Isu buli bukanlah satu perkara yang harus di pandang remeh terutamanya berlaku di kalangan pelajar sekolah berasrama atau di institusi pengajian tinggi. Apatah lagi jika ia melibatkan kematian. Terpanggil dengan isu hangat ini, ikon anak muda yang juga selebriti berpengaruh Alif Satar terpanggil untuk memberi sedikit nasihat dan kata-kata di laman media sosial kendaliannya.

Minggu ini telah heboh diperkatakan tentang kejadian buli yang berlaku di salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Alif Satar Kongsi Pesanan Lantang Tentang Masalah Buli Di Kalangan Anak Muda
Foto hiasan

Malah pada hari ini, Pengerusi Majlis Amanah Raya (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki telah memberi kenyataan bahawa tujuh pelajar MRSM terlibat dalam buli fizikal telah ditamatkan pengakian berkuat kuasa serta-merta.

Dalam sati perkongsian video yang dilakukan oleh Alif Satar, dia berkongsi bahawa dia pernah berkunjung ke penjara dan bertemu sendiri dengan penghuninya.

Jelasnya, pelbagai masalah jenayah dan kesalahan dilakukan penguhuni penjara yang tinggal bersama-sama.

Alif Satar Kongsi Pesanan Lantang Tentang Masalah Buli Di Kalangan Anak Muda

“Alif nak kongsi kepada adik-adik yang rasa mereka gengster sangat atau rasa macam berkuasa nak buli orang. Alif pernah duduk bersama orang yang buli pelajar lain sampai menyebabkan kematian.

Ads

“Mereka duduk dalam penjara. Alif sempat tengok masa tu nak buka puasa. Bila Alif tengok dalam satu tong tu, Alif ingat mereka akan buang sisa makanan yang dimakan dalam tong tu nanti.

“Tetapi rupanya makanan dalam tong itulah yang mereka akan makan,” kata Alif Satar yang baru sahaja selesai solat Subuh di masjid ketika merakam video tersebut.

BERFIKIR SEJENAK

Selain itu, Alif juga berkongsi dan mahu anak muda serta sesiapa sahaja menonton videonya berfikir sejenak dan membayangkan kehidupan di penjara yang sangat tidak selesa.

Bukan sahaja tiada kipas malah privasi pun tidak ada. Di mana tempat tidur, di situ jugalah tempat buang air.

Alif Satar Kongsi Pesanan Lantang Tentang Masalah Buli Di Kalangan Anak Muda

Ads

“Menjadi pembuli untuk apa sebenarnya? Untuk tunjuk kehebatan kepada pelajar lain atau untuk kepuasan diri sendiri?

“Bila pukul anak orang kemudian berlaku kematian, apa yang akan berlaku? Memalukan ibu bapa dan juga keluarga,” jelas Alif yang cukup tegas menyampaikan pesanan.

Dia juga menyeru anak muda agar menjadi seseorang yang lebih bertanggungjawab menjaga ibu bapa, bersungguh-sungguh mengejar ilmu untuk menjadi orang yang pandai dan berjaya.

Tambahnya lagi, anak muda juga harus lebih ke depan membantu komuniti dan masyarakat sekeliling.

Ads

“Ikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Bila disuruh solat di masjid, tidak mahu pula. Rasa tidak ‘cool’. We take care of each other. We take care of our people. We take care of our community. We don’t hurt people. Orang Islam tak akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan juga orang lain,” tambahnya lagi.

BACA: Wings Mahu ‘Gegarkan Penjara’, Rancang Konsert Jelajah Penuh Jiwa & Misi Kemanusiaan

Terima kasih Alif kerana sentiasa menjadikan platformnya untuk memberikan kesedaran dan pesanan yang rata-rata cukup dipersetujui ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI