PERKONGSIAN DARI FACEBOOK DR ZUBAIDI MENGENAI PENYAKIT SCURVY, SEMOGA IA BERMANFAAT KEPADA KITA SEMUA.
BENARKAH VITAMIN C DAPAT MERAWAT PENYAKIT SCURVY?
Benar, sejarah perubatan moden membuktikan bahawa penyakit scurvey dapat dirawat dengan sempurna dengan pemberian vitamin C. Malah penyakit scurvey ini sebenarnya adalah berpunca dari kekurangan vitamin C dalam tubuh.
GUSI MUDAH BERDARAH
Pesakit yang mengalami penyakit scurvy akan mengalami tanda coklat pada kulit, dan gusi yang mudah berdarah. Tanda ini banyak terdapat pada kuit di bahagian peha dan kaki. Ini berpunca dari pembentukan darah beku yang semakin mencair. (mula-mula darah beku akan membentuk tanda berwarna merah gelap dan kemudian menjadi coklat).
PUCAT
Pesakit juga kelihatan pucat, rasa kemurungan dan tidak dapat banyak bergerak. Jika tidak diberikan rawatan, lama kelamaan pesakit akan mengalami luka yang membusuk, kehilangan gigi dan akhirnya menyebabkan kematian.
PERLUKAN VITAMIN C
Tubuh manusia hanya mampu menyimpan sebahagian kecil vitamin C. Jika ia tidak ditambah dengan pengambilan makanan, penyimpanan ini akan berkurangan. Oleh kerana kebanyakan sumber vitamin C adalah dari buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan, mereka yang tidak suka mengambil kedua-dua jenis makanan ini (terutama mereka yang mengambil makanan yang segera dan berproses) akan mengalami masalah penyakit scurvy di peringkat subklinik. Tanda-tandanya ialah pesakit akan berasa mudah penat, gusi mudah berdarah, banyak lebam bila terlanggar dinding atau perabut dan tidak berdaya untuk bergerak.
Untuk mencapai tahap penyakit yang lebih jelas, ia mengambil masa antara 6-12 bulan. Ini bergantung kepada penyimpanan vitamin C yang sedia ada dalam tubuhnya dan kadar pengambilan vitamin (yang selalunya terlalu sedikit) dalam pemakanan.
SUMBER : Facebook DR Zubaidi