Di era moden ini, kebanyakan pekerjaan memerlukan seseorang duduk dalam tempoh yang panjang, terutamanya di pejabat. Namun, adakah kita sedar akan bahaya yang tersembunyi di sebalik tabiat ini?
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, kajian menunjukkan duduk dalam tempoh enam jam secara berterusan selama 15 tahun meningkatkan 40 peratus punca kematian berbanding individu yang duduk kurang tiga jam.
Duduk terlalu lama meningkatkan dua kali ganda risiko terkena penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok berbanding kerja yang memerlukan anda berdiri.
Ads
Risiko banyak sangat duduk
Sakit punggung
Ketegangan pada leher, bahu dan pinggang
Kolesterol tinggi
Kesan segera duduk
– Pembakaran kalori menurun setiap satu minit
– Aktiviti saraf otot tidak berfungsi
– Enzim mencegah lemak menurun sehingga 90 peratus
Kesan 2 Jam
– Kolesterol baik menurun hingga 20 peratus
Ads
Kesan 24 Jam
– Keberkesanan insulin menurun hingga 24 peratus dan tingkatkan risiko diabetes
– Tekanan berlebihan pada tulang belakang, khususnya pada bahagian pinggang dan bahu
Kesan berpanjangan
– Otot leher, bahu menegang dan pembuluh darah terganggu menyebabkan ‘menggigil’.
– Aktiviti kecergasan organ seperti paru-paru dan jantung berkurang dan meningkatkan risiko sakit kronik
– Pembuluh darah timbul pada betis
Ads
Pencegahan
Duduk pada kedudukan 135 darjah untuk kurangkan tekanan pada bahagian belakang badan.
Buat pergerakan setiap 30 minit
Bangun apabila televisyen menyiarkan iklan.
Lakukan latihan ringan ketika menonton seperti goyangkan kaki.
Hadkan tempoh duduk dan lakukan senaman ringan dengan kerap.
Minum lebih banyak air.
unakan tangga ketika di pejabat (bergantung pada tahap kecergasan diri).
Makan di luar berbanding di meja kerja.
Tidur awal lebih baik daripada menonton.
Monitor aktiviti harian anda, senaraikan dan tinggalkan aktiviti ‘duduk’.
Penyakit MPOX, yang lebih dikenali sebagai Monkeypox, adalah penyakit virus zoonotik yang pada asalnya ditemui dalam populasi monyet dan haiwan liar lain.
Namun dalam tempoh terdekat ini, penyakit ini telah mula tersebar dalam kalangan manusia. Ini menyebabkan kebimbangan global mengenai kesan jangka panjangnya serta langkah pencegahan yang perlu diambil oleh orang ramai.
Apatah lagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penyakit ini sebagai satu darurat.
Asal-usul MPOX
MPOX pertama kali ditemui pada tahun 1958 dalam dua kumpulan monyet yang digunakan untuk penyelidikan, lantas memberi nama kepada penyakit ini.
Pada tahun 1970, kes pertama MPOX dalam manusia dilaporkan di Republik Demokratik Congo. Sejak itu, wabak kecil-kecilan telah dikesan di beberapa negara di Afrika Tengah dan Barat.
Namun pada ketika itu kebanyakan kes yang dikesan berada dalam populasi yang terhad.
Apa Yang Kita Tahu Terkini?
Penyakit yang dahulunya dikenali sebagai cacar monyet pertama kali dikesan pada manusia di DRC atau Congo pada tahun 1970.
Terdapat dua subjenis virus: klad 1 dan klad 2.
Klad 1 yang lebih mematikan telah menjadi endemik di Lembangan Congo di Afrika tengah selama beberapa dekad.
Klad 2 yang kurang teruk telah menjadi endemik di beberapa bahagian Afrika Barat.
Mpox boleh merebak dari manusia ke manusia melalui hubungan seksual atau sentuhan fizikal rapat. Gejala termasuk demam, sakit otot, dan lesi kulit yang besar seperti bisul.
Virus ini mendapat perhatian antarabangsa pada Mei 2022, apabila strain yang kurang mematikan yang dipanggil klad 2b merebak ke seluruh dunia, terutamanya menjejaskan lelaki gay dan biseksual.
Antara Januari 2022 dan Jun 2024, sebanyak 208 kematian dan lebih daripada 99,000 kes mpox direkodkan di 116 negara, menurut WHO.
Gelombang terbaru melibatkan klad 1 yang lebih bahaya serta boleh membawa maut — dan varian mutasi barunya.
Strain baru, yang dikenali sebagai klad 1b, pertama kali dikesan di kalangan pekerja seks di Congo pada September 2023.
Baru-baru ini, Sweden melaporkan kes pertama varian tersebut di luar Afrika, dan badan kesihatan EU menggesa negara-negara untuk meningkatkan persiapan. Pakistan melaporkan kes pertama di Asia.
Kesan Jangka Masa Pendek dan Panjang
Kesan Jangka Pendek:
Selepas tempoh inkubasi selama 6 hingga 13 hari, individu yang dijangkiti MPOX mungkin mengalami simptom awal seperti demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, dan kelenjar limfa yang bengkak.
Simptom ini biasanya diikuti oleh ruam yang bermula di muka dan merebak ke bahagian badan lain. Ruam ini kemudian akan berubah menjadi lepuh berisi cecair dan akhirnya mengeras serta menjadi parut.
Kesan Jangka Panjang:
Walaupun kebanyakan individu pulih sepenuhnya dalam masa beberapa minggu, kesan jangka panjang yang serius boleh berlaku.
Ini termasuklah komplikasi seperti jangkitan bakteria sekunder pada kulit, pneumonia, sepsis, ensefalitis, dan dalam kes yang jarang, kehilangan penglihatan akibat kerosakan kornea.
Di sesetengah kawasan, kadar kematian akibat MPOX boleh mencapai sehingga 10%, terutamanya dalam kalangan individu dengan sistem imun yang lemah, kanak-kanak, dan mereka yang tidak mempunyai akses kepada rawatan perubatan yang sesuai.
Langkah Pencegahan
Untuk mencegah penyebaran MPOX, langkah-langkah berikut boleh diambil:
Vaksinasi: Penggunaan vaksin cacar boleh memberikan perlindungan terhadap MPOX, memandangkan virus cacar dan MPOX mempunyai kaitan yang rapat.
Elakkan Kontak Dengan Haiwan Liar: Hindari kontak langsung dengan haiwan liar, terutamanya yang berasal dari kawasan endemik MPOX.
Masak Makanan Dengan Betul: Pastikan semua daging dimasak dengan sempurna untuk mengelakkan risiko jangkitan daripada sumber makanan.
Amalkan Kebersihan Tangan: Cuci tangan dengan sabun dan air bersih secara kerap, terutamanya selepas menyentuh haiwan atau orang yang berisiko.
Elakkan Hubungan Rapat dengan Individu yang Dijangkiti: Jika seseorang disyaki dijangkiti MPOX, elakkan sentuhan fizikal dan galakkan mereka untuk mendapatkan rawatan segera.
Penggunaan Pelindung Diri: Dalam situasi tertentu, seperti di kawasan endemik atau semasa wabak, penggunaan topeng muka dan sarung tangan boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan.
Dengan memahami apa itu MPOX dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegahnya, kita boleh mengurangkan risiko penyebaran penyakit ini dalam komuniti dan melindungi kesihatan awam secara keseluruhannya.
Kewaspadaan dan pengetahuan adalah kunci untuk memastikan MPOX tidak menjadi ancaman yang lebih besar pada masa hadapan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: CDC, Al Jazeera & Malay Mail
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semua orang suka aktiviti joging. Tapi yang buat kita patah semangat nak joging, bila badan cepat penat dan tapak kaki sakit. Sudahnya, hasrat nak teruskan joging tak kesampaian.
Bagi mengelakkan anda putus asa ketika melakukan aktiviti joging ini, seorang pengguna bernama WehPaih berkongsi di laman Twitternya tip untuk anda mulakan joging cara perlahan dan betul untuk mengelakkan cepat penat dan tapak kaki sakit.
Pejam celik pejam celik, esok kita bakal bertemu dengan bulan Ramadan.
Bila nak menyambut bulan puasa ini rata-rata dari kita sibuk membuat persiapan untuk bersahur. Tapi ramai juga yang skip sahur dengan alasan tak lalu nak makan pada waktu pagi. Padahal sama seperti breakfast, sahur ni pun penting untuk membekalkan tenaga supaya korang boleh bertahan sepanjang hari.
Bukanlah pagi-pagi tu dah kena makan nasi kandar atau nasi Arab, tapi kalau bijak memilih menu sahur, insyaAllah anda akan kekal bertenaga ketika berpuasa.
Kami nak kongsikan satu video TikTok yang menarik tambahan lagi kita akan berpuasa selang beberapa hari ini. Seorang pengguna bernama Nur Hashida berkongsi tips sahur supaya kenyang lama sekaligus dapat mengurangkan berat badan. Jom ikuti perkongsian tips beliau.
Kenyang Lama Ketika Berpuasa
1. Makan kurma 3 biji
Makan kurma adalah sunnah jika di makan dalam bilangan ganjil. Bukan untuk saja-saja, ternyata kurma yang dimakan dalam jumlah ganjil akan memberi kesan yang berbesa jika dibandingkan makan kurma dalam jumlah genap.
2. Minum 2 gelas air kosong
Pada bulan Ramadan, minuman manis dilihat lebih menarik berbanding air kosong, sedangkan air kosong merupakan minuman terbaik untuk memenuhi keperluan cecair tubuh terutamanya apabila kita terpaksa seharian tidak dapat minum air.
3. Minum milo oat
Milo dan oat merupakan antara makanan yang ringkas dan mudah untuk bersahur. Malah ianya sangat mengenyangkan dan tahan lama dalam perut kita. Cara untuk bancuh milo oat ini adalah dengan letak 1 sachet milo dangan oat dan bancuh dengan air panas.
Sangat mudah disediakan dan yang paling penting dapat memberi kekenyangan dalam waktu yang lama. Lepas ni dah tak ada alasan untuk korang tak mahu bersahur.
Selamat mencuba dan selamat berpuasa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.