Penggunaan peranti penstriman haram kini semakin hari semakin semakin meningkat. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Dengan akses internet yang semakin mudah dan permintaan yang tinggi untuk hiburan atas permintaan, ramai yang memilih peranti penstriman haram atau kotak TV haram dan platform penstriman haram untuk mengelakkan kos langganan sah.
Apa yang nampaknya seperti cara mudah untuk menonton rancangan, filem, dan sukan secara percuma semakin menjadi isu global, dengan berjuta-juta orang memilih jalan servis menyalahi undang-undang ini.
Namun, di sebalik daya tarikan kandungan percuma, terdapat risiko dan bahaya tersembunyi yang boleh mendatangkan kesan serius kepada individu dan perniagaan.
Bayangkan membuka pintu rumah dan membiarkan pencuri masuk, hanya untuk menonton rancangan kegemaran anda tanpa bayaran. Kedengaran tidak masuk akal, bukan?
Tetapi itulah yang ramai lakukan tanpa sedar apabila mereka menggunakan kotak TV haram atau platform penstriman haram. Peranti murah ini menjanjikan hiburan tanpa henti, namun di sebaliknya, ia mengundang pelbagai masalah – dari penjenayah siber yang mencuri maklumat peribadi anda hingga kerugian kewangan yang jauh lebih besar daripada kos langganan yang sah.
Daya Tarikan TV Percuma: Jalan Pintas Bahaya
Tak dinafikan siapa yang tidak sukakan tawaran yang bagus, lebih-lebih lagi apabila kita rasa kita mendapat sesuatu tanpa kos.
Kotak TV haram memberikan akses kepada banyak saluran, filem, dan siaran langsung sukan pada harga yang jauh lebih murah. Namun, jalan pintas ini datang dengan harga yang mahal.
Peranti ini memintas laluan sah, yang bermaksud ia tidak tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan yang sama seperti platform sah seperti Astro, Netflix, atau Disney+.
Ads
Akibatnya, anda membuka pintu kepada penggodam dan malware yang boleh mengeksploitasi rangkaian rumah anda tanpa anda sedari.
Melakukan penstriman seperti ini bukan sahaja melanggar beberapa peraturan hak cipta. Malah, ia sering dimuatkan dengan perisian berniat jahat yang direka untuk mengintip rangkaian anda.
Setelah masuk, penggodam boleh mencuri maklumat sensitif – seperti butiran perbankan, kata laluan, dan akses kepada gambar peribadi serta emel anda.
Paling teruk, anda mungkin tidak akan perasan sehingga terlambat, dan pada ketika itu, anda mungkin berdepan dengan kecurian identiti atau kerugian kewangan.
Ads
Pakar keselamatan siber amat jelas tentang perkara ini – risiko peranti penstriman haram jauh melebihi kemudahan jangka pendek menjimatkan wang. Malware yang menyelinap ke dalam rangkaian anda boleh merebak dengan cepat, menjadikan seluruh kehidupan digital anda terdedah.
Harga Yang Tidak Berbaloi Untuk Dibayar
Ia bukan sekadar mengenai keselamatan peribadi anda. Perniagaan yang menggunakan kotak TV haram untuk menstrim kandungan di premis mereka juga berisiko.
Astro, salah satu penyedia TV berbayar terkemuka di Malaysia, telah mengambil tindakan undang-undang terhadap restoran, hotel, dan individu yang didapati menggunakan kotak TV ini untuk menstrim kandungan mereka.
Sebelum ini, sebuah restoran di Cameron Highlands dikenakan denda RM55,000 dan terpaksa memohon maaf secara terbuka. Itu di atas langganan Astro yang sah bernilai RM53,000 lagi.
Ads
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, menjelaskan bahawa cetak rompak menjejaskan industri kandungan, memberi impak kepada pelaburan dalam program berkualiti, dan meletakkan pengguna dalam risiko. Jika anda ditangkap menggunakan kotak TV haram, denda yang dikenakan boleh sangat tinggi.
Bagi mereka yang mementingkan privasi dan keselamatan, pilihan terbaik adalah mudah: gunakan sumber hiburan yang sah. Walaupun kotak TV haram kelihatan seperti cara mudah untuk mendapatkan kandungan, kesan yang berpotensi – daripada serangan siber hingga masalah undang-undang – menjadikannya terlalu berisiko.
Ingat, tiada yang percuma dalam dunia ini. Akhirnya, lebih baik membayar untuk ketenangan fikiran daripada berdepan dengan sakit kepala akibat kecurian data peribadi anda.
Pada akhirnya, anda perlu tanya diri sendiri: adakah menonton TV percuma benar-benar berbaloi untuk mengundang masalah ke dalam rumah anda?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi bulan yang mempertemukan jiwa-jiwa yang bersyukur, berkongsi dan berganding bahu. Tahun ini, Dataran Merdeka menyaksikan ‘RASA Bubur Lambuk Rewang Wira’ diadakan bukan hanya mengangkat nilai tradisi, tetapi juga mamaknai erti sebenar bulan mulia ini.
Bayangkan anggota Angkatan Tentera Malaysia – yang saban hari bertempur demi keamanan – kini menyingsing lengan, menyenduk bubur lambuk bersama rakyat. Ia bukan hanya simbolik, tetapi satu bentuk penghargaan yang tulus dan nyata.
“Kalau kita amati betul-betul, Bubur Lambuk adalah juadah berbuka puasa yang telah menjadi tradisi yang menghubungkan hati dan jiwa masyarakat.
“RASA berbangga menjadi antara penggerak utama tradisi ini,” kata Encik Syamil Fahim, CEO Nu Ideaktiv. Ungkapan ini menghidupkan semangat gotong-royong yang semakin dilupakan dalam kehidupan moden lelaki urban hari ini.
EDARAN MELUAS
Dengan lebih 8,000 pek bubur lambuk diagihkan ke lokasi strategik – dari hospital hingga ke bazar Ramadan – semangat ini menular jauh ke pelusuk ibu kota.
Dikuatkan lagi dengan tenaga lebih 60 anggota ATM, 50 sukarelawan dan 30 anggota DBKL, proses penyediaan 15 periuk gergasi bubur lambuk ini berlangsung penuh semangat maskulin sejati.
Kehadiran selebriti seperti Mila Jirin, Nana Mahazan dan Faizal Ismail memeriahkan suasana, tetapi tumpuan tetap kepada wira negara yang menjadi wajah utama acara ini.
“Rewang Wira membolehkan kita menyatukan dua elemen – tradisi gotong-royong dan penghargaan kepada mereka yang berkorban demi kita semua,” tegas Susi Emmarini Masri, Editor Pengurusan RASA.
Acara ini bukan sekadar tentang makanan – ia adalah tentang nilai. Tentang apa maknanya menjadi lelaki yang bukan sahaja kuat fizikal, tetapi punya hati yang besar untuk memberi, melindungi dan menyatu.
Dari sesi tazkirah hingga demonstrasi memasak oleh Chef Naem, semua ini membina pengalaman Ramadan yang lebih mendalam – bukan di restoran mewah, tetapi di jalanan, bersama rakyat, bersama wira.
Malam Tujuh Likur turut dilancarkan dengan replika pelita gergasi, memperindah Dataran Merdeka sebagai latar berbuka puasa yang menenangkan.
Bubur Lambuk Rewang Wira mengajar satu perkara penting, Ramadan bukan tentang siapa yang paling mewah menyambut, tetapi siapa yang paling ikhlas berkongsi.
Dalam dunia yang semakin sibuk dan individualistik, tradisi seperti ini menjadi ruang untuk lelaki kembali kepada akar – menjadi pelindung, penyumbang dan penggerak komuniti.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila berbicara mengenai aksesori lelaki, pocket square pasti ramai diantara kita kurang memberi perhatian terhadap kepentingan aksesori ini. Nah! Ia bukan sekadar pocket square! Jika kamu tahu cara lipatan yang betul, penampilan kamu boleh bertukar dari 0 ke 100 !
Rata-rata orang kita hanya melipatnya dengan cara lipatan yang biasa. Terlalu boring! Jika kamu tahu definisi sebenar gentleman, maka kamu harus tahu mengenai semua cara lipatan ini. Barulah kamu layak digelar the real gentleman!
Selamat mencuba!
Sumber gambar: Real Men Real Syle
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalunya perempuan je kan buat masker untuk putihkan muka. Haa kali ni lelaki pulakk, ingat lelaki tak perlu muka bersih dan putih ke..paling-paling pun bersih la kan..Ini petua orang dulu-dulu yang katanya diamalkan dari dulu lagi..
Hanya perlukan kunyit, tepung beras dan air…
Saudara Wafiy ini kongsikan tip untuk mendapatkan kulit yang bersih tanpa cela menggunkan masker kunyit ini.
Paling sesuai untuk masalah jerawat+parut tapi jgn pakai hari-hari tau..Seminggu sekali sahaja..
Rempah yang mempunyai warna kuning terang ini berasal dari benua Asia khususnya Asia Tenggara dan sesetengah juga berpendapat ia berasal dari India. Kunyit juga dipercayai telah dijadikan sebagai bahan tradisional yang mengubati penyakit pada zaman terdahulu.
Bahan-bahan:
1- Beras (segenggam – ikut kelebaran muka masing2)
2- Kunyit hidup atau serbuk
3- Air (air kosong okay jangan letak air sirap pulak)
Cara Buat:
1- Rendam beras (30minit atau sampai kembang semangkuk)
2- Campur beras yang dah kembang tadi dengan kunyit
3- Tumbuk campuran beras kunyit atau blend guna blender sampai lumat.
4- Letak sedikit air (jika terlalu pekat)
Cara Pakai:
Cuci muka dengan airr bersih dan keringkan dengan towel bersih.
Tempek masker beras kunyit ke seluruh muka.
Biarkan 15 minit / hingga kering
Bilas muka dengan air bersih.
Manfaat: Wajah kelihatan lebih berrsih, segar, lembab dan lembut. Boleh memudarkan kesan jerawat. Wajah pon jadi peloles youallllllls.
Pesanan : Kalau nak senang beli je masker kunyit yang dah siap, tunggu tepek je kat muka tu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.