Alergi Air Aquagenic Urticaria (AU) Umpama HFMD?

Share

Banyak gejala yang berlaku kepada mereka yang mengalami masalah kulit. Hari ini kecoh dengan penyakit yang sedang merebak dalam kalangan orang awam di Malaysia iaitu penyakit HFMD atau penyakit tangan kaki dan mulut. Penyakit ini sebenarnya sering terjadi terhadap kanak-kanak, namun kini ibu bapa dan orang dewasa yang lain juga turut boleh mendapat penyakit ini. Ekoran dari wabak yang masih tidak seratus peratus ditemui jalan penyelesaiannya, ada yang menyatakan elergi antara faktor utama penyakit seperti ini terjadi. Selain daripada kadar pesakit tangan kaki dan mulut ini meningkat, antara penyakit alergi yang bahaya adalah Aquagenic Urtacaria.

 

Apa itu Aquagenic Urticaria (AU)?

 

Mana penyakit sahaja sudah unik, tentulah mangsa yang mengalaminya juga dikira unik. Perkataan Aquagenic Urticaria diambil dari Latin Urtica yang bermaksud sejenis ruam kulit yang gatal dan “berbonggol” (bumpy) seperti gigitan serangga contohnya nyamuk. Bila ruam ini berlaku setelah terdedah pada air maka ianya dikatakan AU. Ianya kadang-kadang dipanggil ‘alergi air’.

Aquagenic Urticaria (AU) adalah sejenis penyakit yang seakan alergi yang berlaku apabila kulit terdedah kepada air termasuk peluh. Ada segelintir manusia di luar sana mempunyai kulit yang sangat sensitf dan akan keradangan jika terkena sedikit air pada kulit. Antara jantina yang sering diserang penyakit ini adalah wanita dengan 50 peratus kes di seluruh dunia.  Kes AU yang pertama yang dilapurkan adalah pada tahun 1964 dan setakat ini belum ada kes yang dilaporkan di Malaysia.

 

Apa beza alergi ini dengan alergi yang lain?

 

Sebenarnya mekanisma AU tidak diketahui dan kalau diikut takrif alergi di mana sistem imun terlibat, ini tak semestinya terjumpa pada AU dalam kes-kes yang dilaporkan. Pastinya pesakit yang mempunyai penyakit ini ragu-ragu dengan jenis kulit bagaimana yang membolehkan alergi jenis ini menjadi peneman setia seseorang, hakikatnya tiada perbezaan kulit pada penghidap AU berbanding penyakit kulit Urticaria yang lebih kerap berlaku, dan boleh berlaku secara spontan pada kulit yang sihat. Jangan ambil mudah dengan penyakit ini meskipun tidak mempunyai rekod berleluasa lagi di Malaysia, penyakit ini adalah kronik dan mungkin tidak hilang sepanjang hayat seseorang pesakit jika tidak mengambil rawatan lanjut.

Adakah ia penyakit keturunan?

Penyakit AU boleh berlaku secara spontan tanpa mempunyai rekod keturunan, namun ada kajian barat juga mengkaitkan dengan genetik dimana ianya boleh menjadi penyakit keturunan.

 

Apakah simptom bila seseorang itu terkena serangan ini?

Seperti mana-mana jenis Urticaria yang lain, maka kulit akan menunjukkan tanda-tanda seperti gigitan nyamuk bengkak saiz 1-3 mm mengelilingi rongga bulu/rambut badan dan dikelilingi pula ruam merah dalam 1-3 cm. Tanda-tanda ini akan muncul dalam masa 20-30 minit terkena air.

 

Bagaimana dengan ubat? Ada rawatan ataupun tidak?

Rawatan melibatkan penggunaan ubat Antihistamin yang mungkin memerlukan dos lebih tinggi sehingga empat kali ganda dos untuk jangka masa yang agak panjang, dan jika tiada perubahan semasa, makan ubat-ubat Imunosuppressant (yang menindas sistem imun).

 

Contoh makanan yang senang untuk mendapat Alergi kulit

 

Alergi kulit juga boleh menyebabkan simptom gegata tetapi ujian alergi boleh sahkan mekanisma alergi iaitu ujian spesifik IgE. Antara makanan utama yang sering dikaitkan dengan alergi kulit adalah susu lembu, telur putih, kacang soya, gandum, kacang/kekacang dan makanan laut seperti ikan dan udang.

 

Nasihat Doktor pada mereka yang mempunyai masalah ini.

 

Nasihat saya, memandangkan ia masalah berkaitan dengan air, minum air akan main peranan kerana boleh dapat masalah di dalam mulut dan tekak nanti seperti ulser dan tercekik. Maka kena elak minuman air biasa dan perlu pastikan minuman jenis mana yang boleh diambil. Jangan risau pada air mandian, kerana penyakit ini akan menyerang tidak kira jenis air. Paling penting, Cepat-cepat berjumpa doktor pakar untuk mengesahkan samada penyakit AU dan mendapat rawatan selanjutnya.

 

5 Tips untuk menjaga kulit.

 

  • Perlindungan daripada cahaya matahari yang terlampau terik dengan penghalang cahaya matahari.
  • Makanan diet yang seimbang dan sihat (kurangkan gula dalam makanan dan minuman)
  • Jangan biarkan kulit kering dengan menggunakan pelembap yang kurang allergenik dan pastikan cukup minum air dalam sehari
  • Cukup tidur dan mengawal emosi daripada keadaan yang tertekan
  • Kurangkan masa berlebihan semasa mandi

Published by
Maiya Deen