Jika dahulu penyakit serangan jantung biasanya menyerang orang yang lebih tua, namun kini ia boleh terjadi kepada mereka yang berusia 30-an.
Ini kerana ia dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’ yang boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.
Bagi anda yang berisiko seperti pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok, individu yang mengalami stres dan kurang tidur, pastikan anda peka dengan waktu-waktu paling kritikal sebagaimana yang dikongsikan Public Health Malaysia
ini.Artikel berkaitan: Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres
Artikel berkaitan: Tahukah Anda, Stress & Kurang Vitamin C Punca Perut Anda Buncit?
[ALERT] Awal pagi dan waktu terakhir fasa tidur merupakan antara waktu yang paling BAHAYA dan kritikal sekiranya berlaku serangan jantung atau strok.
Pada waktu ini, hormon kortisol yang dirembeskan oleh kelenjal adrenal akan memuncak menyebabkan tekanan darah, paras gula dan degupan jantung bertambah laju.
Perkara ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan oksigen dan penyempitan saluran darah termasuk saluran darah di jantung.
Ketika ini, platlet dan bahan yang merangsang proses pembentukan ketulan darah juga masih terenap di dinding saluran darah menyebabkan pembentukan ketulan darah beku mudah berlaku.
Risiko meningkat berganda bagi pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok dan individu yang mengalami stress serta kurang tidur.
Sekiranya anda atau sesiapa alami gejala serangan jantung pada waktu kritikal ini, dapatkan rawatan segera. Bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, pastikan tekanan darah terkawal pada waktu kritikal ini.
Owh ya, tanyalah mana-mana doktor jantung sekarang. Penyakit jantung bukan lagi penyakit orang tua sahaja. Kita sudah mula mendengar, serangan jantung berlaku pada seawal umur 20-an, dan menjadi lebih kerap pada umur 30-an.
Subscribe dan tonton video fitness / gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN