Amir atau nama lengkapnya Mohamad Amirullah Jahari, 32, berkata, golongan yang mengalami masalah tersebut tidak akan menemui jawapan di sosial media bagi menyelesaikan penyakit mereka.
Nasihat saya kepada anak-anak di luar sana, jika setiap kali rasa tak selasa atau pelik dengan diri sendiri, tolong hubungi orang terdekat, boleh hubungi MIASA (Persatuan Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental) atau terus pergi hospital.
Dapatkan bantuan pihak yang profesional tentang masalah mental, sebab pesakit mental tidak akan jumpa jawapan di TikTok atau sosial media.
Jawapan yang dicari hanya pada psikiatri kerana mereka yang faham psikologi. Mereka tahu masalah ini dan boleh bantu anda.
Kurangnya ikatan terutama terhadap ibu serta pengalaman negatif pada awal usia boleh menjejaskan kesihatan sosial, emosi seta perkembangan anak-anak.
Jadi amat penting untuk kita semua terutamanya golongan lelaki meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental di kalangan lelaki dan memberi sokongan kepada mereka yang memerlukannya.
Kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal, dan tiada siapa pun harus merasa malu untuk mencari bantuan.
SUMBER : Astro Awani
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.