Gaya Hidup

Amal 4 Jenis Pelukan Ini Dengan Pasangan, Pasti Hidup Lebih Bahagia!

Share

Semasa mula-mula kahwin, tak suruh pun anda akan peluk isteri. Pantang ada peluang pasti isteri tersayang dipeluk erat sebagai tanda kasih dan sayang.

Namun mungkin dengan peredaran masa dan kesibukan masing-masing menjalani rutin harian sama yang cukup padat dengan pelbagai aktiviti, anda mungkin semakin renggang dengan isteri.

Renggang di sini bukan bermaksud dari segi emosi tetapi lebih kepada sentuhan fizikal. Ramai pasangan tak sedar bahawa sentuhan fizikal amat penting dalam hubungan.

Apa jua asalan seperti sibuk, letih dan kekangan masa bukan alasan untuk anda tak beri perhatian dan sokongan emosi kepada pasangan. Dan cara paling mudah untuk lakukannya ialah dengan pelukan.

Tahukah anda bahawa pelukan merembeskan ‘hormon pelukan; yang dikenali sebagai Oxytocin. Bila kadar hormon ini tinggi, mood akan lebih stabil, hati rasa lebih lapang, bibir pun tersenyum-senyum dan menaikkan seri wajah.

Satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri.

Apa kata anda amalkan 4 teknik pelukan ini untuk hiduplebih bahagia bersama pasangan.

1. PELUK KETIKA BANGUN

Pagi adalah permulaan bagi hari yang baharu. Jadi bila bangun tidur tu, apa kata anda peluk dahulu pasangan atau pergi ke bilik anak-anak untuk memberikan pelukan. Macam apa yang kita tengok dalam filem tu kan? Dengan cara ini, aura positif sudah berada di sekeliling sebelum anda memulakan hari yang panjang.

2. PELUK KETIKA BERANGKAT KERJA

Salah satu amalan yang perlu diterapkan adalah bersalaman dan juga memeluk pasangan sebelum berangkat ke tempat kerja. Pasangan pun rasa bersemangat nak bekerja kan? Bukan itu sahaja, sebelum anak-anak berangkat ke sekolah pun, ibubapa disarankan untuk memberi pelukan kepada mereka supaya sentiasa bersemangat.

BACA: Baru Lepas Bergaduh? Apa Kata Pujuk Isteri Dengan 7 Cara Ini!

3. PELUK KETIKA BALIK KERJA

Setelah penat seharian bekerja, antara apa yang diperlukan oleh pasangan kita adalah pelukan dan masa bersama keluarga. Jangan lah bila pasangan balik dari kerja tu, anda mula membebel. Makin bertambah penat dibuatnya dan mulalah masalah dalam hubungan berlaku.

4. PELUK SEBELUM TIDUR

Sebagai mengakhiri hari, pelukan sebelum tidur amat penting untuk memastikan hubungan antara suami isteri berada dalam keadaan yang stabil. Dengan pelukan sebegini, barulah pasangan masing-masing tahu bahawa mereka menyayangi antara satu sama lain walaupun usia perkahwinan sudah lama.

Published by
Farizul Izwany