Sukan

Anak Kelantan Timbang Bola Hingga Ke Persada Antarabangsa, Antara Terbaik Dunia!

Share

Anak kelahiran Kelantan, dari Kampung Manal, Tanah Merah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila aktif bertanding dalam sukan bola sepak gaya bebas sejak lapan tahun lalu.

Zulhilmi Zuaswa, 21, baru sahaja pulang daripada menyertai kejohanan dunia bola sepak gaya bebas di Turin, Itali selama seminggu yang berakhir Sabtu lepas.

“Sebelum itu saya perlu bertanding di peringkat Asia di Jakarta dan dipilih sebagai empat peserta terbaik Asia Pasifik daripada 60 peserta lain,” katanya.

Zulhilmi (duduk, dua kiri) ketika menyertai kejohanan di Jakarta.

Bercerita mengenai penglibatannya, kata Zulhilmi, segalanya bermula ketika dia berusia 13 tahun dan masih belajar di sebuah sekolah agama di Tanah Merah.

“Ketika itu saya hanya menonton video di platform media sosial dan mencubanya sebelum mengambil keputusan untuk fokus sepenuhnya dalam sukan ini.

“Saya mula belajar menimbang bola dan memberanikan diri menimba pengalaman dengan menyertai kejohanan ‘freestyle’ pertama di Kuala Lumpur,” katanya.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu memberitahu, mula menyertai kejohanan dunia pada usia 15 tahun di Poland.

Tahniah Zulhilmi , moga terbang terus tinggi di persada yang diceburi dan mengharumkan nama Malaysia!

BACA LAGI : Lelaki Kelantan Paling Tampan & Lelaki Kedah Paling Lawak. Ini Buktinya!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Nana