Dating itu umpama gamble. Tidak kisah siapa yang kamu jumpa, sama ada si dia adalah individu yang betul-betul kamu minat ataupun orang yang kamu tidak kenali, mungkin juga seseorang yang kamu jumpa dari Tinder, first impression itu sangat penting! Pertemuan pertama kali ini tidak banyak yang boleh diduga. Apa yang kamu boleh lakukan adalah dengan memerhati perilakunya, dan memahami gaya personalitnya. Ini memudahkan kamu untuk berfikir sama ada kamu dapat bertahan dengan si dia dalam tempoh yang agak lama ataupun kurang dari 1 jam. Tetapi, bagaimana kamu yakin dia tidak akan mengubah sikapnya selepas kenal kamu dalam tempoh yang lama? Biasalah kata orang, awal-awal memang semua mahu tunjukkan personaliti yang baik belaka. Bila sudah lama, disebaliknya pula berlaku.
Usah risau! Ada beberapa tanda yang bisa kamu ketahui lebih awal tentang sikap si dia. Jika kamu tengah dating dengan seseorang dan perilakunya ada termasuk antara list di bawah, jangan berfikir panjang. Kamu harus terus keluar dari situ dan tinggalkannya.
1. Individu yang suka menyambut ulang tahun berkali-kali
Jika kamu sedang berkenalan dengan seseorang dan tempoh perkenalan kamu sudah cukup sebulan, dan si dia mahu menyambut ulang tahun itu sepanjang bulan, itu sudah kritikal. Paling teruk, bila kamu hanya berkenalan dengannya seminggu, dan dia sudah mahu menyambut ulang tahun sepanjang seminggu itu. Lupakan dia! Ini menunjukkan dia seorang yang clingy
dan sentiasa mahu bersama kamu setiap masa.2. Senang bermusuh
Jika dia seorang yang sentiasa mengadu dan mengkritik tentang rakan-rakan mereka di tempat kerja, atau selalu menyalahkan ahli keluarga mereka dan mungkin juga yang tidak pernah berfikir bahawa mereka tidak pernah salah, ini menunjukkan si dia mudah menjadi musuh, bermusuhan dan cepat untuk menyalahkan orang lain. Apa yang terbaik di dalam hubungan apabila kedua-dua pihak dapat menerima kekurangan serta kesilapan kedua pihak dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki antara satu sama lain. Orang yang melihat kesalahan orang lain dan sentiasa menganggap diri mereka betul adalah alasan untuk kamu tidak perlu bertolak ansur.
3. Obsesi pada bekas kekasih
Jika seseorang itu tengah dating bersama kamu, dia perlulah ada rasa hormat dan memberi sepenuh perhatian kepada kamu. Jika sekiranya bekas kekasih si dia masih lagi mengacau proses perkenalan kamu berdua, lebih baik jika kamu tidak serius dengan si dia. Apabila dia asyik bercerita mengenai bekas kekasihnya, ataupun sentiasa mengadu kepada kamu tentangnya, dan yang paling teruk masih mahu melihat media sosial bekas kekasihnya contohnya di Instagram sewaktu bersama kamu, maksudnya gadis itu masih tidak boleh move on. Seharusnya kamu yang move out dari hidup dia sebelum kamu dipergunakan. Takut nanti dia mendekati kamu semata-mata wang kamu dan bukannya rasa cinta. Nanti siapa yang rugi?
4. Kerap berhubung
Jika si dia kerap text atau call kamu, contohnya meninggalkan seratus voicemail dan mesej apabila kamu berjauhan dari dia,ia adalah satu petunjuk yang cukup jelas bahawa mereka mempunyai isu terhadap diri sendiri yang selalu sunyi dan terlalu memerlukan kamu. Ya, sudah pasti kamu akan berasa begitu bahagia dan manis di saat menerima menerima mesej daripada seseorang yang anda suka. Tetapi jika mesej itu tidak henti-henti dan memberi anda tiada ruang untuk bernafas maka ia adalah satu petunjuk yang besar bahawa mereka mahu anda dan mengharapkan keseluruhan perhatian daripada kamu setiap masa.
5. Kurang ajar
Jika kamu lihat perikaunya sebegini, ini adalah tanda amaran yang kamu patut tahu tentang dirinya yang “angin”. Jika seseorang itu bersikap kurang ajar dan biadap kepada pelayan, atau memperkecilkan sesiapa yang bekerja sebegitu, jalan yang terbaik adalah keluar terus dari restoran itu. Ini membuktikan bahawa si dia hanya memandang kepada harta-benda dan pangkat, dan sentiasa memandang rendah kepada mereka yang bukan setaraf dengannya. Sesungguhnya untuk hubungan yang bagus, adalah tidak menghiraukan tentang latar belakang kamu, malah terima kamu seadanya.
6. Kuat menguji
“I only broke up with you to see if you would fight for me”
“I said I wanted us to stop having sex to see if you were really attracted to me”
Pernah dengar ungkapan sebegini? Jika ya, si dia tidak pernah mempercayai kamu. Apa gunanya mempercayai seseorang yang tidak mempercayai diri kamu? Apabila mereka mula mengungkap ayat sebegini, mereka mahu menguji ataupun mencabar kamu tentang kejujuran kamu. Ini juga bermakna si dia kuat cemburu yang tidak bertempat. Jadi, lupakan sahaja.
7. Queen Control!
Ini adalah satu lagi tanda buruk serius. Setiap orang berhak berkawan dengan sesiapa saja dan mempunyai kehidupan sosial sendiri. Walaupun pasangan kamu tidak sewajibnya berkawan dengan kawan-kawan kamu, mereka tidak mempunyai hak untuk menentukan dengan siapa kamu bersosial. Ia tanda yang jelas bahawa mereka tidak mempercayai kamu apabila si dia berada jauh dengan kamu dan ia jelas, bahawa mereka memerlukan perhatian yang berterusan, Apa yang paling teruk, mereka merasa kamu harus berada di bawah telunjuk mereka. Tambahan pula, si dia akan menyekat hubungan kamu dengan orang lain, Bagi dia, ia adalah cara yang terbaik untuk kamu tidak berkawan dengan rakan-rakan kamu dan hanya memberi fokus kepada dia. Teruk!
8. Pisau cukur
Ada sesetengah orang, mereka ini kurang jelas tentang sikap “pisau cukur” mereka. Tetapi apabila si dia asyik bertanya tentang kerjaya kamu dan berapa gaji kamu, nah! Dia adalah ‘pisau cukur’! Lebih baik jika kamu tinggalkan dia.