Semua orang suka aktiviti joging. Tapi yang buat kita patah semangat nak joging, bila badan cepat penat dan tapak kaki sakit. Sudahnya, hasrat nak teruskan joging tak kesampaian.
Bagi mengelakkan anda putus asa ketika melakukan aktiviti joging ini, seorang pengguna bernama WehPaih berkongsi di laman Twitternya tip untuk anda mulakan joging perlahan dan betul untuk mengelakkan cepat penat dan tapak kaki sakit.
BACA: Lelaki Yang Rajin Berjoging Akan Nampak Lebih Kacak & Awet Muda!
Semoga anda boleh menggunakan tip ini ketika joging nanti. Ini perkongsiannya.
Kenapa saya running/jog cepat penat?
1. Warming-up & cooling-down
2. Kasut yang sesuai
3. Kecilkan langkah
BACA: Jangan Sapu Dengan Minyak Panas, Ini 4 Tip Cepat Yang Perlu Buat Lepas Kaki Terseliuh!
4. Kepala pandang depan
5. Lagi kecil pace, lagi laju
6. Elak fokus kelajuan joging
BACA: Elak Terkehel Masa Lari, 4 Senaman Kaki Ini Boleh Buat Betis Berotot & Lebih Kuat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Makan Daging Kambing Tidak Menyebabkan Darah Tinggi
KEBANYAKAN ORANG YANG MENGHIDAP PENYAKIT HIPERTENSI ATAU DARAH TINGGI AKAN MENGEHADKAN ATAU MENGELAKKAN DARIPADA MEMAKAN DAGING KAMBING KERANA IA DIKHUATIRI AKAN MENYEBABKAN TEKANAN DARAH NAIK.
FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAINYA
- KOLESTEROL DAGING KAMBING LEBIH RENDAH DARIPADA DAGING AYAM ATAU LEMBU
Setiap 100 gram daging kambing mengandungi lebih kurang 109 kalori, yang mana ia lebih rendah berbanding kalori daging lembu (250 kalori) dan ayam (195 kalori). Kolesterol daging kambing juga lebih rendah iaitu 57 mg per 100 gram, sementara daging lembu mempunyai 89 mg dan ayam 83 mg bagi setiap hidangannya.
Keseluruhannya, 100 gram daging kambing hanya mengandungi 2.3 gram lemak, sementara daging lembu boleh mencapai 15 gram dan ayam 7.5 gram. Ini bermakna satu hidangan daging kambing hanya memenuhi 4% daripada keperluan lemak setiap hari. Berdasarkan pengiraan 2,000 kalori sehari.
Walaubagaimana pun, daging kambing adalah sumber protein yang baik sama seperti daging lembu dan ayam. Jumlah protein dalam daging kambing lebih kurang 20 gram, sementara daging lembu dan ayam lebih kurang 25 gram dan 30 gram setiap hidangan.
Setiap hidangan 100 gram daging kambing boleh memenuhi hampir 50% keperluan protein harian.
- MAKAN DAGING KAMBING MENYEBABKAN HIPERTENSI ADALAH TIDAK BENAR
Daging merah tidak sepatutnya dimakan terlalu banyak kerana ia mempunyai kandungan lemak tepu yang cukup tinggi yang boleh meningkatkan kolesterol dan menyebabkan penyakit jantung. Oleh itu, pastikan pengambilan lemak tepu daripada makanan tidak boleh melebihi 20 gram setiap hari.
Umumnya, terdapat 6 gram lemak tepu dalam daging lembu dan 2.5 gram dalam ayam bagi setiap hidangan. Sementara itu, lemak tepu dalam daging kambing adalah hanya sekitar 0.71 gram per 100 g.
Daging kambing kaya lemak tak tepu, iaitu sekitar 1 gram setiap bahagian, berbanding dengan daging lembu atau ayam. Lemak tak tepu adalah sejenis lemak baik yang membantu mengimbangi paras kolesterol darah, mengurangkan keradangan dalam badan dan menstabilkan degupan jantung.
BAGAIMANA DENGAN MITOS DAGING KAMBING MENYEBABKAN HIPERTENSI?
Memakan daging kambing tidak menyebabkan hipertensi. Bagaimana pun terdapat beberapa faktor yang mana meningkatkan tekanan darah.
Tekanan darah tinggi berlaku selepas memakan daging kambing selalunya disebabkan teknik memasak yang salah. Memasak daging kambing dengan cara goreng, bakar atau panggang akan meningkatkan kalori dalam makanan. Teknik memasak ini kebanyakannya memerlukan minyak masak, mentega atau marjerin yang kemudian menjadi lemak dan diserap oleh daging. Ini menyebabkan kalori makanan tinggi mencapai 64%.
Pengambilan kalori yang tinggi dalam badan akan berubah menjadi lemak, dari semasa ke semasa ia berkumpul dalam saluran darah dan menyebabkan tekanan darah meningkat.
TIP SELAMAT MAKAN DAGING KAMBING
Jika anda ingin makan daging kambing tetapi bimbang mengenai risikonya terhadap kesihatan, sebaiknya elakkan hidangan kambing bergoreng, dibakar atau dipanggang. Sebaliknya olah makanan kepada cara memasak lain iaitu sup. Tambahkan juga sayuran kaya serat, vitamin dan mineral bersama hidangan kambing anda.
SUMBER : https://hellodoktor.com/
OLEH : FARAH AZIZ
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Motivasikan Diri Anda Dengan Tip Ini
Anda pasti sering berhadapan dengan semangat yang berkobar-kobar untuk bersenam, namun tidak kesampaian hanya kerana malas kan! Ataupun motivasi anda tidak begitu kuat sehingga menjadikan anda lemah dalam segala bab terutamanya pada pemakanan. Semua orang mempunyai matlamat yang berbeza-beza dalam mendapatkan bentuk badan yang cantik. Ada diantara anda yang mahu berat badan turun dengan cepat kerana anda perlu kelihatan menarik pada majlis perkahwinan bekas teman wanita anda nanti. Apa pun jua alasan anda, sentiasa fokus memerlukan daya tahan yang sangat tinggi. Maka, ini adalah beberapa langkah untuk anda fokus pada goal anda.
Mula dengan kadar segera
Jangan tangguh-tangguhkan masa anda. Jika anda seorang gemuk, atau terlalu kurus, mulalah sekarang! Jangan jadikan badan anda alasan untuk anda terus dimotivasi.
Tulis Goal anda
Mengapa perlu anda tulis? Kebanyakkan orang yang mula untuk menurunkan berat badan tidak punya fokus tertentu. Apabila ditanya, mereka hanya akan mengatakan bahawa mereka ingin kekal sihat dan fit. Hakikatnya, jika anda menulis sebab mengapa anda ingin kurus atau berotot, contohnya seperti penat diejek dan dicaci, jika anda tampalkan goal anda itu di dalam ruang kamar anda dan lihat hari-hari, anda akan terus termotivasi dan anda tidak akan lari dari fokus.
Plan, plan, plan
Tidak kira sejauh mana anda sibuk, anda harus terus plan jadual harian anda. Makanan merupakan jadual yang harus anda utamakan sepanjang anda dalam program diet anda yang tersendiri. Jadual senaman jangan pernah sekali ditinggalkan, dan jika anda terpaksa melalui minggu anda terpaksa ke luar negara atau mesyuarat yang tak sudah, maka anda perlu lihat balik jadual anda dan selitkan masa anda di gym jika berkesempatan.
Mulakan dengan perkara mudah
Jangan cuba untuk mencabar diri anda di awal diet. Contohnya seperti larian 1km walhal anda bukanlah seorang pelari. Ataupun anda mengangkat berat 20kg pada hari pertama anda masuk ke gym. Itu akan membuatkan anda tidak mahu berkawan baik lagi dengan dunia kecergasan. Mulakan dengan mudah bermakna anda perlu menapak dengan perlahan. Jaga pemakanan anda terlebih dahulu, diikuti dengan senaman ringan setiap hari. Jangan terlalu obses dengan pencapaian. Kuatkan stamina dan bagi badan anda selesa dengan kecergasan terlebih dahulu, baru anda dikira pro!
Berdisiplin
Paling penting, DISIPLIN! Segala point di atas tadi tidak akan tercapai jika anda tidak berdisiplin. Jadi, bangun pagi dan mulakan hari anda dengan dengan awal. Barulah badan anda akan sentiasa cergas dan bermotivasi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Makanan Halal Cina Yang Rare Ini Anda Boleh Dapat Di Sekitar Kuala Lumpur. Meleleh Air Liur Tengah Puasa Ni
Sebagai negara yang berbilang bangsa dan berbilang kaum, pernahkah anda mencuba makanan bangsa lain? Kalau dahulu, mungkin tidak ramai yang berani mencuba kerana risau makanan tersebut mengandungi isi yang tidak halal. Ini akan membantutkan keinginan orang Melayu untuk mencuba. Kini tidak lagi, tahukah anda bahawa makanan seperti Yong Tau Fu, Dim Sum, Yee Mee boleh anda dapati. Namun sebenarnya banyak lagi makanan Cina yang anda boleh makan, dan dijamin halal.
- Ayam Bakar Masin (Yim Guk Gai)
Inilah makanan warisan Hakka yang ibu-ibu berbangsa Cina suka masak untuk anak-anak mereka. Cara masaknya dikatakan sangat unik iaitu dengan membungkus ayam tersebut yang sudah digaul dengan garam, gula, cuka, potongan bawang dan minyak sebelum ia dibakar selama setengah jam.
Dan apabila sudah dimasak, buka bungkusannya, dan anda akan lihat ayan tersebut tersalut dengan pati ayam masin dan isi ayamnya pula mudah dikopek dari tulang. Uish, baca saja sudah buat air liur meleleh. Jika anda nak rasa ayam ini anda boleh ke Damansara Utama di SS12/56B. Jangan risau, untuk versi Halal, mereka tidak mencampurkan arak cina dalam masakan.
- Lao Sha Bao
Bagi mereka yang minat apa jua makanan yang bersalut dengan telur masin, mungkin anda boleh cuba makanan ini. Apa ni? Makanan ini merupakan roti ataupun pau yang mengandungi telur masin di dalamnya. Bila anda gigit kuih ini, telur masin akan mula melimpah-limpah dalam mulut anda. Untuk mencuba Lao Sha Bao versi Halal, anda boleh ke mana-mana kedai Dim Sum yang halal seperti Level 5, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail.
- Nian Gao Goreng
Anda pasti tahu kuih bakul kan? Tambah-tambah ketika Musim Tahun Baru Cina, ia wajib ada di atas meja. Nian Gao Goreng ini sebenarnya lebih kurang macam kuih bakul biasa, cuma bezanya ialah kuih bakul ini dikapit antara ubi keledek dan keladi, kemudian digoreng jadi crispy. Rasanya memang sedap, macam kuih makan petang-petang. Kalau anda nak cuba, anda boleh ke Specila Recipe – Wisma Goldhill, Jalan Raja Chulan, KL.
- Dragon’s Bread Candy
Ia juga dikenali sebagai gula-gula kapas Cina yang merupakan kuih Tradisional yang memerlukan skill hebat untuk menyediakan kuih ini. Bukan senang tau nak menggulung satu persatu doh gula sehingga jadi bebenang lembut dan nipis. Isinya mestilah halal kerana ia mengandungi gula, kacang, kelapa, tepung beras dan sirap jagung. Kuih ini susah nak dapat dekat kedai, tapi anda boleh ke order di Jonus Tasty Candy atau ke kedainya sendiri di 24, jalan P2/14, Bandar Teknologi Kajang, Selangor. Tengok video ni, susah kan cara nak buat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI