Umur dah masuk 30 tahun tapi nampak macam jejaka baru lebih habis belajar. Seronok bila dengar orang kata begini pada kita. Awet muda dari usia sebenarnya menjadi dambaan semua orang termasuk golongan lelaki.

Siapa yang tak mahu kan, awet muda terserlah dari kulit kita yang sihat dan cerah bersinar? Kekal muda walaupun usia dah meningkat.

Berikut adalah cara mudah untuk kamu tampak lima tahun lebih muda dari usia sebenar.

BACA: Manfaat Air Teh Hijau Selain Bakar Lemak, Boleh Jadikan Awet Muda & Kurangkan Risiko Kanser!

1. Makan buah dan sayur berwarna 

Amalkan Rahsia Mudah Ini Kalau Lelaki Nak ‘Maintain’ Kacak & Awet Muda Dari Usia Sebenar!

Salah satu cara agar kulit jadi sihat dan bersinar adalah amalan makan makanan semula jadi berwarna-warni seperti beri biru, tembikai dan brokoli.

IKLAN

2. Buat aktiviti yang mengeluarkan peluh

Amalkan Rahsia Mudah Ini Kalau Lelaki Nak ‘Maintain’ Kacak & Awet Muda Dari Usia Sebenar!

Gerakkan tubuh anda paling kurang 30 minit sehari agar fikiran dan kulit menjadi sihat. Senaman akan melancarkan perjalanan darah. Malah dengan bersenam, wajah anda akan kelihatan kemerah-merahan dan segar beberapa jam setelah mengeluarkan tenaga yang cukup banyak. Anda juga boleh bersauna kerana aktiviti ini akan menyebabkan jantung mengepam lebih banyak darah dari biasanya, seterusnya meningkatkan aliran darah ke wajah.

BACA: Patutlah Wajah Awet Mudah & Badan Sihat, Rupanya Rajin Minum Air Selepas Bangun Tidur!

IKLAN

3. Elak merokok dan jauhkan perokok

Amalkan Rahsia Mudah Ini Kalau Lelaki Nak ‘Maintain’ Kacak & Awet Muda Dari Usia Sebenar!

Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit. Ia juga boleh melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat dan mengundang garis-garis halus pada mata.

4. Elak makanan yang kurang berkhasiat

Amalkan Rahsia Mudah Ini Kalau Lelaki Nak ‘Maintain’ Kacak & Awet Muda Dari Usia Sebenar!

IKLAN

Makanan ringan, makanan atau minuman dalam pek segera, makanan segera dan sewaktu dengannya sangat tidak berkhasiat. Jangan jadikan makanan-makanan ini sebagai rutin makanan harian anda kerana ia boleh mengundang pelbagai jenis penyakit pada tubuh.

BACA: Syarat Lelaki Nak Kulit Glowing, Awet Muda & Body Power, Ambil 10 Makanan Sihat Ini Setiap Hari!

5. Sentiasa positif hadapi stres 

Amalkan Rahsia Mudah Ini Kalau Lelaki Nak ‘Maintain’ Kacak & Awet Muda Dari Usia Sebenar!

Lelaki yang sentiasa tenang ketika menghadapi masalah dan bijak menyelesaikannya, kebiasaannya kurang mengalami stres. Lihat sahaja pada wajah mereka, kelihatan tersenyum saja seolah-olah tidak ada apa-apa masalah yang berlaku.

Nota Tambahan

Amalkan Rahsia Mudah Ini Kalau Lelaki Nak ‘Maintain’ Kacak & Awet Muda Dari Usia Sebenar!

  1. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
  2. Amalkan menanam kuku atau rambut yang dipotong atau gugur.
  3. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi amalkan petua ini. Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi sebanyak 3 kali. Amalkan urutan ini setiap hari untuk wajah kelihatan lebih muda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI