Walaupun sudah tiga tahun berlalu, Awal Ashaari akui, sehingga kini dia masih terkesan dengan kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya sewaktu memandu di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Rawat & Rehat (R&R) Ayer Keroh arah selatan.
;;;
“Sejak kejadian tersebut, saya berjanji kepada diri sendiri untuk tidak mensia-siakan peluang kedua yang telah Allah berikan ini.
“Insiden itu juga telah menukar persepsi dan merubah diri saya buat selama-selamanya,” kata Awal memetik perkongsiannya yang disertakan klip video di akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi pada 29 Mac 2015 itu, Awal hanya mengalami cedera ringan di bibir.
Pada masa itu, Awal dan rakannya, Izuan Mokhtar dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka bagi mengacarakan rancangan Melodi sempena Karnival Jom Heboh.