Jika dahulu penyakit serangan jantung biasanya menyerang orang yang lebih tua, namun kini ia boleh terjadi kepada mereka yang berusia 30-an.
Ini kerana ia dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’ yang boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.
Bagi anda yang berisiko seperti pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok, individu yang mengalami stres dan kurang tidur, pastikan anda peka dengan waktu-waktu paling kritikal sebagaimana yang dikongsikan Public Health Malaysia ini.
[ALERT] Awal pagi dan waktu terakhir fasa tidur merupakan antara waktu yang paling BAHAYA dan kritikal sekiranya berlaku serangan jantung atau strok.
Pada waktu ini, hormon kortisol yang dirembeskan oleh kelenjal adrenal akan memuncak menyebabkan tekanan darah, paras gula dan degupan jantung bertambah laju.
Ads
Perkara ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan oksigen dan penyempitan saluran darah termasuk saluran darah di jantung.
Ketika ini, platlet dan bahan yang merangsang proses pembentukan ketulan darah juga masih terenap di dinding saluran darah menyebabkan pembentukan ketulan darah beku mudah berlaku.
Ads
Risiko meningkat berganda bagi pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok dan individu yang mengalami stress serta kurang tidur.
Sekiranya anda atau sesiapa alami gejala serangan jantung pada waktu kritikal ini, dapatkan rawatan segera. Bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, pastikan tekanan darah terkawal pada waktu kritikal ini.
Owh ya, tanyalah mana-mana doktor jantung sekarang. Penyakit jantung bukan lagi penyakit orang tua sahaja. Kita sudah mula mendengar, serangan jantung berlaku pada seawal umur 20-an, dan menjadi lebih kerap pada umur 30-an.
Subscribe dan tonton video fitness / gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
https://www.youtube.com/watch?v=FOqtUg4Dlt0&t=6s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salah satu acara yang mengetengahkan bakat jelita dari seluruh dunia, Miss Universe sentiaa dinantikan oleh jutaan peminatnya.
Jika pada tahun lalu menyaksikan peserta dari Amerika Syarikat, R’Bonney Gabriel diangkat sebagai pemenang bagaimana pula untuk edisi pada tahun 2023?
Pada Sabtu lalu di José Adolfo Pineda Arena di San Salvador, El Salvador satu sejarah baharu telah tercipta. Buat pertama kali dalam sejarah pertandingan Miss Universe menyaksikan pemenangnya dari negara Nicaragua.
Shennis Palacios, gadis berusia 23 tahun dari Nivaragua yang merupakan negara benua Amerika Tengah diumumkan sebagai pemenang mengalahkan 83 orang peserta-peserta lain dari seluruh pelosok dunia.
Sebelum ini pencapaian tertinggi bagi negara Amerika Tengah ini dalam pertandingan Miss Universe adalah pada tahun 2016 apabila wakil mereka berjaya mencapai Top 16.
Selain kemenangannya, penganjuran untuk edisi Miss Universe 2023 juga menyaksikan beberapa perkara baharu turut berlaku seperti kehadiran dua peserta yang merupakan ibu, dua peserta transgender dan seorang peserta ‘plus-size’.
PERJALANAN JAUH
Perjalanan Sheynnis Palacios dalam pertandingan ratu cantik bukanlah baharu kerana sejak berusia 16 tahun dia telah mula aktif dan memasang cita-citanya untuk dinobatkan sebagai Miss Universe.
Sebelum malam kemuncak Miss Universe 2023, Sheynnis Palacios mengambil kesempatan untuk merenung perjalanan pertandingannya di Instagram.
“Malam ini, saya persembahkan kepada gadis dalam diri saya dan kepada setiap gadis yang berhasrat untuk merealisasikan impian ini, walaupun langit sendiri adalah batasnya, impian begitu besar sehingga orang berpikir ia mustahil dicapai.
“Kerana di situlah anda tahu bahawa impian dan matlamat anda akan melepasi rintangan, dan ingatlah untuk menyertakannya dengan tekad, ketabahan, dan semangat,” jelasnya.
Di luar dunia pertandingan kecantikan, Palacios, yang telah memperoleh ijazah dalam Komunikasi Massa di Universidad Centroamericana, merupakan hos televisyen di saluran tempatan.
KEBOLEHAN BAHASA
Dia juga mempunyai kebolehan bahasa yang sangat baik apabila boleh bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Portugis dan Inggeris.
Sheynnis juga seorang peminat aktiviti adrenalin seperti bermain bola tampar selain mengakui bahawa dia paling gembira ketika menikmati matahari terbenam dan tidak boleh hidup tanpa haiwan kesayangannya dan keluarganya.
Minatnya dalam produksi audiovisual telah menyemarakkan impian Palacios untuk memulakan syarikat produksinya sendiri.
Sama ada sebagai penerbit atau editor, beliau juga menggunakan platformnya untuk menyuarakan isu-isu keadilan sosial yang dekat di hatinya, seperti pendidikan dan kesihatan mental.
Dalam video “Beauty with a Purpose” untuk pertandingan Miss World 2021, Palacios membincangkan inisiatifnya untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan untuk kanak-kanak, terutamanya perempuan.
MALAM KEMUNCAK
Mengenai malam penobatan, Palacios terus maju ke peringkat seterusnya dengan memberikan persembahan yang hebat dalam segmen pakaian renang dan pertandingan gaun malam.
Semasa segmen soalan dan jawapan Top 5 pertandingan kecantikan, beliau ditanya mengenai kualiti dan nilai-nilai yang memandu beliau sebagai pemimpin dan contoh teladan untuk orang lain.
Dia menjawab dengan penuh yakin, “Kualiti yang telah menginspirasi saya dan telah menginspirasi berjuta-juta wanita dan gadis adalah kesederhanaan dan kebolehan untuk menghargai perkara-perkara kecil, kerana di situlah perkara yang paling berharga: hakikat menjadi manusia.”
Dia kemudian maju ke Top 3 bersama Anntonia Porsild dari Thailand dan Moraya Wilson dari Australia. Kesemua tiga calon yang tersisa ditanya soalan yang sama dalam pusingan akhir: “Jika anda boleh hidup satu tahun dalam kasut wanita lain, siapakah yang anda pilih dan mengapa?”
Jawapan kemenangan beliau adalah: “Saya akan memilih Mary Wollstonecraft, kerana beliau membuka peluang untuk ramai wanita. Apa yang saya akan lakukan adalah membuka jurang pendapatan agar wanita dapat bekerja dalam apa-apa bidang yang mereka pilih kerana tidak ada sekatan untuk wanita. Itu berlaku pada tahun 1750. Sekarang pada tahun 2023, kita sedang membuat sejarah.”
Jawapan yang cukup baik tersebut dikatakan telah banyak membantunya meraih kemenangan Miss Universe 2023.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Keterujaan memiliki kereta baharu memang cukup menyeronokkan. Siapa pernah alami pengalaman pertama kali memiliki kereta atau membeli kereta baharu pastinya faham apa yang MASKULIN perkatakan ini.
Dengan keterujaan inilah maka ramai yang mula pandai-pandai menambah sana-sini pelbagai jenis aksesori kereta. Sama ada aksesori tersebut untuk penampilan luaran atau aksesori di dalam kereta yang dianggap mampu memudahkan pengalaman pemanduan dan juga penumpang.
Tapi sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa ada beberapa jenis aksesori terutamanya di dalam kereta patut anda haramkan sama sekali. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang di lakukan oleh seorang pengguna Tik Tok yang sinonim dengan tip auto iaitu James Alatin.
Menerusi perkongsian tersebut dia menyatakan tentang dua jenis aksesori yang tak patut disimpan atau digunakan di dalam kereta.
AKSESORI PERTEMA: KLIP TALI PINGGANG KELEDAR
Klip tali pinggang keledar atau seatbelt clip merupakan aksesori yang saiznya tidaklah besar namun kesan penggunaannya cukup hebat sekali. Rata-rata kereta baharu sekarang dilengkapi dengan sistem amaran jika pemandu atau penumpang hadapan tidak memakai tali pinggang keledar.
Namun ada pula yang tak ingin pakai tali pinggang dan dalam masa yang sama tidak mahu penggera terus berbunyi. Lalu mereka menggunakan aksesori ini. Awas, aksesori ini tak patut langsung wujud dalam kereta anda!
Ia amat berbahaya terutama jika terlibat dalam kemalangan jalan raya. Impak perlanggaran pada bahagian hadapan terutamanya boleh menyebabkan kecederaan membawa maut jika tidak memakai tali pinggang keledar dengan baik.
Selain itu, anda juga tidak dapat melakukan tuntutan insurans bila terlibat kemalangan. Iya, jika siasatan pihak insurans mendapat anda menggunakan aksesori seatbelt clip ini maka tuntuan akan segera dibatalkan.
AKSESORI KEDUA: DASHBOARD COVER
Ada beberapa sebab mengapa sesetengah orang suka sangat menggunakan dashboard cover atau penutup papan pemuka. Pertama mereka ingin dashboard kereta nampak lain dan lebih menarik. Kedua sebab kononnya ingin menjaga dashboard hadapan daripada panas matahari.
Tapi tahukah anda penggunaan aksesori ini juga boleh mengundang risiko bahaya! Tolak tepi nampak cantik dan bergaya, anda sebenarnya tidak harus menggunakan aksesori ini.
Ini kerana ia berpotensi menghalang beg udara atau airbag berfungsi dengan baik. Jika berlaku kemalangan fungsi airbag sangat penting untuk menyerap tekanan dan sekali gus mempu menyelamatkan nyawa pemandu atau penumpang.
Jika aksesori seperti dashboard cover digunakan maka ada kemungkinan airbag tidak dapat dilepaskan dengan sempurna.
Oleh itu anda sebagai pemilik dan juga pemandu harus terus HARAMKAN dua jenis aksesori ini daripada digunakan sama sekali di dalam kereta.
Semoga perkongsian ini memberikan banyak manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video penuh informasi seperti di bawah!
Satu perkara yang perlu kita ingat ialah berpuasa menuntut kita untuk menahan lapar dan dahaga. Serta menahan diri daripada melakukan perkara-perkara tidak baik dan perlu banyak bersabar.
Melakukan aktiviti fizikal seperti mana yang kita tahu adalah satu perkara yang mencabar. Disebabkan itulah jika ingin melakukan senaman, ia perlulah dilakukan dengan baik dan terancang. Bersenam pada bulan Ramadan bukanlah semudah seperti kebiasaan hari-hari yang lain.
Juru latih dan pakar kecergasan terkenal, Kevin Zahri berkongsi beberapa tip menarik untuk orang ramau (bukan atlet) melakukan senaman dengan baik pada bulan puasa. Berikut merupakan beberapa perkongsian menarik daripada beliau.
MASA TERBAIK BAKAR LEMAK
Senaman berintensiti rendah seperti brisk walk atau slow jog boleh dilakukan kira-kira 45 minit sebelum waktu berbuka. Kedua-dua aktiviti dinyatakan di atas merupakan antara bentuk senaman terbaik boleh dilakukan pada bulan puasa.
HIIT & TABATA
Bagi anda yang ingin melakukan senaman berintensiti tinggi seperti HITT atau tabata, ia lebih sesuai untuk dilakukan selepas waktu berbuka. Malahan senaman berimpak tinggi ini lebih selamat dilakukan pada waktu selepas berbuka.
BADMINTON & SUKAN ELIT
Melakukan latihan atau perlawanan sukan yang agak kompetitif dan bukanlah santai seperti badminton, tenis atau squash boleh dilakukan selepas waktu berbuka. Elakkan lakukan pada waktu berpuasa kerana ia memerlukan tenaga yang banyak.
SUKAN SANTAI
Bermain badminton di hadapan rumah secara santai boleh dilakukan bersama ahli keluarga sambil menunggu waktu berbuka. Asalkan ia tidak dilakukan dengan intensiti yang tinggi. Boleh dilakukan kira-kira 45 minit atau 1 jam sebelum waktu berbuka.
ANGKAT BERAT
Ini persoalan yang biasa ditanya di kalangan penggemar senaman di gimnasium. Senaman anaerobik seperti angkat betrat ini lebih sesuai dilakukan selepas waktu berbuka puasa.
SUKAN TARUNG
Sukan tarung seperti Muay Thai seeloknya dilakukan selepas waktu berbuka. Melainkan jika ia hanyalah latihan shadow bxong yang tidaklah terlalu tinggi tahap intensitinya.
YOGA
Aktiviti senaman yoga boleh dilakukan sebelum atau selepas waktu berbuka puasa.
ZUMBA
Kebanyakan rutin senaman zumba memerlukan intensitiyang agak tinggi. Melainkan ia dilakukan dalam tempoh yang singkaty dengan rutin yang santai, maka boleh dilakukan sebelum waktu berbuka puasa.
Semoga perkongsian daripada Kevin Zahri ini dapat membantu anda mendapatkan kecergasan badan dan terus sihat sepanjang bulan Ramadan. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video work out menarik seperti di bawah!