Amalkan 4 Bahan Ini Kalau Tekad Nak Hilangkan Perut Buncit & Lemak Degil Seawal Seminggu!

37403

Tidak dinafikan bukan mudah nak buang lemak degil dan kurangkan selera makan. Jika tiada kesungguhan misi untuk menurunkan berat badan gagal.

Sekiranya anda tekad nak buang lemak degil, apa kata cuba petua yang dikongsikan ini. Hanya dengan empat bahan mudah, anda boleh buang lemak degil dan hilangkan perut buncit seawal seminggu.

Page Rahsia wanita menawan cantik berkongsi petua daripada seorang pengguna bernama Ika. Semoga dengan petua yang dikongsikan ini dapat membantu anda mengurangkan selera makan dan membuatkan hasrat anda untuk kurus tercapai.

BACA: Amalkan Minuman Kurus Guna 4 Bahan Ini Kalau Nak Perut Kenyang Tanpa Makan Malam!

TIPS MENGHILANGKAN PERUT BUNCIT DAN SELERA MAKAN SEAWAL SEMINGGU!!!

Hari ni Ika nak share satu lagi tips yang sangat berkesan menghilangkan perut buncit seawal seminggu dan mengurangkan selera makan!!!

Bahan-bahan yang biasa kita lihat:

– Lemon (setengah)
– Kurma (2 biji)
– Secawan air suam (150ml)
– Bawang putih (4 ulas)

Cara-cara nak buat:

1. Mula-mula sekali blend semua. Ika suka blend lemon sekali dengan kulit sebab nak dpt khasiat 100%.

2. Buang kulit bawang putih.
3. Kurma dapat mengurangkan pahit selain khasitnya tersendiri.
4. Blend semua dan tapis.

5. Kemudian boleh minum.
6. Ika suka titiskan minyak biji delima utk cepatkn metabolisma (jika ada).

BACA: 10 Cara Buat Air Detoks Buah-buahan Untuk Pecah Lemak, Buang Toksin & Awet Muda!

Khasiatnya:

?? Bawang putih merangsang penghasilan leptin (hormon mengurangkan selera makan).
?? Lemon pulak boleh mengikis lemak degil dan membuang toxin.
?? Hampasnya jangan dibuang kerana mampu merubat jerawat.

Cara nak minum:

1. Boleh minum 2x sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur.
2. Selepas itu boleh tengok hasilnya selepas seminggu mencuba tanpa jemu.

Tips ini utk yang benar2 tekad utk buang lemak degil

? Lemak yang dikumpul setahun x kan hilang dalam masa sehari kan

Selamat mencuba!!!