Pernah tak bila anda ke kompleks membeli belah dan ternampak anak-anak kecil berusia bawah 5 tahun asyik dan ralit bermain telefon pintar atau tablet?
Ya, perkara ini seakan sudah menjadi satu kebiasaan dan normal di dalam masyarakat kita. Hal ini mungkin terjadi kerana ibu bapa terutamanya di kalangan yang muda ingin anak-anak kecil mereka leka dan alihkan perhatian mereka.
Namun ramai tak tahu akan risiko yang dihadapi oleh anak-anak kecil mereka jika dibiarkan bermain gajet terlalu lama. Perkara ini mendapat perhatian dan dikongsi oleh seorang pakar mata, Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah. Beliau berkongsi tentang keresahannya dan kekecewaannya terhadap ramai ibu bapa yang seakan mengambil ringan akan hal ini.
Jadi apa peranan anda sebagai ketua keluarga dan lelaki?
Menerusi postingnya di Facebook yang turut yang dikongsi menerusi Facebook Medical Myhbusters Malaysia, beliau didatangi beberapa pesakit kanak-kanak yang mata mereka menjadi juling akibat dibiarkan bermain gajet sampai berjam-jam dalam sehari.
Lebih mengecewakan apabila ibu bapa kanak-kanak terbabit mula menyalahkan satu sama lain. Sebagai seorang pakar mata, Dr Azlindarita menasihatkan mereka dengan baik.
BACA: Mak Ayah Jangan Lembik, Terlampau Back Up Anak Buat Mereka Jadi Manja!
Terdapat 6 perkara PENTING yang dikongsi oleh beliau.
- Jangan biarkan anak-anak kecil berusia bawah 7 tahun bermain gadget MELEBIHI 2 JAM DALAM SEMINGGU kerana ia boleh beri risiko tinggi untuk rabun jauh.
- Apabila mata kabur akibat rabun, ada potensi jadi mata malas dan seterusnya boleh jadi juling. Dan apabila perkara ini berlaku anak-anak ini berdepan dengan ejekan di sekolah & mula rasa rendah diri.
- Hadkan penggunaan gadget kepada 2 JAM SEMINGGU sahaja untuk anak-anak berusia kurang 7 tahun.
- HARAMKAN gajet untuk anak-anak berusia BAWAH 2 TAHUN!
- Galakkan anak-anak bermain di bawah cahaya matahari untuk menggalakkan penghasilan dopamin dalam bola mata dan elakkan rabun jauh.
- Jika nak tengok TV, pastikan jarak adalah dalam 2 METER ATAU LEBIH.
Terima kasih Dr Azlindarita di atas perkongsian yang sangat berguna ini. Beliau merupakan pakar mata yang berkhidmat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Jadi kepada anda yang mempunyai anak kecil atau adik pastikan perkara ini diberikan perhatian yang serius.
Sebagai lelaki di dalam keluarga anda sebenarnya mempunyai peranan yang sangat besar untuk mengawasi tindak-tanduk dan tabiat anak-anak kecil di dalam rumah.
Jangan nanti bila sudah terlambat baru nak tergadah.
Berikut merupakan perkongsian asal beliau di Facebook.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI