Setiap anak yang dilahirkan pasti ada personaliti yang tersendiri. Tetapi tahukah anda, anak sulung ini banyak kebaikannya. Anak sulung ini antara yang boleh diharap serta harapan keluarga.

Menjadi anak pertama di dalam keluarga, biasanya ibu bapa mengharapkan anak sulung untuk menjaga adik beradik. Jadi dia orang yang boleh diharap malah dialah harapan keluarga.

Ini antara sebab mengapa anak sulung sering menjadi pujaan setiap wanita;

#1: Lebih berdikari dan tak harapkan bantuan orang lain

Kebiasaannya individu yang lahir dahulu, mereka lebih berdikari berbanding dengan adik beradik yang lain. Ini kerana ia perlu menjaga adik beradiknya sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

IKLAN

#2: Boleh menjadi pendengar yang baik

Sebagai abang sulung, memang lumrahnya menjadi pendengar yang baik dan setia. Oleh itu, mereka lebih banyak mendengar masalah dari bercerita masalahnya.

#3: Bertanggungjawab dan menjadi idaman para wanita

Antara anak yang bertanggungjawab adalah anak sulung. Mereka dilatih sejak dari kecil untuk memikul tanggungjawab menjaga keselamatan adik beradik, malah penyayang dan sangat mengambil berat secara semulajadi membuatkan dia menjadi lelaki idaman semua wanita diluar sana.

#4: Lebih pandai dari adik beradik yang lain

Sejak kecil lagi, mereka perlu beri contoh yang baik serta bijak pada adik beradiknya. Jadi tidak hairanlah mengapa anak pertama kebanyakannya lebih pandai daripada adik beradik yang lain.

IKLAN

‘Along’ Sering Menjadi Idaman Setiap Wanita! Ini Ciri-ciri Anak Pertama Yang Mungkin Anda Tak Tahu

#5: Lebih tegas dalam membuat keputusan dan tahu apa yang diiginkan

Anak pertama sering membuat keputusan dan tegas dengan keputusannya. Walaupun anak pertama ini agak pendiam tetapi dia sebenar tahu apa yang dia mahukan.

IKLAN

#6: Seorang yang mudah memaafkan

Fakta tentang anak sulung yang paling ketara, dia adalah seorang yang berjiwa garang tetapi berhati lembut dan mudah memaafkan orang.

#7: Tidak kedekut dan tidak berkira

Sejak kecil lagi, anak pertama ini selalu mengalah dengan adik beradik. Anak pertama sering berkongsi barang dengan adik beradik malah dia juga seorang yang tidak berkira.

#8: Bersifat santai

Dia bukan sahaja tidak berkira dan apatah lagi pemaaf, dia juga adalah seorang yang bersifat santai dan bersahaja jika disbandingkan dengan adik beradik yang lain.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI