Inspirasi

Alif Satar Puji ‘Geng Basikal Lajak’ Sama-Sama Imarahkan Solat Subuh Berjemaah

Share

Nama Alif Satar dan gerakan ‘Subuh macam Jumaat’ tidak perlu lagi MASKULIN perkenalkan. Gerakan yang diangkat sama-sama oleh selebriti berbakat besar ini menjadi salah satu fenomena yang melanda negara kita.

Sering berkongsi tentang aktiviti Subuh seperti ini di laman media social, Alif Satar baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila menyantuni golongan remaja yang sering dipandang serong oleh sesetengah masyarakat aitu geng basikal lajak.

Menerusi atu hantarannya di laman media social Instagram, Alif Satar berkongsi tentang bagaimana geng basikal lajak yang didekatinya di antara kumpulan yang dating sama-sama solat Subuh berjemah di masjid.

Jelasnya, dia bearsa sangat bangga melihat semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh sekumpulan remaja dengan basikal lajak yang sama-sama mengimarahkan masjid.

BERASA BANGGA

“Geng basikal lajak ni antara yang datang Subuh pagi tadi. Depa kata ‘Kami kayuh sejam mai sini’. Alhamdulillah. Abang bangga dengan adik.

“Diorang ni lah masa depan komuniti masyarakat kita. All they need is some encouragement and support to channel their potential into something positive! IKau ngat senang nak bangun sebelum subuh, kayuh sejam naik basikal yang takda gear?” jelas Alif Satar.

Jelas pelantun lagu “Lelaki Seperti Aku” ini lagi, semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak ini selayaknya mendapat pujian dan harus dijadikan contoh.

“Tahniah adik-adik. Teruskan! Semoga Allah SWT terima segalan amalan korang dan permudahkan urusan untuk masa depan!,” ujarnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa bangga selain turut berharap agar persepsi negatif terhadap anak-anak muda ini dapat diubah pada masa akan datang.

“Hebat mak ayah mereka didik anak-anak. Selain usaha pihak masjid dan kariah, generasi macam ini kena jaga betul-betul.

Malah ada juga yang terus memberi sokongan dan memuji Alif Satar di atas impak positif yang ditunjukkannya kepada golongan muda.

“Semoga Aliff terus buat kebaikkan dan beri inspirasi kepada yang lain.

“Tak mustahil budak-budak basikal lajak ni nanti pula yang jalankan subuh macam jumaat. Masa itu, Aliff duduk santai je dekat kerusi malas tersenyum sorang-sorang di usia emas mengimbau kenangan manis.

“Generasi masa hadapan. Semoga Allah permudahkan urusan adik ini sentiasa.”

BACA: Tak Perlu Pelakon Aksi, Bintang K-Drama Ini Hebat Dalam Seni Pertahan Diri

Itulah di antara komen-komen warganet yang rata-rata hadir dengan nada positif. Semoga Gerakan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ akan terus segar dan mekar berkembang di seluruh negara dan dunia.

Tahniah!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim