Amin Idris
Amin Idris

Dalam satu pendedahan yang mengharukan, Amin Idris, seorang personaliti terkenal, menceritakan kisah perjalanan spiritualnya yang bermula pada usia yang sangat muda.

Amin Idris ,  pengacara televisyen, malah penceramah motivasi, pendakwah bebas, penulis buku dan personaliti media sosial mula memeluk agama Islam pada usia 4 tahun, suatu usia yang jarang kita dengar seseorang membuat keputusan sebesar itu.

Amin Idris Dedah Diri Mualaf, Peluk Islam Di Usia 4 Tahun

Seorang Mualaf

Siapa menyangka, pemegang ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini merupakan seorang mualaf. Dilahirkan dalam keluarga berbilang bangsa dan agama, ayahnya berketurunan India dan Iban, ibunya campuran Siam, Cina, dan Filipina.

“Mungkin juga ramai yang tak tahu, nama saya dahulu James Kelson Dambu Murthy gabungan nama Iban dan india. Saya sempat guna nama itu ketika darjah satu.

“Saya masuk Islam umur empat tahun. Mak tak ada asas ilmu agama yang kuat, jadi dia tak tahu nak ajar macam mana,”kata Amin, menceritakan pengalaman awalnya sebagai saudara baharu.

Ads

Jodoh ibu bapanya yang tidak panjang menyebabkan beliau berhijrah ke Negeri Cik Siti Wan Kembang bersama ibu dan adik-beradik yang lain. Setelah keputusan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), beliau yang mesra disapa Bro Amin mengakui dalam dilema apabila diminta memasuki sekolah agama oleh ibunya.

“Apapun, saya kena ucap terima kasih kepada mak kerana selepas UPSR, saya mendapat tawaran asrama penuh. Memang saya nak masuk tapi mak tak bagi.

“Dia suruh saya masuk sekolah agama. Jadi, saya masuklah ke SMKA Falahiah di Kelantan,” ujarnya yang turut digelar Iron Man Malaysia.

Pilihan itu nyata membawa titik perubahan dalam hidupnya apabila serius mempelajari ilmu agama termasuklah bab wuduk, solat dan puasa

Berimamkan gajet

Bahkan, tuan punya badan turut terdedah dengan program usrah dan belajar mengaji.

“Saya masih ingat, semasa minggu orientasi, saya terkebil-kebil sebab tak pandai ambil wuduk. Saya terpaksa tunggu orang sebelah untuk tiru dia ambil wuduk. Bukan itu sahaja, saya juga pernah diketawakan oleh orang ramai di masjid.

Ads

“Ketika itu saya sembahyang Zuhur lapan rakaat dengan hanya satu tahiyat. Memang waktu itu saya betul-betul tak reti. Alhamdulillah, waktu itu barulah puasa saya sempurna, solat lima waktu dan belajar agama.

“Banyak benda yang mengenal erti dakwah dan sebagainya yang mana membentuk siapa saya hari ini,” kata pengacara program Tazkirah Malam Jumaat di Astro Oasis yang aktif menulis dan bakal terbit dengan buku baharu kelak.

Besarkan Anak Dengan Kasih Sayang

Dalam masa sama, beliau tidak mahu anak-anaknya melalui pengalaman sama sepertinya, tidak dibesarkan dengan merasai kasih sayang seorang bapa.

Amin Idris Dedah Diri Mualaf, Peluk Islam Di Usia 4 Tahun

Ads

“Saya tak pernah rasa kehadiran seorang ayah waktu mendapat anugerah pelajar terbaik, hari sukan dan sebagainya ketika di sekolah.

“Jadi, bila ada anak sendiri, semua itu saya tak p•ernah tinggal, termasuklah hantar anak ke asrama, minggu melawat anak dan sebagainya,” kongsinya lagi.

Ditebak persoalan kenapa lebih gemar berkongsi video bersama anak-anaknya tanpa kehadiran sang isteri, ini jawapan tuan punya badan.

“Saya suka kongsi video berkaitan anak-anak kerana zaman sekarang, terlalu banyak kes ayah yang tidak berfungsi sebagai ‘bapa’. Sementara bab isteri, saya memilih untuk privasi.

Sumber : Sinar Plus

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MASKULIN (@maskulinmag)

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI