Ada segelintir orang tidak boleh memandu dalam jarak jauh pada waktu siang kerana cuaca yang panas dan terik mentari.
Namun jika anda memilih untuk memandu pada waktu malam, ada 5 perkara yang perlu anda titik beratkan seperti :
Untuk keselesaan memandu, anda perlu malapkan atau padamkan terus cahaya di dalam kereta anda. Ini kerana ia membantu anda fokus melihat cahaya dari luar.
Mata anda perlu awas melilau ke kiri dan kanan. Kalau di jalan-jalan kampung, biasanya tiada lampu jalan dan dikhuatiri ada yang berjalan di tepi jalan.
Pastikan anda menyelenggara lampu hadapan kereta anda sebelum berjalan pada waktu malam. Ini kerana lampu kereta merupakan sesuatu yang sangat penting.
Jangan memandu terburu-buru dan pastikan anda kekal memandu pada jarak yang selamat daripada kereta di hadapan anda. Tujuannya untuk mengelakkan kemalangan.
Jika mengantuk, pastikan anda rehatkan diri anda dengan tidur buat seketika. Dengan melelapkan mata, anda akan menikmati kesegaran untuk memandu semula.
Semoga bermanfaat!