Anak Presiden Amerika Syarikat Trump Jr., Dedah Saiz ‘Kegagahan’ Ayahnya

Share

Kelakar rasanya apabila mendengar pendapat anak kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Donald Trump Jr. pada tahun 2007 dengan memberi kenyataan mengejut tentang saiz kemaluan ayahnya. Ketika itu beliau di temubual oleh sebuah stesyen radio di US yang bertanyakan isu kemaluan ayahnya Donald Trump yang pada ketika itu masih bergelar usahawan terkaya di dunia.

 

Apabila soalan diajukan kepada Trump Jr., penyampai radio dari The Playboy Mansion, dalam segmen 13 minit yang dipanggil “The Adam Carolla Show” bertanya “saya ingin bertanya, ketika mandi bersama ayah anda,  siapa punya lebih besar?”

 

Trump jr. menjawab soalan tersebut sambil ketawa terbahak-bahak:

 

“Saya pasti jika saya jawab soalan ini, saya akan dipecat oleh ayah saya! (dikaitkan dengan rancangan The Apprentice), tapi saya tetap akan jawab soalan anda. Tentulah saya kedua-duanya gagah!” ujarnya dalam temubual tersebut.

 

Wow! ini statement berani mati dari seorang anak usahawan terkenal serata dunia ketika itu. Penyampai radio tersebut memanaskan lagi keadaan dengan mengutarakan satu lagi soalan bertanyakan pendapat lelaki tersebut mengenai kecantikkan ibu tirinya Melania Trump, dan jawapannya “dia seorang perempuan yang sangat lembut”

Temubual tersebut telah pun di muat naik dalam satu laman sesawang, namun ia telah dipadam setelah Donald Trump diangkat menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Published by
Maiya Deen