Mungkin bagi sesetengah orang bercakap tentang masalah obesiti atau kegemukan merupakan satu perkara yang sudah muak mereka dengar. Namun ia bukanlah perkara yang harus sesiapa pun ambil ringan. Obesiti boleh mengundang pelbagai jenis penyakit kronik.
Tahukah anda bahawa kadar obesiti Malaysia merupakan paling tinggi di Asia Tenggara. Menurut laporan World Population Review 2019, kadar obesiti di Malaysia mencatatkan angka 15.6 peratus. Ia diikuti oleh Bruneri (14.1), Thailand (10.0) dan Indonesia (6.9).
Masalah obesiti ini juga dikaitkan dengan perut boroi. Tapi ramai yang ambil ringan akan keadaan atau kondisi
perut boroi seperti. Sedangkan ia bukanlah hanya boroi semata-mata.Buat anda yang memiliki ukur lilit pinggang melebihi 40 inci bagi lelaki dan 35 inci bagi wanita terdapat beberapa perkara yang harus diberikan perhatian sangat serius.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh Public Health Malaysia mengenai masalah perut boroi.
Menurut perkongsian yang dilakukan di laman media sosial mereka, terdapat uda jenis lemak yang wujud di tubuh manusia iaitu lemak bawah kulit dan lemak di perut.
Lemak subcutaneous – terletak di bawah permukaan kulit adalah lemak yang di temui di bawah lengan, kaki dan dapat di rasa dengan sentuhan.
Lemak yang terkumpul di perut boroi – terdiri dari lemak di bawah lapisan kulit serta lemak yang berhimpun di dalam ruang abdomen yang di kenali sebagai lemak viceral.
Ikuti perkongsian lanjut dari PHM tentang masalah ini di bawah;
Penyakit lain yang berkaitan dengan perut boroi adalah
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video-video menarik gaya hidup lelaki terkini!
Kredit: Public Health Malaysia