Enzo Zidane, anak sulung kepada legenda bola sepak dunia, Zinedine Zidane, telah mengumumkan persaraannya daripada dunia bola sepak untuk memberi fokus sepenuhnya dalam bidang pelaburan.
Keputusan ini mengejutkan ramai pihak memandangkan Enzo yang berusia 29 tahun masih berada dalam usia produktif bagi seorang pemain bola sepak.
Enzo Zidane
Enzo Zidane, yang pernah bermain untuk beberapa kelab terkenal di Eropah termasuk beraksi dengan Real Madrid Castilla, Alavés, Lausanne, Rayo Majadahonda, Aves, Almeria, dan Rodez Aveyron sebelum berakhir dengan Fuenlabrada, di mana dia membuat 29 penampilan.
Detik paling diingati dari beliau adalah semasa penampilan tunggalnya untuk pasukan senior Real Madrid, di mana beliau menjaringkan gol pada penampilan pertamanya dalam kemenangan 6-1 Copa del Rey ke atas Cultural Leonesa.
Enzo cuba mencari prestasi terbaiknya, tetapi keadaan dan kekurangan konsistensi di atas padang menghalangnya daripada menjadi pemain utama untuk mana-mana kelab yang diwakilinya.
Tekanan Anak Lagenda Bola Sepak
Tekanan untuk membawa nama keluarga yang begitu terkenal dalam dunia bola sepak sentiasa ada. Menjadi anak sulung kepada seorang lagenda seperti Zidane adalah satu bebanan berat yang mengikuti Enzo sepanjang kariernya.
Ads
Walaupun dia cuba menempa laluan sendiri dengan namanya, perkembangannya sentiasa dibandingkan dengan warisan bapanya. Tekanan ini, digabungkan dengan kekurangan peluang dan keletihan mental, menyumbang kepada keputusannya untuk meninggalkan bola sepak profesional untuk kebaikan.
Walaupun Enzo telah memilih untuk meninggalkan bola sepak, adik-beradiknya masih kekal aktif dalam sukan itu.
Ads
Luca Zidane kini merupakan penjaga gol utama Eibar, Theo Zidane bermain di bahagian tengah untuk Córdoba di divisyen ketiga, dan yang paling muda, Elyaz Zidane, baru-baru ini menyertai akademi Real Betis dan mewakili Perancis di peringkat B-17.
Susah juga jadi anak lagenda ni kan!
Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN untuk seleksi video seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan di antara perkara yang sering dipandang remeh oleh sesetengah lelaki ialah kesihatan kulit terutamanya wajah selepas melakukan senaman.
Ini terutamanya bila melibatkan bakteria dan fungus yang boleh datang bila-bila masa sahaja. Kedua-dua ‘ejen’ jahat tersebut sangatlah gemar kepada kawasan lembab. Bahagian badan anda juga tak terkecuali.
Bayangkan bila anda berada di gym, bukan anda saja yang berpeluh bagai nak rak tetapi orang lain juga. Jadi ia merupakan kondisi persekitaran yang amat digemari bakteria dan fungus. Jika anda tak menjaga kebersihan diri selepas melakukan senaman pasti risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kulit juga tinggi.
Ikuti tip bagaimana nak jaga kebersihan kulit selepas melakukan senaman di gimnasium.
MANDI SELEPAS BERSENAM
Ada sebab mengapa kebanyakan gym menyediakan ruang mandi di dalam bilik air. Mandi selepas bersenam bukan sahaja boleh mengembalikan kesegaran badan malah boleh membuang segala kotoran, minyak, kulit mati dan menyingkirkan pelbagai bakteria dari badan.
GUNA BODY WIPES
Jika anda tak selesa untuk mandi di gym, anda boleh membersihkan wajah dan badan dengan menggunakan body wipes.
Jika anda biarkan peluh kering sendiri ia boleh menyebabkan bakteria masuk kepada pori-pori lantas menyebabkan masalah kulit seperti jerawat badan, panau dan sebagainya.
Tahukah anda bahawa produk kulit yang anda guna setiap hari mempunyai dua fungsi utama? Pertama membantu untuk membersihkan kotoran dan kedua memberikan perlindungan.
Begitu juga produk yang anda gunakan untuk bersihkan diri selepas bersenam di gym. Gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kalau tersilap produk ia boleh menyebabkan berlakunya alahan dan juga masalah jerawat lebih teruk.
Anda sendiri sudah tahu bahawa bakteria dan fungus amat suka kawasan lembap. Jadi bayangkan tuala anda yang basah dan dibiar begitu sahaja.
Disebabkan itulah anda harus pastikan tuala yang digunakan di gym juga sentiasa bersih. Menggunakan tuala yang kerap digunakan hanya memburukkan kesihatan kulit anda.
TUALA BERBEZA UNTUK FUNGSI BERBEZA
Lain tuala lain fungsinya Sebolehnya asingkan jenis tuala turutamanya untuk wajah dan badan. Menggunakan tuala berbeza boleh membantu kulit anda bebas dari sebarang penyebaran bakteria ke bahagian kukit sensitif.
Sebelum menggunakan mana-mana perlatan gym sebaiknya anda bersihkannya terlebih dahalu. Pihak gym kebiasaannya akan sentiasa memastikan kebersihan perlatan senaman namun sebagai langkah lebih selamat anda boleh bersihkan sendiri.
Sebagai contoh jika anda nak guna dumbbell lebih elok bersihkan dahulu pemegangnya dengan kain atau tisu basah.
JANGAN BERKAKI AYAM
Kadangkala bila berada di bilik persalinan dan juga bilik air ramai yang kononnya lebih selesa berkaki ayam. Cara terbaik mengelakkan fungus melekat pada kaki daripada lantai kotor ialah dengan memakai selipar.
Menyentuh kulit kepada lantai secara terus boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit kulit berjangkit.
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda di masa akan datang. Jangan lupa untuk subscribe YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai lelaki mengidamkan untuk ada six-pack pada bahagian abdomen, bukan? Nak dapatkan six pack tanpa menggunakan alatan gym?
Ya, anda mampu melakukan senaman six-pack berimpak tinggi ini di rumah sekali pun. Tak perlu gunakan sebarang peralatan.
Apa yang anda perlu ialah keinginan, disiplin tinggi serta semangat waja!
Lakukan 5 rutin senaman six-pack mudah dan pantas ini untuk anda dapatkan perut six pack. Jom mula!
1. VERTICAL LEG CRUNCH
Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu.
Ia tidaklah terlalu ringan kerana masih memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidak-tidaknya cara ini masih santai untuk dilakukan kerana tidak memerlukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
Ambil posisi baring.
Pegang belakang kepala dengan kedua tangan.
Angkat kedua kaki ke atas, lalu tahan beberapa saat.
Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot.
2. JACKNIFE SIT-UP
Latihan ini merupakan sebahagian daripada latihan dari sit up. Jangan salah melakukan latihan ini kerana ia cukup sukar terutamanya bagi seseorang yang memiliki badan gemuk.
Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut kerana ia melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut (atas, tengah, bawah)
Ambil posisi baring.
Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh dengkul kaki.
Turunkan kembali ke posisi baring dan lakukan kembali ke gerakan ulangan.
Lakukan latihan ini sebanyak 15 kali dan ulang 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan anda.
3. PLANK
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tenaga jika dibandingkan dengan latihan yang lain. Anda hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
Ambil posisi seperti push-up.
Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai.
Luruskan punggung.
Rasakan kontraksi pada otot perut dan memfokuskan ke otot tubuh dari beban tubuh.
Tahan hingga beberapa minit.
4. SIT UP
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi six pack. Lebih-lebih lagi ketika melakukannya, anda menambahkan dengan beban tambahan.
Sambil tidur pun anda masih boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil baring dan hayunkan seperti sedang melakukan ayunan berbasikal.
Namun jangan remehkan latihan ini kerana ia dapat membantu pembentukan otot terutamanya untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perut makin buncit dan paha bergesel merupakan antara perkara yang setiap orang ingin elakkan. Selain senaman, pemakanan juga harus dijaga. Barulah anda boleh jauhi berlakunya perut boroi dan paha bergesel.
Bukan sahaja demi kesihatan, anda juga pasti tidak selesa miliki perut boroi sehingga sendat untuk memakai baju. Apatah lagi bila paha bergesel, akan menyukarkan pergerakan harian anda.
Selain melakukan senaman secara rutin, pemakanan juga harus dijaga jika anda ingin elak masalah perut boroi dan paha bergesel. Ini merupakan antara 8 jenis makanan dan minuman yang anda perlu elak dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Roti putih dan produk dengan kandungan tepung yang diperkaya adalah antara makanan yang perlu anda elak. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, belilah roti penuh gandum dan pasta.
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan harian mereka dengan minum kopi. Sama ada kopi o atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan minuman kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesanlah kopi o kosong dan tambahkan dengan sedikit susu, krimer atau gula mengikut keperluan anda sendiri.
Minuman berkarbonat manis dan bersifat ketagih. Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan ketagihan terhadap air ini.
Anda perlu tahu bahawa, minuman berkarbonat hampir tidak mempunyai khasiat pun. Jadi ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Ambillah air masak dan jus buah-buahan segar jika anda memerlukan gula.
Kebanyakan makanan pek segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi dan sangat tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula dan krimer ke dalam badan anda, sekali gus boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, penting untuk anda elak kerana kebanyakannya mengandungi kalori yang tinggi. Atau setidak-tidaknya kawal pengambilan makanan dan minuman ini.
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan kandungan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori yang tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng menggunakan mentega atau telur yang banyak. Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, goreng sendiri makanan tersebut agar anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikannya dengan resipi anda.
Siapa yang tak suka makan burger dan kentang goreng kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak, malah jarang-jarang ia mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1-2 kali sahaja setiap bulan.
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah-buahan yang segar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambahkan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan, namun snek seperti ini mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semula jadi dan segar daripada anda ambil snek buah-buahan ini.