
Sebagai salah seorang bintang muda yang semakin menyerlah dalam dunia hiburan tempatan, Amir Ahnaf melakar satu lagi kejayaan besar dalam kariernya.
Pelakon yang lahir dari program Hero Remaja ini nyata teruja apabila filem terbarunya, Kahar Kapla High Council, bukan sahaja memukau penonton, tetapi turut menjadi kebanggaan ibu bapanya.
Filem tersebut ditayangkan buat pertama kali di acara malam gala bertempat di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Isnin lepas.
Memetik temu bualnya bersama MEDIA HIBURAN, Amir berkata kejayaan filem ini memberi impak mendalam kepada keluarganya.
Ibu bapanya, yang sebelum ini sering menjadi penyokong setia perjalanan karier seninya, dilihat lebih menghargai usaha dan bakat yang telah diperjuangkannya.
“Mama dan ayah ucap tahniah kepada saya. Mama saya tonton filem ini sampai menangis. Ayah pula menganggap ini karya terbaik saya setakat ini.
“Saya sangat bangga dengan diri sendiri. Seumur hidup, saya tak pernah bangga dengan diri sendiri. Saya teruja kerana dapat membanggakan ibu dan ayah.
“Semoga rakyat Malaysia juga bangga dengan karya ini,” katanya penuh emosi kepada MH.
Keberanian Melakonkan Watak Berat
Menerusi filem ini, Amir memaparkan imej seorang watak ganas, Kahar, yang penuh dengan cabaran emosi. Namun, bintang kelahiran Hero Remaja 2021 ini menegaskan bahawa keluarganya memahami bahawa watak itu hanyalah lakonan semata-mata.
“Saya tidak berasa segan. Saya percaya, apa yang saya tontonkan itu adalah watak Kahar dan bukan diri saya sendiri.
“Saya tahu mama, ayah dan adik-beradik pun faham juga. Yang mereka tonton itu adalah sebuah imej yang perlu dipertontonkan untuk memberi nasihat dan teladan,” jelasnya.
Amir juga mengakui bahawa memainkan watak sarat emosi adalah cabaran terbesar sepanjang penggambaran filem ini. Beliau terpaksa keluar dari zon selesa dengan bantuan pengarah dan rakan pelakon lain.
“Memang susah untuk bermain dengan emosi. Dalam dunia nyata, saya memang jarang tunjukkan emosi saya.
“Terima kasih saya ucapkan kepada pengarah, penerbit, barisan pelakon, mak ayah dan peminat kerana mempercayai serta menyokong kerjaya saya,” ujarnya penuh penghargaan.
Pengalaman Seni Mempertahankan Diri
Tidak hanya memukau dari sudut lakonan, Amir turut mempersembahkan aksi-aksi pertarungan yang mantap dalam filem ini.
Berbekalkan pengalaman dalam seni mempertahankan diri sejak kecil, termasuk silat, muay thai, tinju, dan Brazilian Jiu-Jitsu, Amir berjaya memberikan sentuhan realistik dalam setiap babak aksi.
BACA: Ikmal Amry Cabar Stereotaip Hero Romantik, Sertai Program ‘MASKULIN WHO’S YOUR BRO’
“Pada saya, sangat mudah untuk menjayakan babak pertarungan di dalam filem ini. Saya memang suka berlawan.
“Segala aksi yang ditunjukkan oleh koreografi, kami boleh buat. Secara tidak langsung, ia dapat memudahkan kerja semua orang,” tambahnya.
Filem ini dijangka mencetuskan fenomena baru apabila mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 November ini.
Diterbitkan oleh Astro Shaw, ‘Kahar Kapla High Council’ turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, dan Hushairy Hussein.
Kredit: MEDIA HIBURAN
Jangan lupa untuk menyaksikan MASKULIN WHO’S YOUR BRO bermula 20 November, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ria.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Orang Yang Berdengkur, Tak Mengaku Dia Berdengkur Semasa Tidur

Dengkur yang disertai dengan nafas yang tersekat-sekat sepanjang malam dan individu yang mengalaminya bernafas melalui mulut dan bukannya hidung, disebabkan individu itu mungkin mempunyai sekatan sama ada berpunca dari dalam hidung atau belakang hidung, bahagian atas tekak atau larinks, tonsil atau faktor yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat sekali gus menyumbang kepada apnea tidur.
Apa yang terjadi apabila seseorang itu tidur kemudian berdengkur dengan nafas tersekat-sekat oksigen tidak sampai sepenuhnya menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat untuk memastikan oksigen sampai ke seluruh tubuh.
Sebab itulah mengapa mereka yang menghidap OSA tidak mendapat tidur yang sempurna dan masih berasa mengantuk pada waktu siang kerana tidak mendapat tidur yang sihat,” katanya sambil menambah penghidap juga kerap sakit kepala akibat keadaan tidak cukup oksigen itu.
Keadaan fizikal seseorang menjadi faktor penyumbang kepada OSA, beliau berkata, ada juga individu yang tidak obes berdengkur jika berat badan mereka meningkat daripada kebiasaan, namun masalah itu berkurangan jika mempunyai berat ideal.
Ramai kalangan penghidap OSA adalah obes yang mungkin mengalami penyempitan dalam bentuk tulang yang patah atau bengkok pada bahagian dalam atau tengah hidung, polip dalam hidung, tonsil atau lidah yang besar, leher lebih pendek dan sedikit besar atau berlemak.
Majoriti pesakit yang mengalami OSA adalah lelaki berusia 35 tahun ke atas, yang kebiasaannya berhenti mengamalkan gaya hidup sihat.
Jika OSA tidak dirawat, jantung kerap bekerja keras untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh sekali gus meletakkan beban ke atas jantung, individu terbabit berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan masalah jantung di kemudian hari.
Peluang mendapat komplikasi jantung amat tinggi jika OSA dibiarkan tanpa rawatan. Jika OSA menjadi amat teruk dan individu menghidapnya tidak mendapat rawatan walaupun mengalami sekatan nafas untuk tempoh panjang, tidak mustahil individu terbabit tidak terjaga langsung daripada tidur dan mati dengan tiba-tiba. Keadaan ini digelar apnea jantung.
Simptom OSA
* Rasa mengantuk berlebihan pada waktu siang (hipersomnia)
* Berdengkur dengan kuat
* Mengalami episod nafas tersekat ketika tidur
* Terjaga daripada tidur dengan tiba-tiba diikuti sesak nafas
* Terjaga dengan mulut kering atau sakit tekak
* Sakit kepala pada waktu pagi
* Sukar untuk tidur (insomnia)
* Sukar memberi perhatian
Mereka yang mengalami masalah dengkur perlu menjalani pemeriksaan bagi memastikan sama ada mereka mengalami OSA. Pertama sekali, mereka akan menjalani ujian polisonografi, yang bertujuan mengkaji corak tidur seseorang pesakit.
Pesakit akan dipantau sepanjang malam, yang mana corak tidurnya akan direkodkan, berapa kali mengalami apnea (nafas tersekat sambil berdengkur), berapa lama tempoh (nafas tersekat/terhenti) setiap kali gangguan itu berlaku.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Yang Pandai Masak Lebih Senang Buat Wanita Cair Dari yang Berbadan Sado. Betul Ke?

Lelaki biasanya diukur dengan kegagahannya, yang melakukan pekerjaan yang ternyata lebih keras jika ingin dibandingkan dengan wanita, kerana seorang lelaki dilahirkan untuk menjadi tulang belakang keluarga. Dan lelaki yang rajin bersenam pada dasarnya mendapatkan postur tubuh yang ideal hingga terlihat seksi yang membuat para wanita tak mampu untuk memalingkan pandangannya.
DAN YANG LEBIH MENARIK, TAHUKAH KAWAN-KAWAN BAHAWA LELAKI YANG PANDAI MEMASAK TERNYATA LEBIH SEKSI BERBANDING MEREKA YANG TIDAK? HAL INI TELAH DIUNGKAPKAN OLEH PAKAR SEKS SEPERTI YANG DIPETIK DARI LAMAN THE STIR CAFEMOM.
Seorang lelaki yang mempersiapkan makanan untuk ditunjukkan pada seorang wanita menandakan bahawa dia tahu bagaimana untuk menunjukkan kemampuannya. Dia juga menunjukkan pada pasangannya bahawa dia mampu untuk memberikan perhatian yang lebih.
“TAMBAHAN PULA, JIKA LELAKI ITU MENUNJUKKAN KESABARANNYA SAAT MENGHIRIS MAKANAN DALAM BENTUK DADU, IA BOLEH MENANDAKAN BAHAWA DIA MERUPAKAN JENIS LELAKI YANG MAMPU UNTUK MEMBAHAGIAKAN PASANGANNYA TERUTAMANYA APABILA BERADA DI RANJANG,” KATA SALAH SEORANG PAKAR SEKS.
Seorang lelaki yang menginginkan untuk menyiapkan makan malam juga menandakan bahawa dia mampu untuk membangunkan kehidupan seks yang jauh lebih baik. Selain itu, kemungkinan apabila kita inginkan untuk berhubungan seks secara segera, lelaki itu mungkin mempunyai cara tersendiri dan lebih bersedia untuk melakukannya.
Hal lainnya, lelaki yang rela memasak untuk pasangan menunjukkan bahawa dia memiliki inisiatif yang secara tidak langsung menunjukkan dia lebih berdikari. Dia mampu untuk menyelesaikan urusan dapur, dan tidak berfikir bahawa memasak semuanya adalah pekerjaan perempuan.
Oleh itu harus dijaga baik-baik lelaki macam ini. Sememangnya jenis lelaki edisi terhad yang anda tidak akan jumpa di mana-mana. Lelaki jenis ini amat rendah egonya dan mudah untuk bertolak –ansur dalam segala hal yang berkaitan dengan rumahtangga.
Mereka bukan sahaja rajin membantu isteri mereka di dapur nanti malah mereka juga lelaki yang boleh diharapkan ketika isteri mereka sedang berpantang. Seeloknya sikap seperti ini dipunyai oleh kebanyakan lelaki, yalah kalau anda asyik mengharapkan isteri apabila anda menduda nanti takkan asyik harap nak kahwin lain untuk makan minum anda lebih terjaga.
Nah sekarang sudah kita ketahui untuk lelaki yang pandai memasak mereka lebih mudah menarik perhatian wanita apatah lagi jika lelaki yang pandai memasak ini juga turut rajin bersenam, sudah tentu ramai wanita akan berebut-rebut untuk mendapatkan perhatian mereka ini.
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Kulit Putih Tak Semestinya Tak Macho

Skrub Tomato
Cara putihkan kulit yang pertama adalah dengan menggunakan tomato. Selepas anda mencuci muka dengan bersih ambil sebiji tomato dan di belah dua, gosok dan sapukan tomato tadi ke wajah anda dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih, nak dapatkan kesan putih yang memuaskan harus di amalkan setiap hari barulah boleh nampak tau.
Minum Air Putih Secukupnya
Tubuh perlukan air bersih untuk membantu menggantikan sel mati. Minum air sekurangnya dua liter sehari bagi memastikan sistem dalaman dapat berfungsi dengan baik. Apabila tubuh mendapat air yang cukup, kulit juga kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi.
Air Beras
Ketika mencuci beras air bilasan jangan di buang. Ambil air bilasan tadi dan asingkan di dalam baldi, kalau nak tahu air bilasan beras ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan. Air bilasan dikatakan mampu haluskan dan putihkan kulit. Caranya mudah sahaja ambil air bilasan tadi dan amalkan berendam dalam air bilasan beras selama 15-20 minit setiap hari, barulah boleh nampak kulit beransur cerah.
Air Rendaman Limau Nipis
Limau nipis ini mempunyai pelbagai fungsi, buat teh o limau ais pun sedap tau panas-panas ni. Tapi untuk putihkan kulit janganlah nak minum teh o air limau nipis lak kan jadi benda lain lak. Cara cerahkan kulit dengan limau nipis ini mudah sahaja, hiriskan beberapa biji limau nipis dan rendamkan selama 40 minit di dalam baldi, kemudian mandi lah dengan air rendaman ini. Selain untuk putihkan kulit ia juga bantu untuk harumkan badan tau.
Beras Pulut Masker
Sebelum nak tanya dulu kenal ke yang mana satu beras pulut ni? Kalau tak kenal kenalah pandaikan diri pergi ke pasar ya adik-adik. Usaha gigih dik nak putih ni kena kenal bahan. Untuk beras pulut ini, caranya gorengkan beras pulut sehingga kekuningan tanpa minyak ya dik , kan benda lain lak jadi. selepas goreng tumbuk atau pun kisarkan menjadi macam serbuk beduk mak cun tuh , tepek-tepek jadi putih dik. Selepas di kisar dan jadi serbuk bancuh dengan air putih dan sapukan pada wajah dan tubuh. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.
Yogurt Asli
Yogurt ini bukan sahaja sedap di makan dan dijadikan menu untuk kuruskan badan, tetapi boleh juga digunakan untuk cerahkan kulit. Caranya ambil yogurt asli dan lumurkan di wajah dan di leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. amalkan 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut tau dengan kesannya nanti.
Betik Haluskan Kulit
Kisarkan ataupun lumutkan betik supaya menjadi halus dan ambil kisaran betik tadi disapukan pada wajah dan biarkan kering selama 15 minit. Setelah kering bilas dengan air bersih. Pasti takkan percaya dengan kesan yang akan dirasai.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI