Aliff Syukri Dikecam Teruk Lepas Upload Video Bersama Lucinta Luna, Didakwa Sokong & Galak Golongan LGBT?

Share

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri nampaknya masih tidak henti dihimpit kontroversi dan mengundang kecaman netizen yang “menyampah” dengan dirinya. Kenapa begitu sekali? Apa yang terjadi sehingga netizen benar-benar marah?

Gara-gara memuat naik sebuah video menari bersama selebriti Indonesia yang dikaitkan dengan isu transgender, Lucinta Luna. Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian dan menaikkan kemarahan netizen .Sejak mula dikenali, perkara ini bukan merupakan isu yang pertama  usahawan terkenal ini menjadi  perhatian. Ada sahaja perkara yang membuat dirinya dan keluarga menjadi sebutan.

Sokong LGBT?

Umumnya Aliff Syukri memang berkawan baik dengan Nursajat. Terbaru, usahawan ini sekali lagi mencuri perhatian apabila dia dilihat menari bersama selebriti Indonesia yang dikaitkan dengan isu transgender, Lucinta Luna. Malah melihatkan pada rakaman video tersebut, Aliff dikatakan seperti menyokong dan mengalakkan golongan LGBT. Malah ada yang menganggap video itu seperti sesuatu yang mengghairahkan.

Netizen Mahu Boikot Aliff

Jika sebelum ini terdapat gerakan yang ingin memboikot Nur Sajat dan Safiey Ilias, kali ini nampaknya Aliff bakal menghadapi perkara yang sama. Ini kerana beberapa netizen mendakwa mereka mahu memboikot Aliff kerana dia dilihat seperti menyokong kaum seperti ini.

Malah, ramai lagi tidak berpuas hati dengan menasihati beliau agar berubah.

Apapun kita jangan terus menghentam beliau, mungkin Dato ada sebab kenapa beliau lakukan video tersebut, mungkin stategi perniagaan mungkin. Apa pun

Sumber : Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Published by
Ruziana Zainal