Lumrah memiliki kereta. Selain perlu dibawa dengan baik, penjagaannya sama ada dari segi enjin dan luaran perlu diservis dengan baik.
Jangan pula bila kereta rosak kita menyalahkan jenama kereta tersebut. Walhal kebiasannya ketahanan sesebuah kereta itu bergantung kepada cara kita menjaganya dan bukan disebabkan kualiti semata-mata.
Tambahan pula, bila dihantar ke bengkel macam-macam benda yang disuruh tukar walaupun tak perlu sebenarnya.
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2. FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).
3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.
4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan. Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”. Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tip: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km. Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
6. CLUTCH PLATE
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.
7. FUEL FILTER
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.
8. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat. Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar. Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
10. GEAR OIL
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
Ads
12. RADIATOR COOLANT
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali. Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
14. MAINTENANCE SCHEDULE
Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan. Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!
15. MINYAK HITAM
Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Ads
Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
16. MINYAK GEAR
Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.
17. FLUSH
Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.
Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.
18. WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.
Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug. Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.
19. TOP OVERHAUL
Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali. Minyak brake juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka hayatnya.
20. ENJIN MEMBAKARAN
Pada asalnya, enjin pembakaran dalaman menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Jadi adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, anda perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
https://www.youtube.com/watch?v=SiV-4VrJLS4
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap kali Perodua memperkenalkan model baharu kereta mereka pastinya ia mendapat liputan dan mencuri perhatian ramai. Hadir sebagai jenama kereta paling laris di Malaysia untuk beberapa tahun kebelakangan ini jadi tidak hairanlah mengapa pelancaran Perodua Axia 2023 cukup dinantikan ramai.
Hari ini, Perodua secara rasminya memperkenalkan Perodua Axia 2023 yang hadir menepati ramalan awal tampil sebagai jentera mampu milik yang sangat mantap.
Selai hadir dengan rekaan yang lebih baharu dan berbeza dengan model sebelumnya, Perodua Axia 2023 bolehlah diktakan sebagai sebuah ‘jentera baharu’ yang cukup dengan ‘abangnya’. Apa yang menarik walaupun hadir sebagai kereta segmen mampu milik namun ia sarat dengan teknologi cnggih dan terkini.
Untuk pengetahuan anda, Perodua Axia 2023 hadir menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Disebabkan itulah ia hadir dengan saiz lebih panjang dan lebar berbanding generasi sebelumnya.
Selain itu, terdapat sedikit perbezaan dari segi ketinggian di mana ia hadir 15mm lebih rendah berbanding model sebelumnya.
Jentera terbaru Perodua ini mengekalkan statusnya sebagai kereta mampu milik dengan panduan enjin tiga silinder asal 1KR-VE 1.0 liter. Apa yang berbeza ialah transmisi asal automatik empat kelajuan telah digantikan dengan transmisi D-CVT.
Jelas Perodua, transmisi D-CVT ini menyumbang kepada kadar penggunaan bahan api yang lebih jimat, dan mereka mendakwa satu liter petrol membolehkan Axia 2023 berjalan sejauh 23.2 km (4.31 liter/100 km).
Terdapat seleksi empat varian berbeza diperkenalkan iatu G, X, SE dan AV. Model paling atas iaiatu AV hadir dengan skrin sesentuh 9-inci, meter digital 7-inci, 6 airbag dan juga tempat duduk semi-leather.
Pelanggan boleh memilih sebanyak lima warna berbeza yang ditawarkan iaitu Coral Blue, Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver dan Ivory White. Perodua Axia 2023 ditawarkan pada harga bermula dari RM38,600 hingga RM49,500 untuk varian AV.
Jadi apa pendapat anda terhadap Perodua Axia 2023? Bagi MASKULIN ia telah melepasi jangkaan dan Perodua sekali lagi membuktikan mengapa mereka masih utuh sebagai jenama kereta paling laris di Malaysia.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mini Malaysia hari ini memperkenalkan model Mini John Cooper Works Clubman dan Mini John Cooper Works Countryman pada majlis Mini Track Days 2017 di Litar Sepang Antarabangsa.
Kemaskini yang diterima kedua-dua model berkenaan ialah kit badan aerodinamik John Cooper Works, rim 19 inci berwarna hitam dan gril dari John Cooper Works, bumbung dan perumah cermin sisi berwarna merah,pelekat badan berwarna merah, spoiler belakang, paip ekzos besi tahan karat, ketutup sisi dan sil pintu John Cooper Works.
Masuk ke dalam kabin, Mini menawarkan tempat duduk sport John Cooper Works bersama kemasan kulit upholstery Dinamica berwarna hitam dengan padanan jalur merah.
Bahagian stering turut menerima sentuhan John Cooper Works. Reka bentuk sukan bermotor boleh dilihat pada kluster instrumen dan kemasan paparan tengah John Cooper Works. Selain itu, kedua-dua model berkenaan merupakan produk paling berkuasa di bawah rangkaian jenama Mini.
Kedua-dua varian John Cooper Works itu dilengkapi dengan enjin 2.0 liter 4-silinder TwinPower Turbo yang mampu menghasilkan kuasa 231hp dan tork 35Nm. Pecutan dari sifar sehingga 100km/j mampu dicapai dalam tempoh 6.3 saat bagi model John Cooper Works Clubman. Manakala John Cooper Works Countryman dalam tempoh 6.5saat.
Enjin berkenaan dipadankan dengan kotak gear 8-kelajuan Stepronic Sports. Karakter pemanduan boleh dipilih menerusi mod Sport, Green dan Mid.
Bagi mereka yang memilih John Cooper Works Countryman, Mini menawarkan talaan Kawalan Peredam Dinamik yang dikawal secara elektrik. Sementara, suspensi sports John Cooper Works Clubman didatangkan dengan sistem suspensi dan peredam yang lebih keras.
Lebih menarik, kedua-dua model berkenaan merupakan model generasi terkini yang dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda ALL4 sebagai ciri standard.
Versi terkini ALL4 terdiri daripada satu gear level pada pembeza gandar depan yang dikenali sebagai pelancaran kuasa.
WARNA:
Hijau dan hitam. Sementara warna perak putih ditawarkan eksklusif pada John Cooper Works Clubman dan warna putih khas bagi John Cooper Works Countryman.
MASKULIN pernah bertanyakan kepada beberapa rakan-rakan terdekat tentang bagaimanakah mereka menjaga kondisi kereta mereka.
Dan tidak mengejutkan apabila rata-rata daripada mereka hanya berharapkan kepada servis asas yang dihantar ke pusat servis jenama kereta masing-masing. Ia sebenarya satu tanggapan yang cukup normal di kalangan pemilik kereta.
Tidak salah untuk amalkan begitu jika anda membeli kereta baru dan memilikinya dalam tempoh setahun atau dua tahun. Namun sebenarnya untuk kereta melebihi usia tersebut anda tidak boleh bergantung kepada servis asas semata.
Jika anda nak kereta sentiasa berada dalam keadaan tip top dan sedap dipandu ada empat jenis penjagaam atau maintenance perlu anda lakukan. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang cukup menarik pernah dilakukan oleh laman Twitter @serviskereta yang turut menyediakan khdimat servis kereta di rumah.
Menurut mereka melakukan major service yang kebiasaannya melibatkan komponen plag, minyak enjin, gb oil dan flushing radiator tidak mamadai.
Terdapat empat maitenance penting perlu dilakukan;
MAINTENANCE ENJIN
Biasanya bila sebut penjagaan enjin ramai terfikir kepada minyak enjin, minyak kotak enjin, plag dan coolant semata. Walhal di bahagian enjin ada banyak jenis seals yang harus dilihat dan diselenggara. Sebagai contohnya ialah flywheel oilseal, crank seal, cam seal dan juga timing belt atau chain drive.
Tidak berikan tumpuan kepada perkara di atas boleh menyebabkan kerosakan serius seperti kebocoran, valve bengkok dan sebagainya.
UNDERCARRIAGE MAINTENANCE
Sebut tentang underccarriage maintenance ia adalah berkaitan dengan penyelenggaraan absober, balljoint, bushing dan juga bearing. Perkara ini semua penting untuk pemanduan lebih selamat.
Jika tidak diselenggara dengan baik kereta tidak akan rasa sedap untuk dipandu malah ia juga boleh jadi tidak stabil. Paling serius jika rosak terus boleh jadi punca kemalangan.
AIRCOND MAINTENANCE
Rasanya ini adalah maintenance yang ramai sudah tahu selain servis asas. Sebagai pemilik kereta di Malaysia yang bercuaca panas dan kerap hujan, aircond perlu sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Penjagaan aircond kereta melibatkan banyak jenis komponen seperti kompressor, air filter dan juga kipas. Jadi kena buat maintenance sebaiknya untuk pastikan sistem aircond sentiasa terbaik.
car-ac-not-blowing-cold-air
ACCESORIES MAINTENANCE
Jenis penyelenggaraan yang jarang sekali diberikan perhatian. Ia melibatkan perkara luaran seperti lampu brek, soket sensor dan sebagainya. Ia mungkin nampak remeh tapi boleh menjejaskan kualiti pemanduan anda.
Tapi ramai tak sedar kerosakan aksesori yang nampak remeh boleh menyebabkan kereta tak boleh dipandu.
Lelaki kuat melatah selalunya seorang yang kelakar. Pernah tak korang jumpa seseorang yang kuat melatah? Baru je kita buat bunyi pelik sikit, terus dia terlompat sambil menyebut benda-benda yang kadang-kadang langsung tak masuk akal.