Kenapa lelaki malas jaga kulit muka?

Amal Skrub Wajah Buat Kulit Lelaki Nampak 3 Tahun Lebih Muda

Kebanyakan lelaki sering membuat andaian yang salah terhadap penampilan diri mereka. Walaupun mereka agak teliti dalam menjaga diet, latihan kecergasan, memakai pakaian yang sesuai dan memotong rambut mengikut gaya terkini, namun masih ramai lelaki kurang menitiberatkan penjagaan kulit wajah.

Pada kebanyakan masa, kaum Adam lebih selesa menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen daripada meluangkan masa hanya 10 minit untuk membersihkan wajah mereka.

Seperti wanita, kulit wajah lelaki juga setiap hari terdedah kepada sinaran ultra ungu, habuk dan sebagainya. Itu tidak termasuk tekanan yang boleh mengakibatkan kulit nampak kusam, tidak berseri dan lelaki nampak lebih berusia daripada usia sebenar.

Hakikatnya, lelaki juga ingin tampil menawan dengan memiliki kulit wajah yang bersih, cerah dan bebas daripada cela, jerawat serta masalah kulit yang lain.

Sel-sel mati

Amal Skrub Wajah Buat Kulit Lelaki Nampak 3 Tahun Lebih Muda

Golongan lelaki harus peka terhadap penjagaan kulit wajah dan mereka perlu memperbaiki kulit wajah supaya penampilan sentiasa tampak kacak, segak dan muda.

Secara umumnya, rejim penjagaan kulit wajah lelaki merangkumi proses mencuci, diikuti krim pelembap mengikut jenis kulit.

IKLAN

Namun, ada pula lelaki yang terlupa tentang kepentingan penggunaan krim sental atau skrab. Ini kerana, mereka menganggap produk tersebut bukan satu kewajipan. Tahukah anda bahawa jenama-jenama produk penjagaan kulit terkenal seperti Lancome, Lab Series, Biotherm, Nivea dan sebagainya sentiasa memperkenalkan skrab dalam siri produk penjagaan kulit khusus untuk lelaki?

Krim penyental produk yang dihasilkan menanggalkan sel-sel kulit mati. Penggunaannya secara teratur dipercayai mampu menjadikan sel kulit wajah kelihatan lebih berseri, halus dan licin.

Golongan lelaki yang aktif dalam aktiviti luar harus menggunakan skrab kerana pencuci biasa tidak mampu menanggalkan kekotoran yang melekat pada kulit. Peninggalan kotoran degil itulah yang bakal mengundang pelbagai masalah kulit.

Anda tidak perlu bosan untuk menggunakan skrab kerana ia bukan keperluan setiap hari. Sapukan sedikit krim skrab pada wajah, ratakan dan gosok secara perlahan sehingga terkeluar semua sel-sel mati. Selepas itu, bilas dengan air. Gunakan tiga kali seminggu dan anda akan dapat lihat hasil yang memuaskan.

Penuaan

Amal Skrub Wajah Buat Kulit Lelaki Nampak 3 Tahun Lebih Muda

Pemakaian skrab perlu diteruskan walaupun wajah anda sudah bersih dan menarik. Ini kerana penggunaan berterusan boleh melambatkan proses penuaan kulit.

IKLAN

Tetapi, mereka yang mempunyai masalah jerawat teruk tidak disarankan menggunakan skrab kerana kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam krim itu dikhuatiri akan menyebabkan pertumbuhan jerawat yang lebih banyak.

Di samping itu, sama ada anda merupakan lelaki metroseksual ataupun bukan, anda dicadangkan berbelanja sedikit untuk membeli satu produk skrub yang berkualiti bagi mengekalkan keremajaan dan ketampanan kulit.

INI 4 RUTIN WAJIB ANDA LAKUKAN PADA WAJAH!

 

CUCI MUKA

Sama ada lelaki atau perempuan, kita pasti tahu mencuci muka adalah rutin yang perlu dilakukan untuk membuang kotoran di kulit wajah. Pertama sekali bagi si gadis pastikan anda mencuci wajah menggunakan pencuci sesuai dengan kulit sebelum memulakan solekan.

IKLAN

Begitu juga bagi lelaki, cuci muka terlebih dulu sebelum meletakkan sebarang krim atau bedak asas pilihan anda.

GUNA SKRUB

Menggunakan skrub secara berkala adalah perlu untuk proses pengelupasan kulit. Ini kerana ia akan membuang sel kulit mati sepenuhnya sebelum memulakan solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada wajah dan leher. Mahukan hasil terbaik? Bilas dengan air suam.

SERUM SUMBER VITAMIN

Mencuci akan menghilangkan minyak dan menjadikan wajah kering. Untuk seimbangkan kembali, sapukan serum wajah terlebih dulu sebelum menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral.

Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.

LEMBABKAN WAJAH

Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapan. Pelembap kulit boleh membuatkan lapisan muka lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan.

Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang me­ngandungi pelindung SPF iaitu mampu menghalang sinaran cahaya matahari. Impak menggunakan pe­lembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dengan membuat kaedah urutan. Ini kerana serapan pelembap lebih cepat dan pantas berbanding sapuan biasa.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI