Tanyalah siapa pun, pasti meraka akan gerun dengan perkataan ‘serangan strok’. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja, di mana sahaja dan tak kira masa.
Malah ia juga boleh meragut nyawa mangsanya dalam sekelip mata sahaja.
Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan kurangnya bersenam dikalangan rakyat negara ini adalah faktor utama kepada masalah kegemukan atau obesiti yang menjurus kepada bahaya serangan jantung dan strok. Ditambah pula dengan ketagihan rokok yang tinggi.Justeru itu, di sini disenaraikan kaedah atau cara bagi mengurangkan kolesterol dalam darah seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
LANGKAH MENGURANGKAN KOLESTEROL
KAWAL STRESS ANDA
Sedar atau tidak, apabila kita stress atau marah, aliran darah kita akan pergi lebih laju ke kepala. Ini disebabkan jantung kita menjadi aktif secara mengejut. Dalam waktu yang sama, kolestrol jahat akan mainkan peranannya dengan mengganggu aliran darah. Ianya boleh menyebabkan risiko serangan strok atau serangan jantung. Oleh itu, kawal kemarahan dan stress anda.
AKTIFKAN DIRI ANDA
Tentukan setiap hari anda boleh mengaktifkan diri anda samada bersenam atau apa jua pergerakan dalam lingkungan 30 minit. Bila anda aktif, ia bukan sahaja memperbaiki tahap kolestrol tetapi membantu menurunkan berat badan anda. Aktifkan diri anda mengikut kemampuan anda. Sekurang-kurangnya berjalan, berbasikal, naik turun tangga, naik turun kawasan berbukit atau berenang.
KAWAL BERAT BADAN ANDA
Untuk pengetahuan anda, setiap gram atau kilo penambahan berat badan anda, bermakna tahap kolestrol akan turut meningkat. Manakala pengurangan berat badan sebanyak 5 ke 10% mampu mengawal kolestrol. Anda hanya perlukan lakukan senaman dan mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Kekalkan berat badan yang ideal dan sentiasa mengambil berat tentang BMI anda.
AWASI KANDUNGAN LEMAK DALAM BADAN
Yang ni memang agak susah untuk dilaksanakan. Anda perlu mengubah diet anda dengan menghadkan pengambilan lemak tepu (saturated fat) kurang dari 7% dalam seluruh peratusan kalori harian. Elakkan juga mengambil lemak trans yang menyumbang pembentukan kolestrol jahat.
UBAH CARA ANDA MEMASAK
Cara anda menyediakan makanan dan memasak juga memainkan peranan yang sangat penting dalam bab mengawal kolestrol. Tinggalkan cara menggoreng dan menggunakan cara lain seperti merebus dan memanggang atau stim. Teknik ini mengurangkan penggunaan minyak. Pastikan juga makanan anda tidak terlebih masak (over cook) kerana ia boleh membunuh nutrien dalam bahan masakan anda.
AMALKAN DIET SEIMBANG
Seimbangkan pengambilan karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan serat dalam diet seharian anda untuk kesan optimum kesihatan yang lebih baik. Diet rendah atau tinggi karbohidrat juga mempengaruhi kolestrol LDL yang berbeza. Kawal penggunaan garam, gula dan lemak. Jika terlalu sedap, anda tidak mampu untuk mengamalkan diet seimbang.
KAWAL PENGAMBILAN PROTEIN
Umum mengetahui bahawa protein diperlukan sebanyak 10 – 30% dalam diet harian. Ia boleh didapati melalui dua sumber iaitu haiwan dan tumbuhan. Jika protein terlalu tinggi ia menyumbang kepada pembentukan kolestrol yang tinggi. Ini kerana sumber protein dari haiwan mengandungi lemak tepu dan lemak trans yang tinggi. Manakala sumber protein dari tumbuhan kebanyakannya tiada lemak. Oleh itu anda harus bijak memilih protein dalam diet harian anda.
JANGAN ABAIKAN ASID LEMAK
Minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, DHA dan EPA tidak mempengaruhi kolestrol LDL. Sebaliknya ia memberi manfaat kepada jantung anda, meningkatkan kolestrol HDL dan menurunkan trigliserida. Ianya datang dari sumber ikan seperti salmon, tuna, sardin dan kekacang seperti badam, biji rami dan walnut.
MENAMBAHKAN DIET SERAT
Serat terbahagi kepada dua iaitu serat larut air dan serat tidak larut air yang mana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan manfaat tersendiri. Walau bagaimanapun serat larut air lebih membantu dalam menurunkan kadar kolestrol LDL. Sumber terbaik adalah dari buah-buahan, sayuran, oat dan kekacang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI