Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini memohon maaf dan meminta agar video teaser lagu hari raya yang telah menjadi viral dihapuskan oleh mereka yang memiliki akses kepadanya.
Dalam sebuah catatan Instagram yang telah mendapat sambutan lebih 8,000 suka, Aliff mengungkapkan permintaan maafnya dan meminta agar isu tersebut tidak diperbesarkan lagi.
“Maafkan saya… mohon yang ada video yang korang tak senang tu, delete lah. Tak payah dipanjang-panjangkan. Maaf ya sahabat-sahabat semua,” demikian tulis Aliff.
Akan tetapi, reaksi netizen terhadap permintaan maaf ini bercampur aduk. Dalam perkembangan terbaru, media melaporkan bahawa telefon bimbit dan kad sim Aliff, yang diduga digunakan untuk mengunggah video tersebut, telah disita oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, memberitahu bahawa peralatan tersebut sedang diperiksa oleh Unit Forensik sebagai bagian dari penyelidikan lebih lanjut.
“Saya difahamkan selepas beliau dipanggil dirakam percakapan di Ibu Pejabat MCMC tempoh hari, telefon bimbit dan kad sim beliau disita dan dihantar ke forensik untuk siasatan lanjut. Setakat ini, saya belum menerima sebarang maklumat terperinci,” ujar Fahmi dalam sebuah sidang media.
Ads
Meskipun video tersebut dikatakan telah dihapus, Fahmi meminta MCMC untuk terus menyelidiki masalah ini. Kontroversi ini bermula ketika Aliff memuat naik klip video lagu hari raya bertajuk ‘Love Raya’, yang langsung mendapat kecaman dari netizen.
Bahkan ibu Aliff, Rozita Ibrahim, juga menyatakan rasa malu dan kecewa terhadap perilaku anaknya.
Ads
Kisah ini menjadi bukti bagaimana sebuah video dapat memicu reaksi luas dan menyeret nama seorang usahawan terkenal ke dalam sorotan publik, sekaligus mengingatkan tentang pentingnya mempertimbangkan isi konten yang diunggah ke media sosial.
Sumber: Media Hiburan & Sinar Harian
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sesiapa sahaja yang menyertai senaman aerobik atau pergi ke gimnasium sebagai satu jadual harian pasti pergi dengan tujuan untuk mendapatkan tubuh badan yang menawan dan sihat. Umum ketahui, bersenam dapat memberi banyak kelebihan kepada tubuh badan anda secara keseluruhan tetapi senaman juga dapat menjadikan anda lebih cantik.
Muka Bersinar
Lupakan semua bedak asas, krim muka atau alat solek. Utamakan dahulu senaman seperti berjalan atau berlari untuk menyuburkan sel-sel kulit anda. Apabila anda bersenam dan kadar degupan jantung meningkat, ianya dapat membantu meningkatkan aliran darah. Aliran darah kemudiannya membawa oksigen dan nutrisi untuk memastikan sel-sel di seluruh badan anda berfungsi termasuk kulit anda. Jadi untuk mencapai kulit muka yang bersinar dan muda anda perlu pastikan kadar degupan jantung anda dan aliran darah anda lancar.
Menjadikan Anda Muda
Bersenam selama 30 minit dapat membantu mengekalkan hormon yang berkaitan dengan tekanan di tahap yang sihat. Pakar ada mengatakan bahawa dengan melakukan senaman dapat menyokong pertumbuhan kologen yang di mana dapat memastikan kulit anda kekal tegang dan lembut. Terdapat kajian menunjukkan lelaki yang bersenam secara purata selama 45 minit dalam tempoh 3 hari menunjukkan kurang tanda-tanda penuaan berbanding lelaki yang tidak aktif.
Merawat Jerawat
Selain aliran darah yang lancar, bersenam juga dapat menyegarkan kulit anda dan memastikan oksigen mengalir dengan lancar dalam tubuh anda. Ini dapat membantu menyingkirkan toksin keluar daripada badan. Tambahan, berpeluh juga dapat membersih pori-pori kulit yang tersumbat. Jika boleh, elakkan bersenam dengan muka yang penuh dengan bahan solekkan.
Rambut Yang Sihat
Perkara terakhir yang anda harapkan berlaku apabila anda pergi ke gimnasium adalah memiliki rambut yang lebih sihat. Kitaran dan aliran darah yang baik hasil daripada bersenam membantu rambut anda lebih sihat dan kuat. Senaman juga dapat mengurangkan tahap tekanan anda. Jika tahap tekanan anda tinggi, ia akan mengakibatkan rambut anda rapuh, lebih teruk lagi, gugur. Cuba anda luangkan masa anda selama 30 minit untuk lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk melihat rambut dan kulit anda kembali sihat.\
Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
Mempunyai masalah lingkaran gelap bawah mata? Anda tidak keseorangan. Kerana ramai di antara anda yang mempunyai masalah untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Dengan bersenam, ia akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika anda bersenam di waktu petang, ia dapat membantu anda untuk tidur dengan lebih lena dan lebih cepat membawa anda ke alam mimpi yang indah. Semasa tidur anda yang lena, tubuh anda akan merangsang pertumbuhan hormon yang membantu dalam membaiki dan membina semula tisu-tisu badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tak sabar nak tengok The Avengers Infinity War Khamis ni? Anda pasti mengenali Chris Pratt yang sudah menakluki Guardian Of The Galaxy. Baru-baru ini beliau telah merakam diri beliau bersenam di sebuah gym. Banyak kaedah senaman yang ditunjukkan antaranya CrossFit, Wrestling, dan Jiu Jitsu. Anda pasti tidak kering gusi apabila melihat aksi Pratt dengan lagaknya di atas treadmill.
A post shared by chris pratt (@prattprattpratt) on
Beliau ada mengatakan dalam laman Instagram beliau bahawa ini merupakan senaman persediaan beliau untuk filem Guardian Of The Galaxy dan The Avengers Infinity War. Dalam caption beliau juga, latihan beliau terdiri daripada beberapa bahagian yang berbeza. Beliau bergurau dengan berkata,senaman dimulakan dengan Hyper-mini-sprints diselarikan dengan hayunan tangan yang pantas membuatkan peluh menitik-nitik dengan banyak. Diikuti dengan jalan secara perlahan dengan penuh macho, dan diakhiri dengan sebuah tarian tangan dengan penuh gaya. Jika anda lakukan senaman ini di atas treadmill semalam 20 saat, anda sudah berjaya membakar lemak sebanyak dua ratus ribu minimun. Guraunya.
Mendapat juataan penonton yang melihat video laman Instagram itu, Dwayne Johnson tidak melepaskan peluang untuk membalas di ruang komen dengan berkata:
“Awaklah raja fitness yang saya kagumi”
Disamping umum mengetahui The Rock merupakan Maharaja apabila dikaitkan dengan fitness.
Apa yang lebih menarik lagi, Pratt dengan rasa bangganya menjawab,
“Awak juga boleh menjadi seperti saya, perjalanan awak masih jauh”
Ketepikan jenaka antara The Rock dan Star-Lord, senaman yang dilakukan oleh Chris Pratt wajar diikuti oleh mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan atau mencantikkan betuk badan. Senaman ini dinamakan Interval Training. Ia bersifat tempo yang boleh membakar lemak secara efektif. Dalam pada masa yang sama, ia boleh menaikkan metabolisme untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia fitness. Tak adalah anda bosan dengan rutin anda di treadmill setiap hari.
Anda boleh mencuba jenis senaman ini ketika di gym dengan hanya selang-seli kan dengan rutin senaman biasa dan treadmill. Anda hanya memerlukan 15 minit saja untuk senaman jenis ini.
Panaskan badan
Jogging selama dua minit
Bersenam (HITT/Tabata/ atau apa-apa yang sesuai)
Lari secara pantas selama 30 saat
Berjalan atau jogging selama 60 saat
Ulang rutin ini sebanyak 8 rap.
Sebaik sahaja anda terbiasa dengan latihan Interval, gandakan rutin ini sebanyak 10 atau 12 rap dalam satu sesi. Jika anda sudah pro seperti Pratt, jangan lupa untuk akhiri senaman anda dengan tarian kemenangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Agak mengecewakan apabila tersebar di laman media sosial video serta foto segelintir masyarakat yang mengambil remeh arahan kerajaan untuk duduk di rumah dan jangan keluar tanpa sebarang sebab penting.
Perkara ini bukan sahaja berlaku di kawasan bandar malah di kawasan kampung-kampung juga. Ia hanyalah minoriti tetapi tahukah mereka bahawa impaknya yang cukup besar jika Coronavirus terus merebak?
Melihat situasi yang semakin serius kerajaan kita menerusi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan bahawa pasukan tentera akan dikerah dan diturunkanbagi membantu pihak polis untuk memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi sehingga 31 Mac.
“Polis telah melaporkan terdapat peningkatan pematuhan arahan tersebut daripada rakyat jadi kita berharap dapat melihat lebih lagi apabila tentera digerakkan kelak.
“Namun, terdapat kes individu yang masih tidak mengendahkan arahan tersebut, buat masa ini hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan,” katanya dalam sidang media pada pagi tadi.
Dalam masa yang sama beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan telah mendapat perkenan Yang di-pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan.
Tambahnya, ia tiada dalam perancangan kerajaan pun untuk umumkan darurat. “Tiada aset digerakkan pun digerakkan sekarang seperti berita palsu yang tular di laman media sosial,” tambahnya yang kecewa dengan berita palsu tersebut.
Kami di team MASKULIN sekali lagi menyeru anda semua, #JomDudukRumah. Sama-sama kita halang penularan wabak Covid-19 menjadi lebih teruk. Keluar hanya perlu dan hadkan pergerakan.
Stay safe everyone!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami bandingkan masakan isteri dengan ibu, buat isteri kecil hati. Setiap orang mempunyai air tangan tersendiri. Sedap atau tidak hanya orang merasai sahaja. Begitu juga dengan masakan isteri untuk diberikan kepada keluarga tidak akan sama dengan ibu sendiri atau mentua.