Makanan memainkan peranan penting dalam penjagaan wajah dan kesihatan kulit secara keseluruhan, termasuk untuk lelaki. Ini kerana apa yang kita makan dapat mempengaruhi kesihatan kulit dari dalam ke luar.
Berikut beberapa makanan yang mampu memberi nutrien penting untuk kulit.
#1: Sayur hijau dan merah
Sayur mempunyai manfaat yang luar biasa bagi tubuh, untuk itu sebaiknya banyakkan pengambilan sayuran, khususnya sayuran yang berwarna merah dan hijau untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ini kerana di dalam sayuran terdapat beta-karoten yang berfungsi sebagai antioksidan bagi kulit yang dapat menghasilkan sel kulit baru dan membuat warna kulit menjadi lebih muda dan cerah. Antara sayuran yang baik untuk kulit adalah bayam, lobak merah dan brokoli.
#2: Daging merah
Daging merah mengandung banyak zink dan protein yang sangat baik bagi kesihatan wajah. Ini kerana daging merah kaya protein untuk menghasilkan kolagen dan antiradang semula jadi.
#3: Ikan
Ads
Ikan kaya asid lemak Omega-3 yang berkhasiat untuk menjaga kulit supaya tetap cerah. Selain itu, dengan mengamalkan makan ikan seperti sardin, tuna dan salmon dapat melindungi kulit tubuh daripada pancaran sinar matahari dan pencemaran kerana protein yang terdapat pada ikan membantu penghasilan sel dan membuat kulit tubuh menjadi lebih bercahaya.
#4: Kacang hijau
Kacang hijau adalah makanan yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit kerana dengan pengambilan kacang hijau 10 miligram setiap hari dapat membuat rambut dan kuku menjadi lebih kuat dan sihat.
#5: Makanan dari gandum
Di dalam gandum terdapat biotin yang berfungsi untuk membuat sel di dalam tubuh. Dengan mengamalkan makanan daripada gandum akan terhindar daripada penyebab kulit kering dan kusam.
Ads
#6: Yogurt
Yoghurt sangat baik bagi kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan dapat menghilangkan kelemumur. Sebaik-baiknya pilih yoghurt yang kurang lemak dan gula untuk menghindarkan masalah kesihatan lain. Selain itu, yoghurt juga adalah antibiotik semula jadi yang dapat membantu menghasilkan bakteria baik dalam tubuh dan menjaga kesihatan pencernaan.
#7: Beras merah
Ketika kekurangan tenaga, beras merah adalah yang terbaik untuk dimakan. Ini kerana beras merah akan membuat anda berasa lebih kenyang dan dalam jangka waktu lebih lama. Selain manfaat gizi, ia juga terdiri dari magnesium, protein, vitamin B kompleks dan antioksidan yang semua bermanfaat dalam menjaga kulit halus dan bebas noda.
Ads
#8: Avokado
Fakta menunjukkan buah avokado sarat dengan lemak baik dan sangat popular dalam dunia diet. Buah ini juga mengandungi vitamin C dan E yang berguna untuk menjaga kulit yang cerah, sempurna dan indah.
#9: Bawang putih
Mengandungi bahan yang disebut allicin, sehingga bawang putih banyak dikenali kerana kemampuannya untuk melawan segala bakteria dan virus dalam tubuh. Bahan dari dapur ini juga antijerawat dan masalah kulit yang berkait rapat dengan bakteria dalam tubuh.
#10: Tauhu
Tauhu atau tofu sangat umum dalam diet vegetarian kerana makanan ini terdiri daripada zat besi, kalsium, mangan, protein, dan lemak sihat. Rutin makan tauhu akan memberikan kesan magis pada kulit anda. Ini termasuk produk soya lain seperti susu soya dan tempe.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada kalanya, lelaki yang tidak memiliki jambang mungkin berasa sedikit cemburu apabila melihat rakan-rakan atau selebriti yang tampil lebih maskulin dengan gaya berwajah berjanggut kemas.
Suka atau tidak, selain kulit licin bebas jerawat, jambang turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan faktor kacak seorang lelaki. Ia bagaikan simbol kelelakian yang mampu membuat penampilan lebih matang dan memikat.
Namun, bila nak bela jambang, pastikan anda uruskannya dengan baik—bukan biar tumbuh tidak terkawal hingga merosakkan penampilan.
Lepas bercukur, pernah tak anda rasa wajah tampak terlalu ‘kosong’ dan muda tanpa jambang? Kadang-kadang, ia boleh menjejaskan keyakinan diri, terutamanya bila anda percaya bahawa wajah yang sedikit ‘tua’ dan berjanggut memberi aura kematangan yang diperlukan.
Jika anda ingin jambang kembali tumbuh lebat dan rapi, berikut adalah 5 tip mudah yang boleh anda cuba.
1. Kurangkan bercukur
Untuk mendapatkan janggut yang tebal, anda perlu mengelak daripada membentuk atau mencukur janggut di wajah anda dengan terlalu kerap.
Jika anda mahukan gaya stubble, ianya amat mudah. Caranya adalah anda tidak perlu bercukur selama beberapa hari dan anda memilikinya dengan cara yang paling mudah dan hanya memerlukan penjagaan asas sahaja untuk memastikan gaya itu kekal.
2. Biarkan janggut sehingga 4-6 minggu
Pertumbuhan janggut merupakan suatu komitmen bagi diri anda. Anda perlu membiarkan janggut anda tumbuh tanpa sebarang gangguan selama empat hingga enam minggu.
Selepas enam minggu, anda boleh menggunting janggut anda untuk mengemaskannya apabila ianya telah matang dan anda boleh mula membentuk janggut dengan gaya yang diinginkan anda apabila ia telah berkembang sekurang-kurangnya 1 atau 1½ inci.
3. Cuci dan rapikan secara teratur
Sama seperti rambut anda, janggut anda juga memerlukan penjagaan dan perhatian yang kerap. Anda perlu membasuh janggut anda menggunakan pencuci muka mild bersama air suam dua kali sehari. Ini akan mempercepat pertumbuhan rambut.
Juga, gunakan syampu ringan di janggut anda dua atau tiga kali seminggu untuk memastikan rambut bersih dan bebas daripada makanan yang sesat dan zarah lain. Selepas mencuci, gunakan sedikit perapi untuk menjaga rambut yang kuat dan memberikan penampilan yang penuh dan tebal.
4. Urutkan wajah anda
Untuk merangsang pertumbuhan rambut di muka anda, mengurut secara teratur adalah suatu keharusan.
Mengurut wajah anda akan meningkatkan peredaran darah ke kawasan tersebut dan membantu nutrien mencapai folikel rambut sehingga rambut tumbuh lebih cepat dan lebih tebal. Ini akan memberikan rupa janggut yang lebih lengkap dan lebih maju.
5. Guna bahan semula jadi
Untuk menyediakan minyak urut, anda boleh menggabungkan 1 sudu makan minyak zaitun, minyak jojoba dan minyak badam manis dan tambah 5 hingga 7 titis minyak pati kayu putih. Atau, anda boleh menggunakan campuran 2 hingga 3 sudu minyak zaitun dan beberapa titis minyak kayu putih.
Caranya adalah:
Panaskan gabungan minyak dalam gelombang mikro selama beberapa saat.
Letakkan minyak yang telah hangat di telapak tangan anda.
Sapukan dengan teliti sepanjang janggut anda.
Urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat selama 10 minit.
Bilas minyak menggunakan air suam
Lakukan dua kali sehari.
Selamat mencuba! Semoga penampilan anda bertambah kacak dari hari ke hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Whitehead dan blackhead yang sering menempel pada bahagian dagu dan hidung pasti membuatkan anda rasa tak selesa. Tangan ni tak pernah duduk diam sebab rasa nak picit-picit sampai merah hidung dan dagu.
Pasti anda rasa membazir kerana asyik membeli produk di drugstore, tapi tak semua whitehead dan blackhead keluar. Nak berjimat, apa kata buat sendiri cara-cara buang whitehead dan blackhead seperti yang dikongsikan oleh Puan Noorlela menerusi laman Facebooknya.
Caranya lebih mudah, hanya menggunakan 3 bahan murah sahaja. Jom ikuti perkongsiannya!
??? Sis nak share cara yang sangat berkesan untuk menghilangkan white + black head degil nauzubillah di muka… Yang penting bahan dia murah n senang cari… #bolehshare
Bahan-bahan:
Bedak Cina / bedak amoi / bedak sejuk
Putih telur (garfu tu buat kacau-kacau nanti)
Kapas muka (potong 2, ikut la nak potong berapa pun janji boleh melekap kat muka nanti)
Cara membuatnya:
1. Tumbuk n lumat-lumatkan bedak ni bagi hancur macam loose powder tu. Guna cukup-cukup je. Bukan guna seketul besar tu.
2. Campurkan bedak sejuk yang hancur tadi dengan putih telur di dalam mangkuk, then kacau bagi sebati.
3. Dah sebati, rendam sekejap kapas yang dipotong tadi, then lekap kat muka camni ???. Bagi rata kat tempat-tempta yang banyak whitehead+blackhead tu. Jangan basah sangat kapas tu, nanti meleleh-leleh n lambat kering.
Disebabkan sis keje malam n perlu tidur pagi tadi ni. So sis buat la cara ni supaya benda ni melekap lama kat muka n tak rasa menunggu lama ??? Sis pakai tadi kol 9am n terjaga kol 2 lebih petang tadi, almost 5-6 jam. Sis tidur kat bawah kipas supaya cepat kering. Kalau dah kering sikit kat muka n kapas tu tak bergerak-gerak baru la boleh tidur dengan amannya. Buat masa tidur malam pun bagus jugak. Tapi bagitau cik Abe awal-awal, takut dia bangun terkena heart attack nengok muka bini bertampal-tampal ??
Tengok hasilnya:
Puas hati sangat walaupun leceh sikit la… ???
Yang ni kat bawah dagu punya…
Memang bersih. Licin kulit hidung sis… ???
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Zaman dahulu kaum lelaki hanya menggunakan sabun mandi sebagai bahan untuk mencuci wajah. Sambil mandi bersabun terus gosok muka sama. Tpai zaman sudah berubah. Kini terdapat pelbagai produk pencuci muka yang dikeluarkan khas untuk lelaki.
Kini terdapat pelbagai jenis pencuci muka dengan jenama berbeza. Malah lebih mengagumkan setiap satu daripadanya disasarkan untuk lelaki yang miliki jenis kulit berbeza-beza. Denganlambakan produk pencuci muka ini pastinya anda boleh pening dan keliru untuk memilihnya.
Jadi kini anda tak perlu risau kerana MASKULIN telah menyenaraikan beberpa jenis produk pencuci muka pelbagai jenama. Jom ikuti senarai pencucui muka lelaki pilihan MASKULIN!
GATSBY Clear Whitening
Mempunyai 6 multi-fungsi untuk membantu mencerahkan kulit dan nampak lebih segar. Membantu membuang kulit mati, mengurangkan keratin pada kulit wajah dab mengurangkan penghasilan melanin di dalam kulit. Selain itu didatangi rasa sensasi sejuk dengan Extra Cold.
L’OREAL Men Expert White Activ
Bagi anda yang mempunyai kulit wajah yang sentiasa berminyak, inilah antara pencuci muka yang sesuai anda gunakan. Ia juga efektif untuk membuang sel-sel kulit mati terutamanya buat anda yang sering terdedah dengan kondisi luaran yang berhabuk dan berdebu.
Anda seorang yang sentiasa tumbuh jerawat? Mungkin sebelum ini anda menggunakan produk pencuci muka yang tak bersesuaian dengan kulit. Pencuci muka yang dihasilkan dengan sumber lumur gunung berapi ini dihasilkan khusus untuk melawan kondisi kulit wajah yang rosak disebabkan jerawat. Ia dikatakan efektif membantu membunuh bakterua dan kotoran halus.
NANO MEN Oil Control Perfect Clay Cleanser
Satu lagi produk pencuci muka pilihan MASKULIN yang mampu mengawal kulit wajah yang berminyak. Ia boleh membantu anda membuang sisa-sisa ‘minyak’pada wajah dan membantu memdapatkan tekstur kulit yang lebih sihat dan bersinar.
GARNIER MEN Turbolight Oil Cooling Foam
Produk dari Garnier ini sedikit berbeza dengan yang lain. Ini kerana ia lebih menggunakan fungsi buih menyejukkan untuk membantu anda mencuci muka daripada kesan kotoran, minyak berlebihan dan juga meredakan kuit yang stres.
BADLAB Deep Cleansing Facial Cleanser
Buat anda yang memiliki wajah yang agak kering, pencuci muka BADLAB ini mampu mengembalikan kelembapan wajah. Selian itu ia juga mempu membuang kotoran degil yang melekat di dalam liang-liang kecil pada kulit wajah.
DASHING Whitening Scrub Facial Cleanser
Pencuci muka yang juga berfungsi sebagai skrub dari DASHING ini merupakan produk harian yang mampu membuang kotoran dan membantu anda mengekalkan kulit wajah yang berseri dan putih. Ia juga mengandungi khasiat daripada garam laut yang mempunyai fungsi memutih.
MARO Body & Face Cleansing Soap
Bagi anda yang miliki kulit wajah biasa dan normal mungkin boleh cuba produk pelbagai guna ini. Selain boleh digunakan sebagai sabun badan ia juga boleh dipakai sebagai pencuci muka. Mampu mengembalikan kesegaran badan dan wajah, dua dalam satu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.