Di era moden ini, kebanyakan pekerjaan memerlukan seseorang duduk dalam tempoh yang panjang, terutamanya di pejabat. Namun, adakah kita sedar akan bahaya yang tersembunyi di sebalik tabiat ini?
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, kajian menunjukkan duduk dalam tempoh enam jam secara berterusan selama 15 tahun meningkatkan 40 peratus punca kematian berbanding individu yang duduk kurang tiga jam.
Duduk terlalu lama meningkatkan dua kali ganda risiko terkena penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok berbanding kerja yang memerlukan anda berdiri.
– Pembakaran kalori menurun setiap satu minit
– Aktiviti saraf otot tidak berfungsi
– Enzim mencegah lemak menurun sehingga 90 peratus
– Kolesterol baik menurun hingga 20 peratus
– Keberkesanan insulin menurun hingga 24 peratus dan tingkatkan risiko diabetes
– Tekanan berlebihan pada tulang belakang, khususnya pada bahagian pinggang dan bahu
– Otot leher, bahu menegang dan pembuluh darah terganggu menyebabkan ‘menggigil’.
– Aktiviti kecergasan organ seperti paru-paru dan jantung berkurang dan meningkatkan risiko sakit kronik
– Pembuluh darah timbul pada betis
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.