
Amar Asyraf memutuskan untuk meninggalkan kerjaya sebagai pelakon disebabkan tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Memetik laporan Harian Metro, Amar memberitahu yang dia berasa sangat bersalah memegang bahu pelakon wanita Mimi Lana ketika kali terakhir dia berlakon.
“Padahal, pegang bahu dan tak sentuh pun. Tapi, dalam kamera nampak macam sentuh betul. Saya tahu, sebelum itu saya ada pegang-pegang, peluk pun pernah. Tapi, itu aib dulu.
“Jadi, saya rasa nak ubah sebab dah tak boleh. Itu antara sebab-sebab. Takutlah,” katanya lagi.
Kali terakhir dia berlakon ialah untuk drama bersiri Perempuan Itu yang ditayangkan di TV3 tahun lalu.
Tumpu Perniagaan Wangian
Kini, Amar memilih untuk memberikan tumpuan penuh kepada perniagaan wangian yang dibinanya.
“Saya berbincang dengan isteri dan rakan usahawan. Saya pernah buat perniagaan sebelum ini, tapi ada yang lingkup sebab tak tumpukan perhatian. Bila fokus, syukur kepada Allah SWT, ia mula menjadi.
“Sumber pendapatan utama dari perniagaan. Dari dunia seni memang tak ada langsung dah sebab saya potong terus. Orang nak upah saya untuk buat ulasan produk pun, saya buat secara percuma.
Tambahnya, dia masih lagi menerima tawaran berlakon namun dia enggan melakukannya.
Kredit Sumber: Harian Metro
BACA: Tidak Cukup Jadi Menteri & Penyampai Radio, KJ Kini Peragawan Baju Melayu Elrah
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kencing Kotor? Jangkitan Saluran Kencing? Hey Lelaki, Jangan Pandang Ringan!

Pernah tak anda berasa sakit atau pedih ketika ingin membuang air kecil? Jika itu yang anda alami, berhati-hatilah kerana mungkin ada jangkitan pada saluran kencing anda atau sering dipanggil ‘kencing kotor’. Bukan hanya wanita, lelaki juga tidak terlepas mengalami masalah kencing kotor ini.
Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan manusia untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.
Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. Sebanyak 80 peratus daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)
Bakteria ini boleh menyebabkan:
- Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
- Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
- Keradangan uretra atau uretritis.
Sebenarnya wanita lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek daripada lelaki. Ini menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.
Tanda dan gejala
- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
- Terasa sakit ketika melakukan hubungan intim.
- Demam dan seram sejuk.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu boleh mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Komplikasi
Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.
Penyebab dan faktor penyumbang
Punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur, faraj atau lubang dubur. Kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi kencing dan ia membiak terus ke buah pinggang.
- Penyebab UTI yang paling lazim adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Ini akan menggalakkan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.
- Hubungan intim juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau kemaluan lelaki yang kotor.
- Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
- Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
Pengurusan sendiri
- Dapatkan rawatan segera jika anda disyaki menjangkiti UTI.
- Jika terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
- Elak mengambil alkohol, kafein dan makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
- Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpalah doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan).
- Larutkan satu sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap enam jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.
Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?
- Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian, ia akan menyukarkan diagnosis).
- Mengecualikan anda daripada penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
- Memberi antibiotik tertentu.
- Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.
Pencegahan
- Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
- Mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
- Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing menggalakkan pembiakan bakteria.
- Amalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
- Elak daripada melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI. Misalnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
- Memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stoking nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
- Elakkan daripada mandian berbuih, sabun wangi.
- Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan intim.
- Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
- Kurangkan minuman manis dan berkafein.
Jadi waspadalah selalu. Bakteria atau kuman berada di mana-mana. Jika ada kesan kepada kesihatan, segeralah bertindak.
Petua Kencing Kotor
Kepada yang tidak pernah kena atau yang baru pertama kali kena, ini ada petua yang boleh anda ikuti.
1. Mula-mula basuh dahulu biji barli macam anda membasuh beras.
2. Selepas itu, rebus dalam periuk yang berisi air.
3. Rebus lama sedikit, biar biji barli itu betul-betul lembut supaya mudah untuk dimakan.
4. Untuk menambahkan kesedapan, masukkan sedikit gula sebagai perasa.
5. Perahkan jus lemon atau masukkan daun pandan untuk membangkitkan rasa serta keharumannya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Perlindungan Level Atas Coronavirus, Naomi Campbell Pakai Sut Hazmat Di Lapangan Terbang

Setiap hari sekarang kita pasti akan sentiasa peka dengan berita tentang Coronavirus yang dilihat kini telah menjadi salah satu wabak global.
Pelbagai langkah proaktif telah dilakukan dengan sangat baik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kita bersyukur kerana kondisi negara di negara kita masih lagi terkawal walaupun menjadi antara negara terawal menerima tempisnya dari China.
Berbeza dengan kondisi yang kini berlaku di Itali, Iran dan juga beberapa negara Asia yang lain yang dilihat semakin membimbangkan.
Sebagai orang awam kita juga dinasihati untuk mengikuti beberapa langkah pencegahan antaranya memakai topeng muka bagi mereka yang kurang sihat dan batuk.
“SAFETY FIRST!”
Tetapi berbeza dengan bekas supermodel terkenal, Naomi Campbell. Dengan keadaan terkini dia tidak mengambil mudah akan keselamatan dirinya.
Naomi yang sebelum ini sangat terkenal kerana memiliki germaphobic iaitu fobia terhadap kuman pernah memuat naik video bagaimana dia membersihkan dengan teliti kerusi tempat duduk dan persekitaran di atas kapal terbang.
Malah video tersebut kini kembali tular di laman media sosial. Terbaru, bekas peragawati berusia 49 tahun telah dilihat memakai topeng muka N95 dan lengkap bersama sut hazmat berwarna putih dan sarung tangan getah berwarna merah jambu.
Perkara tersebut dikongsi olehnya sendiri di Instagaram dengan kapyen –
“Safety First NEXT LEVEL. Thank you @lindaevangelista Full video coming on my YouTube soon”
Nampaknya kita bakal dihidangkan dengan sebuah lagi video bagaimana dia mempersiapkan diri dengan segala langkah mencegah kuman seperti dilakukannya sebelum ini.
Apa pendapat anda tentang langkah keselamatan yang dilakukan oleh Naomi? Adakah ia keterlaluan atau itu satru langkah yang bijak.
Stay safe everyone!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Miliki Rambut Yang Sihat Dengan Panduan Mudah Ini!

Pengenalan
- Rambut boleh memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang.
- Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.
- Rambut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.
- Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia.
- Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam.
- Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut.
- Rambut akan memanjang 3-4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun.
Cara- Cara Penjagaan Rambut
- Penjagaan rambut adalah berbeza mengikut jenis rambut, stail rambut dan juga jenis aktiviti yang dilakukan.
- Jenis syampu yang digunakan dan kekerapan membasuh rambut adalah mengikut kelembapan rambut dan permasalahan rambut.
- Syampu untuk rambut kering dan rosak diperlukan dalam keadaan berikut: Rambut kerinting, rambut yang diluruskan atau diikalkan dengan menggunakan bahan kimia, rambut yang selalu menggunakan pengering letrik terutamanya ketika rambut basah dan juga rambut yang selalu terdedah kepada air laut dan air berklorin.
- Syampu untuk rambut berminyak pula perlu digunakan bagi mereka yang mempunyai rambut berminyak.
- Setengah remaja mengalami rambut yang agak berminyak kerana pada usia ini kelenjar sebaceous mungkin lebih aktif dan mengeluarkan sebum melebihi dari keperluan.
- Syampu bayi yang lembut, disyorkan bagi mereka yang aktif dalam sukan dan perlu kerap membersihkan rambut setiap hari.
Menangani Rambut Bermasalah
Masalah rambut yang biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah.
- Kelemumur (dandruff)
Penyebab berlakunya kelemumur masih tidak diketahui, walau bagaimanapun ia dikaitkan dengan hadirnya sejenis kulat (fungus).
Kelemumur boleh dirawat dengan menggunakan syampu yang mengandungi asid salicilic, zink, tars atau selenium sulfate.
Sekiranya rawatan ini tidak berkesan, sila berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
- Rambut rapuh, pecah atau bercabang (hair breakage)
Rambut boleh pecah di bahagian yang lemah sama ada di pangkal, tengah mahupun di bahagian hujung rambut.
Penyebab rambut pecah adalah :
- Terdedah pada bahan kimia yang digunakan untuk meluruskan , mengerintingkan dan mewarnakan rambut.
- Kerap menyisir rambut terutamanya apabila menggunakan sikat yang tidak bersesuaian dengan ketebalan rambut dan menyisir rambut dalam keadaan basah.
- Kerap ikat tocang (braid) dengan ketat.
- Mengalami masalah perubatan seperti “hypothyroidism” ( hormon tiroid rendah) dan “anorexia nervosa” (tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk walaupun sebenarnya badan pesakit terlalu kurus).
Bagi mengatasi masalah ini;
- Gunakan syampu untuk rambut rosak dan gunakan perapi rambut.
- Jangan sikat rambut ketika basah dan gunakan sikat yang bersesuaian
- Elakkan mengering rambut dengan alat pengering dalam keadaan terlalu basah dan pada suhu yang tinggi.
- Dapatkan perkhidmatan pendandan rambut profesional sekiranya anda hendak meluruskan, mengeritingkan atau mewarnakan rambut.
- Sekiranya anda berambut panjang dan mempunyai rambut bercabang, eloklah bahagian hujung rambut dipotong.
- Sekiranya anda mengalami rambut rapuh tanpa sebab , jumpalah doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Rambut gugur (hair loss)
- Rambut gugur adalah perkara yang biasa berlaku pada setiap orang.
- Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan akan diganti dengan rambut baru.
- Masalah akan timbul apabila rambut yang gugur tidak diganti dan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi botak.
- Botak itu boleh berlaku sementara atau kekal.
- Antara penyebab rambut gugur adalah penggunaan bahan kimia dan suhu tinggi untuk dandanan rambut serta masalah perubatan.
- Sekiranya rambut anda gugur berterusan setelah menjalani rawatan di salon atau anda mengalami botak kekal, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI