Pernah tak bila anda ke kompleks membeli belah dan ternampak anak-anak kecil berusia bawah 5 tahun asyik dan ralit bermain telefon pintar atau tablet?
Ya, perkara ini seakan sudah menjadi satu kebiasaan dan normal di dalam masyarakat kita. Hal ini mungkin terjadi kerana ibu bapa terutamanya di kalangan yang muda ingin anak-anak kecil mereka leka dan alihkan perhatian mereka.
Namun ramai tak tahu akan risiko yang dihadapi oleh anak-anak kecil mereka jika dibiarkan bermain gajet terlalu lama. Perkara ini mendapat perhatian dan dikongsi oleh seorang pakar mata, Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
. Beliau berkongsi tentang keresahannya dan kekecewaannya terhadap ramai ibu bapa yang seakan mengambil ringan akan hal ini.
Jadi apa peranan anda sebagai ketua keluarga dan lelaki?
Menerusi postingnya di Facebook yang turut yang dikongsi menerusi Facebook Medical Myhbusters Malaysia, beliau didatangi beberapa pesakit kanak-kanak yang mata mereka menjadi juling akibat dibiarkan bermain gajet sampai berjam-jam dalam sehari.
Lebih mengecewakan apabila ibu bapa kanak-kanak terbabit mula menyalahkan satu sama lain. Sebagai seorang pakar mata, Dr Azlindarita menasihatkan mereka dengan baik.
BACA: Mak Ayah Jangan Lembik, Terlampau Back Up Anak Buat Mereka Jadi Manja!
Terima kasih Dr Azlindarita di atas perkongsian yang sangat berguna ini. Beliau merupakan pakar mata yang berkhidmat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Jadi kepada anda yang mempunyai anak kecil atau adik pastikan perkara ini diberikan perhatian yang serius.
Sebagai lelaki di dalam keluarga anda sebenarnya mempunyai peranan yang sangat besar untuk mengawasi tindak-tanduk dan tabiat anak-anak kecil di dalam rumah.
Jangan nanti bila sudah terlambat baru nak tergadah.
Berikut merupakan perkongsian asal beliau di Facebook.