Bagi kebanyakan lelaki topik seperti ini cukup janggal untuk dibincangkan secara terbuka. Malah, ramai lelaki yang berdepan masalah mengekalkan prestasi ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan tidak mendapatkan nasihat dari pakar.
Selain masalah penyakit amalan gaya hidup seperti pemakanan dan juga kecergasan memainkan peranan yang sangat penting. Lumrah alam semakin meningkat usia semakin terjejaslah prestasi anda. Namun ia tidak bermakna ia tidak boleh dikekalkan dan dipertingkatkan.
Salah satu cara terbaik untuk mengekalkan prestasi kelelakian anda ialah dengan melakukan senaman.
Tapi apakah jenis senaman yang boleh anda lakukan?
Berikut MASKULIN kongsikan 10 jenis senaman dan latihan yang mampu membantu stamina dan prestasi kelelakian anda pulih seperti biasa atau seperti zaman anda muda-muda dahulu!
Latihan Kegel
Ini jenis senaman biasa yang kita dengar. Latihan ini membantu menguatkan otot dasar pelvis di mana ia merupakan otot terlibat dalam kualiti ereksi dan ejakulasi. Latihan Kegel melibatkan mengencangkan dan mengendurkan otot-otot tersebut secara berulang-ulang.
Senaman Kardiovaskular
Melakukan senaman kardiovaskular seperti berlari, berenang, atau bersepeda membantu meningkatkan sirkulasi darah ke seluruh tubuh termasuk organ seksual. Keadaan kardiovaskular yang baik dapat membantu meningkatkan daya tahan seksual.
Ads
Latihan Beban
Latihan beban atau latihan kekuatan membantu meningkatkan kadar hormon testosteron dan memperbaiki kekuatan otot. Latihan-latihan seperti angkat berat, latihan kekuatan tubuh seperti push-up dan sit-up, atau latihan beban badan seperti squats atau deadlifts adalah contoh latihan beban yang dapat dilakukan.
Yoga dapat membantu meningkatkan fleksibilitas, kekuatan inti, dan keseimbangan. Latihan yoga seperti pose anulom vilom (napas alternatif), pose sarvangasana (pose lilin), dan pose bhujangasana (pose ular) dapat memberikan manfaat dalam meningkatkan kualiti seksual lelaki.
Latihan Pernafasan
Latihan pernapasan seperti pernapasan perut dalam (deep belly breathing) atau pernapasan yoga (pranayama) dapat membantu mengurangi stres dan meningkatkan kontrol dan kesedaran terhadap sensasi seksual.
Pilates
Latihan Pilates menguatkan otot teras badan, meningkatkan keseimbangan dan fleksibiliti. Kelebihan ini dapat membantu meningkatkan keupayaan seksual.
Latihan senaman pinggul seperti bridge pose atau latihan gerakan pinggul dapat membantu meningkatkan kekuatan otot panggul, yang berkaitan dengan kekuatan dan keupayaan orgasme.
Senaman Perut
Menguatkan otot perut membantu meningkatkan kekuatan inti dan kawalan semasa aktiviti seksual. Latihan seperti crunches atau plank dapat membantu meningkatkan otot perut.
Senaman Regangan
Meningkatkan regangan tubuh dapat membantu meningkatkan kualiti hubungan seksual. Senaman seperti senaman regangan, yoga, atau tai chi dapat membantu meningkatkan fleksibiliti.
Ads
Senaman Relaksasi
Senaman seperti meditasi atau tai chi membantu mengurangkan stres dan meningkatkan kesedaran dan keupayaan fokus. Ini boleh membantu meningkatkan pengalaman seksual dan kualiti hubungan seksual.
Walau bagaimana pun sangat penting untuk anda ingat bahawa dengan senaman sahaja tidak mencukupi. Menjaga diet yang sihat, tidur yang mencukupi dan mengelakkan penggunaan dadah atau alkohol juga sangat penting.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda.
Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN untuk seleksi video seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki pasti mengimpikan badan sasa serta perut 6 pack seperti ahli sukan yang ada. Tetapi untuk lelaki dapatkan six pack abs yang sempurna memang agak sukar.
Tiada masalah, di sini ada 7 step workout yang boleh anda lakukan untuk dapatkan perut idaman anda serta mampu menguatkan lagi otot abdomen anda dalam tempoh 60 hari.
1: High Knee Taps
Bengkokkan kaki sehingga 90 darjah dan pastikan telapak tangan menghadap ke bawah. Lakukan senaman ini seperti anda sedang berkawad, untuk tambahan momentum lompat sedikit dan pastikan ia terkawal.
#2: Russian Twist
Lakukan pergerakan badan ke kiri dan kanan secara selama 30 saat. Cuba lakukan pergerakan perlahan mengikuti rentak kiraan anda. Senaman ini sangat bagus untuk bahagian atas abs dan obliques
#3: Leg Raises
Angkat kaki 90 darjah dan letakkan kaki anda ke bawah. Pastikan kaki tidak cecah lantai (lebih kurang 6 inci ke lantai) serta tergantung sedikit. Senaman ini bagus untuk menguatkan otot abdomen (Bahagian bawah).
#4: Flutter Kick
Lakukan seperti aksi menendang. Kaki kiri ke atas dan kaki kiri ke bawah sambil anda baring. Teknik ini juga bagus untuk menguatkan otot dan membakar lemak di bahagian perut. Lakukan senaman ini dalam masa 40 saat.
#5: Plank Knees To Elbow
Pastikan anda di posisi seperti plank dan angkat kaki anda ke kiri dan ke kanan. Pastikan lutut anda bertemu siku. Lakukan pergerakan ini dengan perlahan. Anda akan rasa ia menarik urat serta perut anda. Lakukan dengan kadar perlahan untuk rasakan lebih terbakar.
#6: Seated In And Out
Untuk kedudukan ini, pastikan anda duduk betul-betul di atas punggung, bahu serta tangan di lantai dan bawa kaki anda ke dada dan lurukan ia kembali. Lakukan beberapa kali selama 30 saat. Jangan putus harapan, terus lakukan senaman ini sehingga habis.
#7: Jumping Jack
Untuk step yang terakhir, pastikan anda berdiri tegak serta lompat, buka kaki dan tangan seperti bintang. Jangan berhenti, lakukan lompatan ini sebanyak 50 lompatan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ya, itulah dilema kebanyakan lelaki. Majoritinya memang pernah memiliki tubuh badan yang kadar BMI berada di peringkat normal.
Namun seiring dengan peredaran masa, peningkatan usia, faktor tak bersenam dan tak menjaga makan maka perut anda pun turut maju bersama.
Kalau buka almari pun pasti ada pakaian terutamanya seluar yang bersaiz lebih kecil daripada sekarang. Anda tak teringin untuk kembali kepada bentuk badan seperti dulu. Masih belum terlambat untuk anda berubah!
Ikuti cara berikut untuk atas masalah perut buncit dengan segera.
Minum Air Lemon Panas Setiap Pagi
Antara kebaikan air lemon ialah ia membersihkan sistem pencernaan, bantu membakar kalori di perut dan meningkat metabolisme tubuh.
Minum Banyak Air Putih
kali teringat nak mengunyah makanan ringan, ingat air putih. Gantikan keinginan dengan meminum air putih. Air putih yang tidak mempunyai kalori sangat baik untuk membantu membakar kalori dalam tubuh.
Jauhi Atau Kurangkan Garam
Terlalu banyak garam menyebabkan ia mengikat air dalam tubuh sehingga mengakibatkan berat badan bertambah dan akibatnya-perut buncit. Ini disebabkan lemak-lemak makanan masin yang berkumpul pada bahagian perut.
Senaman Secara Rutin
Ramai yang buat sit up tapi perut yang buncit tidak dapat dikempiskan juga kan? Sebab apa? Sebab jika perut buncit biasanya badan juga agak gemuk kan, jadi seharusnya anda menurunkan berat badan terlebih dahulu. Apabila berat badan menurun, secara automatik perut juga akan mengecil. Selepas berat badan sudah mulai turun, barulah korang boleh melakukan senaman untuk mengecilkan perut buncit.
Salah satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula. Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon, iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.
Lupakan Susu Atau Produk Berasaskan Susu
Susu memang sihat. Itu memang tidak dinafikan. Namun, fakta yang tidak boleh disangkal ialah susu juga mempunyai banyak lemak. Makanan berasaskan susu seperti keju dan yogourt juga perlu dielak.
Apalagi yang anda tunggu? Sekarang MASKULIN dah kongsi petua. Sekarang, hanya tinggal sejauh mana anda konsisten dalam mengamalkan pemakanan sihat seperti di atas agar tidak lagi diperli rakan-rakan akibat perut yang buncit.
All the best!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kesibukan dalam melakukan kerja mungkin menjadi salah satu punca kamu menahan kencingkan?
Tak elok sebenarnya tau menahan kencing ni, apatah lagi jika ia dalam tempoh yang lama, kerana ia mampu memberi kesan buruk pada kesihatan.
Pembuangan air kecil (kencing) adalah salah satu proses yang menunjukkan sistem penghadaman kita bekerja secara normal. Sisa-sisa penghadaman yang sudah selesai dibersihkan oleh tubuh akan keluar melalui air kencing. Jika kita kerap menahan kencing, ia akan menjejaskan proses pembuangan kekotoran akan meningkatkan risiko penyakit yang berkaitan dengan saluran pembuangan air kecil.
PUNCA PENYAKIT BATU KARANG?
Untuk pengetahuan umum, Batu Karang berpunca daripada kekurangan air dalam tubuh dan bukanlah kerana selalu menahan kencing. Ia akan menyebabkan batu-batu halus terbentuk dalam saluran air kencing (dari sekitar buah pinggang hingga ke bahagian pundi) dan amat menyakitkan. Dalam keadaan lain, sejarah keluarga serta pengambilan makanan seperti daging, organ dalaman haiwan, garam, kacang, bayam, coklat, keledek, supplemen kalsium dan supplemen vitamin C berlebihan juga boleh menjadi faktor Batu Karang.
TABIAT MENAHAN KENCING
Menahan kecing sekali-sekala tidak mengapa, tetapi jika boleh sila elakan. Ini kerana, ia mampu memberi efek jangka masa panjang termasuklah jangkitan kuman pada pundi dan buah pinggang.
Tonton Video Penerangan Jika Seseorang Sering Menahan Kencing Terlalu Lama
Menahan kencing juga akan membuatkan otot pundi lemah dan apabila ia sudah ditahan terlalu lama, air kencing itu akan kekal berada di dalam perut membuatkan seseorang tidak lawas kencing dan sukar membuang air kecil (urinary retention) lalu menjadikan perut tidak selesa.
RISIKO SUKAR MENGAWAL KENCING BILA SEMAKIN BERUMUR
Dalam keadaan jika semasa muda seseorang itu suka menahan kecing, apabila tua kelak individu itu akan mudah terkencing ketika batuk, bersin, melompat dan ketika melakukan pelbagai aktiviti harian yang lain.
PUNDI KENCING BOLEH MELETUP
Dalam sebuah kes yang pernah terjadi kepada seorang tokoh astronomi ternama abad ke-16 bernama Tycho Brahe. Beliau maut selepas menahan kencing terlalu lama.
Menurut cerita saksi, pada mulanya Tycho cuba menahan kencing ketika sedang berlangsungnya majlis makan malam kerana takut melanggar etika majlis formal jika beliau ke tandas. Sebaik tiba di rumahnya, beliau cuba membuang air tetapi tidak boleh. Beberapa jam selepas itu, dia mati dan pundi kencingnya disahkan sudah meletup.
JANGKITAN KUMAN PUNCA KEROSAKAN FUNGSI PUNDI & BUAH PINGGANG
Tabiat menahan kencing akan meningkatkan risiko tubuh untuk terdedah dengan kuman yang bakal menyerang pundi serta fungsi buah pinggang dipanggil UTI (Urinary Tract Infection).
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.