Honda Malaysia telah secara rasmi membuka tempahan untuk SUV yang dinantikan banyak pihak, 6th Generation All-New Comfortable Runabout Vehicle (CR-V) di semua 101 wakil jualan di seluruh negara. Syarikat ini bersedia untuk mengakhiri tahun 2023 dengan jayanya dengan pelancaran CR-V Baharu yang dijadualkan pada Disember 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, “CR-V mempunyai sejarah 20 tahun sebagai model Completely Knocked-Down (CKD) yang dikeluarkan dari kilang pengeluaran kami di Melaka pada tahun 2003. Dengan warisan yang mendahului capaian ini, SUV unggulan kami telah memberikan impak besar kepada industri automotif di Malaysia, menawan hati generasi pemiliknya.
“Sehingga kini, CR-V telah terjual lebih dari 129,000 unit, meneguhkan kedudukannya sebagai salah satu penyumbang tertinggi kepada sejarah jualan Honda Malaysia. Dengan pelancaran yang akan datang bagi CR-V Baharu, kami menjangkakan keberlanjutan dominasinya dalam segmen SUV Bukan Kebangsaan.”
All-New CR-V ini menampilkan konsep baharu dan moden yang menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah SUV yang elegan dan mempunyai reka bentuk yang canggih. Varian e:HEV RS menampilkan sentuhan premium yang lebih tinggi dengan reka bentuk yang ketara di bahagian hadapan, mempunyai Front Grille dengan Corak Mesh yang berani, Lampu Depan dan Belakang LED Penuh, Lampu Kabut Depan LED, dan Lampu Isyarat Pusing Sequential LED Depan. CR-V Baharu e:HEV RS juga dilengkapi dengan pemegang pintu yang licin dan Berlina Black 18-inch Alloy Wheels yang menyerlahkan lagi penampilan moden dan bergaya model ini.
Seiring dengan reka bentuk luaran yang berfungsi pada varian All-New CR-V e:HEV RS adalah Active Shutter Grille, yang merupakan yang pertama dalam model ini, yang meningkatkan aerodinamik dan kecekapan bahan api. Dipasang pada bahagian bumper hadapan bawah, ia secara bijak mengawal aliran udara penyejukan dengan membuka dan menutup tirai secara automatik berdasarkan kelajuan kereta, suhu enjin, dan keperluan penyejukan.
Ads
6th Generation All-New CR-V dilengkapi dengan teknologi terkini yang memberikan keselesaan tahap seterusnya, meningkatkan kegembiraan memiliki sebuah Honda. Ciri inovatif baru adalah Hands-Free Power Tailgate dengan Walkaway Close untuk akses mudah ke bonet, dengan penutupan automatik apabila anda berjalan menjauh. Sistem Kamera Multi-View yang menyediakan pemandu dengan pandangan 360 darjah sekeliling mereka juga ditawarkan dalam CR-V Baharu untuk meningkatkan kesedaran dan ketelitian pemandu.
Ads
Menetapkan tahap keselamatan yang tinggi dalam segmen SUV, All-New CR-V dilengkapi dengan sistem Honda SENSING yang ditingkatkan dengan Wide-Angle Radar dan Kamera serta Sensor Sonar untuk Low Speed Braking Control
Sementara itu, teknologi bantuan pemandu kini mempunyai keseluruhan sembilan fungsi keselamatan Honda SENSING dengan penambahan Adaptive Driving Beam, eksklusif untuk e:HEV RS, pengenalan pertamanya dalam model Honda oleh Syarikat. Fungsi ini meningkatkan ketelitian pemandu dan mengurangkan silau untuk kenderaan di hadapan dan yang akan datang. Diperbaiki dengan penjejakan garis dan bantuan stereng yang lebih baik, Sistem Lane Keep Assist (LKAS) dalam CR-V Baharu membolehkan pemanduan yang lebih senang di jalan raya terbuka dan lebuh raya.
Ads
Honda Malaysia akan mengatur pratonton eksklusif di pengedar Honda terpilih untuk pelanggan merasai pengalaman CR-V serba baharu sebelum pelancarannya.
Pelanggan yang ingin membuat tempahan untuk All-New CR-V boleh sama ada melayari prebook.honda.com.my, memuat turun aplikasi HondaTouch pada telefon pintar mereka atau melawat mana-mana daripada 101 pengedar sah Honda di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi nombor Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kini anda tidak perlu lagi nak menurunkan sedikit tingkap untuk kurangkan bahang dalam kereta jika anda parking kenderaan di tempat terbuka atau kawasan yang tidak berbumbung.
Maklum sahaja apabila parking kenderaan di tempat-tempat sebegini, kenderaan anda akan rasa panas dan berwap. Masuk sahaja ke dalam kereta terasa bahang sehingga anda ingin memegang stereng pun tak boleh.
Terpaksalah anda buka tingkap seluas-luasnya agar udara boleh masuk. Tak pun anda terpaksa membuka aircond sebesar-besarnya untuk menyejukkan kenderaan sebelum anda boleh memegang stereng dan memulakan pemanduan.
Jangan risau kerana selepas ini, anda tidak perlu melakukan langkah-langkah itu lagi kerana dengan hanya membuka dan menutup ‘flap aircond’ sahaja, anda boleh kurangkan rasa bahang dalam kereta anda.
Caranya juga cukup mudah tanpa anda perlu mengeluarkan modal yang besar.
Dengan membuka dan menutup ‘flap aircond’ , anda boleh kurangkan rasa bahang dalam keretasekali gus menyejukkan kenderaan anda.
Cara mudah untuk mengurangkan bahang dalam kereta ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna twitter bernama Dabooradzi.
Hanya bijak menggunakan ‘flap aircond’ sahaja, anda boleh mengurangkan bahang dalam kereta sekali gus mengelakkan kenderaan anda berwap-wap.
Mudah bukan? Jadi tidak ada lagi masalah kereta berbahang selepas ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Menurut beliau, ‘Flap Aircond’ sebenarnya boleh digunakan untuk kurangkan bahang dalam kereta.
“Rasa nak mengamuk wo masuk kereta panas gini,” ujarnya.
Flap air-cond hendaklah ditutup sewaktu memandu bagi mengurangkan bahang dan mengekalkan rasa sejuk
Ketika anda parking kenderaan, pastikan Flap air-cond ini dibuka untuk kurangkan bahang masuk ke dalam kenderaan
Sekurang-kurangnya cara ini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah kepanasan dan rimas dalam kereta.
Pengeluar topi keledar, HJC mendedahkan grafik baru bertemakan Star Wars. Tema pertama X-Wing ditawarkan pada helmet ‘open face’ FG-70S. Kemudian ia dipadankan dengan visor berwarna oren.
HJC FG-70S diperbuat daripada kevlar terkini dan komposit matriks gentian kaca. Helmet itu juga dipadankan dengan rekaan pelapik Silvercool anti bakteria yang dapat mengurangkan kelembapan pada bahagian dalam.
Pelapik berkenaan boleh ditanggalkan dan dibasuh. Manakala pad pipi boleh digunakan pada semua saiz helmet. Harga model tersebut ialah £249.99 (RM 1,418.20).
Manakala tema kedua menggunakan skim semburan cat Kylo Ren pada topi keledar RPHA 11. Tema ini lebih merujuk kepada kuasa-kuasa sisi gelap dalam Star Wars. Helmet RPHA 11 menggunakan bahan-bahan gentian karbon, aramid dan gentian karbon-kaca hibrid yang menyumbang kepada berat lebih ringan.
Helmet berkenaan didatangkan dengan pilihan visor berwarna jernih atau gelap sebagai standard. Harga helmet tersebut lebih mahal iaitu £579.99 (RM3,290.29).
Selain tema Star Wars, HJC turut menawarkan topi keledar inspirasi filem dari produksi Marvel antaranya Spider-Man, Venom dan Ironman.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Komponen motosikal yang paling adalah absorber atau dikenali sebagai Penyerap Hentak. Ia menyumbang kepada kestabilan motor terutama ketika melalui permukaan jalan beralaun atau tidak rata serta ketika mahu memotong.
Kebiasaannya usia absorber mampu bertahan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Namun segalanya bergantung kepada cara anda menggunakan motosikal serta kekerapan penyelenggaraan dijalankan.
Jika menggunakan absorber yang masih elok, ia menjamin perjalanan anda dalam keadaan selamat. Ia juga untuk mengelakkan kemalangan boleh terjadi disebabkan kesilapan anda sendiri yang lupa untuk melakukan pemeriksaan ke atas motosikal
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh buat sendiri di rumah untuk periksa keadaan absorber sama ada masih elok atau lebih baik tukar baharu.
1. Perhatikan gerakan damperTekan hendal motosikal ke bawah & perhatikan gerakan damper. Jika bahagian spring melantun dengan cepat, itu menunjukkan absorber anda sudah rosak.
2. Absorber yang naik sepatutnya menganjal dengan perlahan
Ini menunjukkan nisbah dalam damper absorber masih dalam keadaan baik dan tiada simptom kebocoran.
3. Perhatikan Pengedap (Seal) Absorber depan
Jika terdapat lelehan atau tompokan minyak, seal itu harus diganti dengan segera.
4. Cuba tunggang motosikal melalui jalan berlubang atau tidak rata
Jika anda rasa lantunan yang melampau, disarankan untuk menukar absorber. Semakin banyak lantunan, semakin besar kerosakan komponen tersebut.
Harus diingatkan, jika anda menunggang dengan absorber yang sudah rosak, ia boleh memberi kesan pada jentera motor serta menyakitkan badan terutama di bahagian belakang badan serta pinggang.
Ingat, badan nak pakai lama!
Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.