Keterampilan seseorang lelaki itu mencerminkan daya maskulin yang terpancar dari dalam diri. Lebih berani dan berkeyakinan tatkala berhadapan dengan umum, lelaki harus kelihatan tampan agar dilihat dengan lebih positif. Semua ini harus dicapai supaya setiap lelaki dapat menginjak ke aras yang lebih tinggi dalam pencapaian kehidupan dan perlu melalui beberapa elemen yang mendorong seperti kesihatan, kecergasan, cara berkomunikasi dan penggayaan stail. Semuanya harus diterjemahkan dari dalam diri dan percaya dengan kemampuan diri.

Amal Madu Lebah Dan Air Suam Setiap Kali Bangun Tidur_Badli Syah

MASKULIN : BAGAIMANA ANDA MULA MENDEKATKAN DIRI DENGAN DUNIA KECERGASAN? 

Sedari kecil saya sememangnya telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti lasak. Banyak menyertai aktiviti di sekolah sehingga saya mula minat akan elemen kecergasan dalam kehidupan seharian ini. Bermula sebagai hobi pada tahun 2010 sebelum menjadikannya sebagai fokus dan profesional pada tahun 2012 sehingga kini. Setiap minggu melihat perubahan diri ke arah yang lebih baik menjadikan saya terus bermotivasi untuk mengekalkan kecergasan dan bentuk badan agar lebih ideal dan menarik. Bukan semata-mata secara fizikal malah secara dalaman harus dilihat sebagai penting untuk dijaga dan dihargai. Meskipun saya mempunyai pekerjaan tetap dan perniagaan sendiri, saya menjadikan bidang kecergasan ini sebagai kerja separuh masa untuk membantu mereka yang mempunyai impian dan cita-cita. Saya belajar dan membuat beberapa kajian tentang kecergasan dan latihan agar dapat melatih dengan lebih baik.

Amal Madu Lebah Dan Air Suam Setiap Kali Bangun Tidur_Badli Syah

MASKULIN : SIAPAKAH INSPIRASI ANDA?

IKLAN

Mencipta inspirasi melalui diri sendiri dengan melihat dan menilai kemampuan diri sendiri. Mengenali kemampuan diri adalah sumber inspirasi dan motivasi yang terbaik untuk menginjak keupayaan dan mencipta kejayaan dalam mengejar impian.  Jika melihat dari sisi individu yang berjaya,  saya meletakkan Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai ‘The Rock’ sebagai idola kerana kejayaannya. Dia melengkapi ciri-ciri lelaki maskulin apabila seimbang di antara kerjaya, populariti dan kecergasan dalam mengekalkan bentuk badan yang sempurna sehingga kini.

 

MASKULIN  : APA YANG PERLU DITITIKBERATKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENDEKATKAN DIRI DALAM DUNIA KECERGASAN?

Di dalam konteks sekarang, setiap individu perlu menanamkan kepercayaan bahawa kita makan adalah untuk sihat. Sedar bahawa apa yang dimakan adalah untuk memenuhi keperluan badan dan bukannya apa yang disukai sahaja. Oleh sebab itu, kecergasan itu bermula daripada dalam dan bagaimana kita menyusun diet serta plan pemakanan setiap hari. Sebenarnya, setiap individu pasti punya masa dalam keadaan tidak bermotivasi untuk melakukan senaman dan diet. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor sekeliling yang mendorong untuk merasakan sebegitu. Oleh sebab itu, kita perlu mengetahui keupayaan dan kekuatan kita untuk kembali bermotivasi setiap hari. Kepercayaan terhadap diri sendiri sahajalah jalan untuk mengubah sesuatu.

IKLAN

Amal Madu Lebah Dan Air Suam Setiap Kali Bangun Tidur_Badli Syah

MASKULIN  : DIET ANDA? 

Pengamalan diet dan nutrisi seimbang harus diamalkan setiap hari meski terdapat sehari dalam seminggu yang dikategorikan sebagai ‘cheat day’. Mengikuti amalan saya, saya akan bangun tidur setiap pagi dan memastikan saya mengambil satu gelas air kosong untuk mengekalkan transisi dalam badan. Selepas itu, saya akan mengambil madu lebah dan propolis untuk meningkatkan kadar metabolisme dalam badan dan juga bertindak sebagai anti-virus.  Pada jam 11 pagi, saya akan memakan dua biji buah epal sama ada hijau atau merah. Ketika makan tengah hari pada jam 1 petang, saya akan mengambil protein seperti dada ayam atau ikan yang direbus bersama air kosong. Saya sentiasa memastikan air yang saya minum adalah air mineral kerana kebaikan mineral semula jadi yang terkandung di dalam air tersebut. Pada jam 4 petang, saya akan mengambil lagi dua biji buah epal bersama dengan teh hijau tanpa gula.

Amal Madu Lebah Dan Air Suam Setiap Kali Bangun Tidur_Badli Syah

IKLAN

MASKULIN  : HARAPAN? 

Saya ingin memberi motivasi kepada semua individu yang ingin berubah dan memberi kesedaran tentang kepentingan kecergasan ini. Memenuhi impian setiap individu lain adalah impian saya pada masa akan datang untuk terus kekal di dalam bidang kecergasan ini. Selain itu juga, saya berhasrat untuk mempunyai sebuah gimnasium atau akademi kecergasan sendiri dan melatih mereka sehingga berjaya. Di situ nanti mungkin saya boleh lakukan lebih banyak kajian tentang kesihatan dan teknik serta skil kecergasan yang baru.

 

GAMBAR : BADLISYAH_BS

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI