Umur dah masuk 30 tahun tapi wajah muda macam jejaka baru habis belajar. Seronok bila dengar orang kata begitu kepada kita.
Nampak wajah muda dari usia semenangnya menjadi dambaan semua orang termasuk golongan lelaki.
Siapa yang tak mahu wajah awet muda terserlah dari kulit kita yang sihat dan cerah bersinar? Kekal muda dan wajah tidak dimamah usia.
Untuk mendapatkan wajah muda dari usia sebenar, ada cara mudah dan selamat yang boleh anda amalkan.
Ini antara petua yang boleh anda amalkan sebagaimana saranan ‘orang-orang lama’.
Lepas bangun tidur di pagi hari, minum segelas air suam terlebih dahulu. Amalan ini sangat disarankan kerana air putih dapat membantu untuk menyingkirkan racun dari dalam tubuh seterusnya menjadikan kulit lebih berseri.
Kalau anda seorang perokok, memang payah nak nampak muda kecuali anda berhenti rokok dan menjauhkan diri daripada asap rokok. Ini kerana asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan lagi proses penuaan seseorang kerana ia menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baharu sehingga menjadikan wajah nampak tak bermaya dan menimbulkan garis-garis halus pada wajah.
Makanan dan minuman ringan atau dalam pek segera sememangnya tidak berkhasiat untuk tubuh badan. Jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengundang pelbagai jenis penyakit sekali gus membuatkan wajah nampak cepat berusia.
Penting untuk anda keluarkan peluh paling kurang 30 minit dalam sehari agar fikiran dan kulit menjadi sihat. Ini kerana bersenam bukan sahaja boleh memantapkan otot dan membuatkan badan lebih bertenaga, ia juga boleh melancarkan perjalanan darah dan menjadikan wajah lebih berseri.
Setiap orang ada masalah tersendiri namun untuk mengekalkan rahsia awet muda, anda perlulah sentiasa melihat sesuatu perkara dari sudut positif dan bijak dalam menangani masalah. Jika kita bijak mengawalnya, akan terserlah aura positif untuk wajah kelihatan lebih muda.
Kebanyakan sayur dan ulaman mengandungi vitamin C yang penting untuk penghasilan kolagen, sekali gus menjadikan kulit lebih elastik dan mengurangkan kedutan di wajah. Bukan itu sahaja, sayur dan ulam juga mempunyai bahan karotenoid seperti beta karotin yang berfungsi untuk melindungi kulit daripada kesan sinar matahari dan radikal bebas. Kesan inilah yang menjadi punca berlakunya penuaan pada kulit.
Teh hijau mengandungi molekul antioksida epigallocatechin gallate (EGCG). Menurut kajian yang dilakukan oleh ahli di Medical College of Georgia di Amerika Syarikat, EGCG memiliki khasiat untuk meremajakan sel kulit mati. Ia juga dapat melawan tanda-tanda penuaan dengan melindungi dan memperbaiki sel kulit wajah serta membantu mengatasi kulit kusam agar kelihatan lebih sehat. Bukan hanya EGCG, khasiat vitamin B2 dalam teh hijau juga membantu menjaga kadar kolagen pada kulit. Dengan adanya vitamin B2, kulit anda akan terpelihara dan tampak lebih muda.
Tidur merupakan waktu untuk tubuh berehat setelah seharian anda penat bekerja. Dengan mengamalkan tidur yang secukupnya, badan boleh berehat dan membekalkan tenaga untuk keesokan hari, selain membantu wajah awet muda dan badan lebih sihat.
Follow Instagram MASKULIN