembut dan masalah jerawat juga dapat diatasi.

Published by
arif.karim