Ambil 10 Makanan Sihat Ini Setiap Hari, Hasilnya Buat Kulit Bersih & Badan Mantap

Share

Kalau nak pastikan kulit bersih dan badan mantap, anda wajib ambil makanan sihat ini. Makanan sihat yang mengandungi banyak fitokimia, serat dan vitamin akan bekerja bersama untuk tujuan kesihatan dan kecantikan kulit. Oleh itu, pengambilan makanan sihat yang kaya dengan nutrien bukan saja dapat menjadikan kulit bersih, malah membentuk badan yang sihat dan kekar sebagaimana yang lelaki inginkan.

Sayur dan buah-buahan diketahui sebagai makanan yang paling baik untuk mengekalkan kulit yang sihat. Namun, terdapat beberapa jenis makanan sihat yang khusus memberi manfaat untuk membersihkan wajah sekali gus menjaga kesihatan tubuh.

Berikut 10 makanan sihat yang sebaiknya lelaki ambil sebagai nutrien untuk kulit.

1. Sayur hijau dan merah

Sayur-sayuran mempunyai manfaat yang luar biasa bagi tubuh. Sebaiknya banyakkan pengambilan sayur-sayuran khususnya yang berwarna merah dan hijau untuk mendapatkan kulit yang cantik. Di dalam sayur-sayuran ini terdapat beta-karoten yang berfungsi sebagai antioksidan bagi kulit yang dapat menghasilkan sel kulit baru sekali gus membuatkan warna kulit lebih muda dan cerah. Antara sayur-sayuran yang baik untuk kulit adalah bayam, lobak merah dan brokoli.

2. Daging merah

Daging merah mengandungi banyak sumber zink dan protein yang sangat baik bagi kesihatan wajah. Ini kerana daging merah kaya protein untuk menghasilkan kolagen dan anti-radang semula jadi.

3. Ikan

Ikan kaya dengan asid lemak Omega-3 yang berkhasiat untuk menjaga kulit supaya bersih dan tetap cerah. Dengan mengamalkan makan ikan seperti sardin, tuna dan salmon dapat melindungi kulit tubuh daripada pancaran sinar matahari dan pencemaran kerana protein yang terdapat pada ikan membantu penghasilan sel dan membuat kulit tubuh menjadi lebih bercahaya.

4. Kacang hijau

Kacang hijau adalah makanan yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit kerana dengan pengambilan kacang hijau sebanyak 10 miligram setiap hari dapat membuatkan rambut serta kuku menjadi lebih kuat dan sihat.

5. Makanan daripada gandum

Di dalam gandum terdapat biotin yang berfungsi untuk menguatkan sel di dalam tubuh. Dengan mengamalkan makanan daripada gandum akan terhindar daripada penyebab kulit menajdi kering dan kusam.

6. Yogurt

Yoghurt sangat baik bagi kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan dapat menghilangkan kelemumur. Sebaik-baiknya pilihlah jenis yoghurt yang kurang lemak dan gula untuk menghindarkan masalah kesihatan lain. Selain itu, yogurt juga adalah antibiotik semula jadi yang dapat membantu menghasilkan bakteria baik dalam tubuh dan menjaga kesihatan pencernaan.

7. Beras merah

Ketika kekurangan tenaga, beras merah adalah pilihan makanan sihat yang terbaik untuk dimakan. Ini kerana beras merah akan membuatkan anda berasa lebih kenyang dalam jangka waktu yang lebih lama. Selain manfaat gizi, ia juga terdiri kaya dengan magnesium, protein, vitamin B kompleks dan antioksidan yang semuanya bermanfaat dalam menjadikan kulit halus dan bebas noda.

8. Avokado

Fakta menunjukkan buah avokado sarat dengan lemak baik dan sangat popular dalam dunia diet. Buah ini juga mengandungi vitamin C dan E yang berguna untuk menjaga kulit yang cerah, sempurna dan indah.

9. Bawang putih

Mengandungi bahan yang disebut allicin, sehingga bawang putih banyak dikenali kerana kemampuannya untuk melawan segala bakteria dan virus dalam tubuh. Bahan dari dapur ini juga anti-jerawat dan masalah kulit yang berkait rapat dengan bakteria dalam tubuh.

10. Tauhu

Tauhu atau tofu sangat umum dalam diet vegetarian kerana makanan ini terdiri daripada zat besi, kalsium, mangan, protein, dan lemak sihat. Rutin makan tauhu akan memberikan kesan magis pada kulit anda. Ini termasuk produk soya lain seperti susu soya dan tempe.

Published by
Roselinda